|
Pakej kehidupan
|
|
 |
Posted on Selasa, 15 Ogos 2006 @ 12:05:17oleh istisafa
|
|
|
Saff-one menulis Life is a package ..
Kadangkala kita berkata, "Kalau saya jadi seperti si fulan, bergaji besar, dah tentu saya pergi Genting setiap hujung minggu".
Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Kehidupan ini adalah satu pakej hamper yang lengkap. Di dalamnya ada biskut, ada "canned food", ada mee segera, ada air kordial dan lain-lain lagi.
Kadangkala kandungan itu berbeza-beza tetapi nilai pakej-pakej itu telah diaturkan agar semua serupa.
Tetapi kandang-kala kita merasa "envy" dengan pakej orang lain yang ada laici, tetapi kita tidak sedar yang kita dapat botol air oren sedangkan orang itu dapat "mineral water" sahaja.
Kadang-kala kita menyesali mengapa biskut dalam pakej hamper yang kita dapat, masuk angin, sedangkan biskut orang lain mempunyai kandungan yang rangup. Tetapi kita tidak selidiki kotak biskut itu, sebab dalam dasar kotak itu mengandungi sekeping kertas "Tahniah anda menang sejuta ringgit", dan orang lain tidak mendapatnya.
Cuba fikirkan dan renungi ..
Sesungguhnya setiap orang mempunyai 24 jam, perlu tidur, perlu makan, perlu kasih sayang dan pelbagai keperluan lain. Mungkin ada yang kekurangan dalam sesuatu keperluan tetapi mempunyai kelebihan tersirat dalam keperluan lain.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
Memilih PasanganRecent News About Semasa:
Misc
|
|
|
Komen
oleh SHAMR pada Selasa, 15 Ogos 2006 @ 21:30:40
(Info AHLI)
Salam. Hmm, life is a package, so we must appreciate each and one of it because as a package, they complement each other...
oleh comel pada Rabu, 16 Ogos 2006 @ 13:25:20
(Info AHLI)
oleh khazinatulsyouqoh pada Rabu, 16 Ogos 2006 @ 13:54:10
(Info AHLI)
assalamualaikum
"we propose but god dispose everything"
so why derive so hard to get another while we could still pray for a better one...just asked from HIM and insyallah he'll give to you..the thing we think right for us is not always the absolute one.
oleh mas2ra pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 13:18:09
(Info AHLI)
"manusia yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya..." ALLAHualam... syukran jazilan Saff-one...
oleh musafir_solehah pada Ahad, 27 Ogos 2006 @ 11:02:15
(Info AHLI)
Perumpamaan yang digunakan mudah difahami dan maksudnya juga agak mendalam. Oleh itu, terimalah diri kita seadanya dan bersyukurlah kerana kita lahir dalam agama yang diredhai Allah, ISLAM...Miskin dan kaya bukan ukuran...Iman dan Taqwa nilaian Tuhan, Allah S.W.T...
oleh balqiszie pada Ahad, 27 Ogos 2006 @ 16:52:13
(Info AHLI)
apa yang terkandung memberi seribu satu kebenaran,,seharusnya kita sentiasa mensyukuri setiap apa yang telah Allah tentukan sama ada ianya kesenangan atau kesukaran..kerana disebalik semua itu ada kebaikan yang tersembunyi. ''sesungguhnya Allah mengetahuI apa yang terbaik untuk setiap umatNYA''.....