Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
 Posted on Rabu, 11 Oktober 2006 @ 16:51:32oleh istisafa
Tazkirah Masyira menulis Assalamualaikum...

Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan aku Cinta", kata kekayaan. "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu Bersama, nanti perahu aku tenggelam. Lagipun tak ada ruang untuk kau di perahuku ini."

Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta

"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis teresak-esak.

"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak memperdulikan aku?" rintihannya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula kesedihan dengan perahunya.

"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata cinta

"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa cinta?"

Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.
cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku," Tanya Cinta kehairanan.

"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang itu. setelah itu fahamlah cinta akan kepentingannya di dunia ini.

MORAL : ADAKAH CINTA PERLUKAN KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN????

Wallahu 'alam. sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan.

 

  Tazkirah


Komen


"Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan" | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
oleh ummu_munirah ([email protected]) pada Jumaat, 13 Oktober 2006 @ 10:12:07
(Info AHLI)


kisah yang dipaparkan... membawa maksud yang terlalu simbolik.. moga ada manfaat...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
oleh lisa_solehah pada Ahad, 15 Oktober 2006 @ 8:04:09
(Info AHLI) http://cinta-ilahi.blogdrive.com/


Isilah hati ini dengan cinta...cinta yang benar-benar membawa bahagia...cinta yang tak lekang dek masa...cinta yang takkan menemui penghujungnya...cinta yang takkan mensia-siakan kita...cinta yang membuat kita bahagia...cinta yang menghalang dosa...cinta yang kekal selamanya andai istiqamah...cinta yang menitiskan air mata...cinta yang menambah cinta...cinta pada Yang Mencipta...cinta yang teramat indah...cinta yang sukar dikatakan apa ia sebenarnya...cinta yang menjadi benteng keimanan kita...cinta yang membawa pelbagai lagi cinta...cinta Rasulullah...cinta Ibubapa...cinta agama...cinta Umat...cinta kecemerlangan...cinta ukhwah dan segala cinta yang bertunjangkan cinta-Nya...wallahu'alam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
oleh affenry pada Khamis, 19 Oktober 2006 @ 0:46:02
(Info AHLI)


salam..........................
harta benda di simpan dengan sayang....
kasih diberi kepada manusia....
tapi cinta hanya lah kepada Nya yang Esa.........
cinta untuk Allah adalah cinta yang kekal yang menjamin dunia dan akhirat......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
oleh mas2ra pada Jumaat, 27 Oktober 2006 @ 3:49:35
(Info AHLI)


CINTA...
daku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku...
bukan itu yang daku impikan...
cukuplah engkau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu...
kerna dengan mencintai ALLAH kau akan mencintaiku kerna NYA...
cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa...
moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga...
AMIN...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Jumaat, 03 November 2006 @ 21:54:53
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


nilai ssorang sesuai dengan kadar keikhlasannya dalam mncari kebahagiaan yang sebenar...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta, kesedihan, kekayaan dan kegembiraan
oleh Tetamu pada Rabu, 13 Disember 2006 @ 7:35:05


Bismillah...

dalam hidup ini, kita ada Allah untuk dicintai...
CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07984 saat. Lajunya....