Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu

Sajak: Murka Maha Esa
 Posted on Selasa, 05 Disember 2006 @ 17:41:44oleh istisafa
Karya Tetamu menulis Sudah aku tahu,
Engkau memang murka,
hanya Engkau, al Muntaqim,
berhak memaksa lautan fana menerjang dengan tamparanMU.

Sudah aku yakin
Engkau memang berkuasa,
kegagalan yang hanya Engkau, al Jabbaar,
julang lebih tinggi dari ombak tepukan mautMu di dasar samudera.

Sudah aku pasrah
Engkau memang peragut nyawa sesuka hatiMu,
ragutan yang hanya Engkau, al Mumiit,
jerutkan di leher hambaMu yang tidak mahu mati
tapi mahu hidup seribu tahun lagi!

'Pabila kalbuku sujud dilantai lembab bergaram Rumah~rumahMu
di Lampuuk, Ulee Lheue, dan Hujung Karang
yang pecah berkecai dinding
terasa diriku lebih rapuh daripada ranting kering
jika laut bangkit kembali menjadi raksasa
setinggi sepohon dua kelapa
menerjah, menendang tiang masjid
menelan insan, menghumban ikan ke pantai
'pabila kekasih terpisah, nafsi-nafsi, terkapai-kapai
si ibu mencampak anak yang sedang menyusu
si nenek yang tak boleh merangkak ditinggalkan cucu
sedang hingar bingar jeritan insan: "Air....air...airrr!"

ya, air yang dulunya kawan bernama Penyeri Hati
aduh, kini mengamuk jadi lawan bernama Tsunami Ngeri!

Izinkan aku bisikan kata-kata
yang insan dari pelbagai agama, dan yang tidak beragama
sudah akur akan kemegahanMu, al-Mutakabbir,
supaya yang alpa tida lupa
yang lalai tidak longlai.

Sedang aku tiada kudrat berdepan iradatMU
izinkan aku sujud memohon di kaki yang teguh teragung, arasyMu: campakkanlah kerahmatan dari sisiMu, lah Rahman lah Rahiim, berikanlah aku hidayah dan jangan Kau palingkan,
Ya MuqalibQulub Kiamat tidak mari
tanpa seribu Tsunami lagi

BungHatta
Meulabouh, Banda Aceh

 

  Karya


Komen


"Sajak: Murka Maha Esa" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Murka Maha Esa
oleh mohamad pada Ahad, 17 Disember 2006 @ 10:01:50
(Info AHLI)


karya yang indah...
mengigatkan diri ini yang kerdil dan lemah dihadapan tuhan pencipta seluruh langit dan bumi.
diri ini yang banyak buat dosa2..... :(
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Murka Maha Esa
oleh fitrah_mawaddah pada Selasa, 02 Januari 2007 @ 14:49:25
(Info AHLI)


ya rabb... terasa kerdilnya diri ini di hadapanMU..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078269 saat. Lajunya....