|
Lidah kelu semasa nazak
|
|
 |
Posted on Rabu, 28 Jun 2006 @ 8:16:14oleh istisafa
|
|
|
izaluera menulis Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin, amin, amin. Yarobbal a'lamin.."
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh ibnuriz_faridz ([email protected]) pada Khamis, 29 Jun 2006 @ 8:35:30
(Info AHLI) http://ibnufariz.blogspot.com/
assalamualaikum
alhamdulillah ada cara untuk ingat-meningatantara kita.betul tu saudara apa yang awak berikan ini memberi peringatan kepada umat2 islam supaya menghormati azan yang merupakan panggilan dan seruan yang penting buat manusia lbih2 lagi umat islam bagi memberitahu masuknya watu sembahyang.
ingatlah sebelum ianya terjadi
ilalliqa maa salamah
oleh nooriesha ([email protected]) pada Selasa, 18 Julai 2006 @ 12:23:01
(Info AHLI)
oleh Marziana_ pada Jumaat, 28 Julai 2006 @ 22:50:50
(Info AHLI)
syukran atas info ini...
harap dapat diambil pengajaran...
oleh PUTERI_FUZA ([email protected]) pada Ahad, 30 Julai 2006 @ 15:57:37
(Info AHLI)
melentur buluh biar dari rebungnya...
jika dari kecil kita di latih begitu, insyallah selamanya akan begitu.. tapi manusia mampu berubah.. dari kejahatan kepada kebaikan..
oleh mohamad pada Jumaat, 29 Disember 2006 @ 18:18:34
(Info AHLI)
syukran..
untuk info yang bermanfaat ini...
oleh mohamad pada Jumaat, 29 Disember 2006 @ 18:19:58
(Info AHLI)