|
Kunci kepada persahabatan yang baik
|
|
 |
Posted on Jumaat, 01 September 2006 @ 9:44:01oleh istisafa
|
|
|
nazariena menulis Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan.
Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
Hargai pendapat satu sama lain. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.
Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. Belajar daripada satu sama lain.
Jangan mengata di belakang kawan anda. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh umaira_sutera ([email protected]) pada Rabu, 06 September 2006 @ 15:27:20
(Info AHLI)
Kawan yang baik juga harus bersedia menerima kritikan dan komen yang membina dari kawannya.kalau tersinggung lebih baik berterus-terang..kalau pahit sekalipun kritikannya pada kita...terimalah seadanya dan akuilah dengan lapang dada...kerana kawan sejati merupakan cermin kepada kita.
Berterus terang nadi kepada sebuah persahabatan.......
oleh Tetamu pada Isnin, 02 Oktober 2006 @ 12:31:33
oleh qibtiyah pada Khamis, 07 September 2006 @ 19:20:37
(Info AHLI)
berkawanlah dengan seikhlas hati..
ukhwah fillah..
oleh ayu_puteri pada Selasa, 12 September 2006 @ 13:11:27
(Info AHLI)
ana sendiri pun tak tahu kategori yang macam mana..
moga-moga sahabat2 ana semua senang dengan ana..
oleh lisa_solehah pada Isnin, 25 September 2006 @ 16:16:50
(Info AHLI) http://cinta-ilahi.blogdrive.com/
Assalamu'alaikum
Kadang-kala Allah menemukan kita dengan seorang sahabat yang menyusahkan kita dan dalam masa yang sama, kita sendiri tidak berani berterus terang dengannya memandangkan apabila kita ingin berbuat demikian, dia akan menukar topik perbualan. Malahan, kita memberikan sedikit petunjuk tentang apa yang kita tidak puas hati dengannya namun dia seolah-olah tidak faham atau dia sebenarnya tidak faham, dalam kes ini, kita sebagai sahabat mintalah pertolongan dari Allah agar dibukakan hatinya, pilihlah orang tengah yang juga sahabat yang tahu akan perilakunya untuk meminta pandangan dalam menyelesaikan kemelut ini. Jika sikapnya tidak berubah, kita tiada pilihan lain, kita perlu berterus terang, andainya kita tidak berani meluahkan, utuslah surat namun biarlah kata-kata yang kita gunakan adalah kata-kata yang paling lembut agar ukhwah yang kita bina sekian lama tidak terputus begitu sahaja namun jika selepas kita berbuat demikian, sahabat kita sudah tidak menegur kita, dekatilah dia sebaiknya dan jika dia tidak menyenangi kita, minta maaf dengannya dan redhalah dengan ketentuan Allah, mudah-mudahan dia akan berubah suatu masa nanti...
oleh ubai pada Ahad, 03 Disember 2006 @ 8:08:24
(Info AHLI) http://bye-d.blogspot.com/
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Sekiranya kamu tidak terkena jelaganya, sudah pasti akan terkena asapnya.
oleh ibnuriz_faridz ([email protected]) pada Ahad, 10 Disember 2006 @ 4:42:13
(Info AHLI) http://ibnufariz.blogspot.com/
Persahabatan itu tidak lepas di dalam kehidupan setiap insan yang bernama makhluk...Allah ciptakan segala makhluknya ada persahabatan.Manusia, haiwan, jin, tumbuh-tumbuhan semua ada pertalian persahabatan.
Cuma yang kita hendak fokuskan disini adalah persahabatan yang terungkai dengan panduan islam di mata kita semua.
bagaimana kita hendak menjadikan persahabatan itu redha disisi Allah SWT...itulah yang perlu kita fikirkan dan bagaiman persahabatan yang kita jalinkan ini tidak akan menimbukan dendam kesumat bila terjadi sesuatu kejadian yang tidak di ingini....
Renungkanlah...
sekian wassalam