|
Aku hairan???
|
|
 |
Posted on Isnin, 22 Mei 2006 @ 12:35:34oleh istisafa
|
|
|
love_fillah menulis Allah Taala berfirman : "Wahai sekalian manusia.. aku hairan melihat orang yang menyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang menyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang menyakini hari akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.
Aku hairan melihat orang yang menyakini hidup dunia dan segala bencananya tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih. Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri, atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia terus membuat maksiat.
Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa; - maut itu dilalui seorang diri, - Kubur itu dihuninya seorang dirii. - di hisab seorang diri.
Tetapi..... ia masih berjinak-jinak dengan manusia. Tidak ada Tuhan selain aku (Allah) sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh nuraiman_khairunnissa ([email protected]) pada Ahad, 28 Mei 2006 @ 15:19:18
(Info AHLI)
ini firman Allah dr mana ye? ayat quran atau hadis qudsi?..sekadar bertanya...
oleh emi pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 14:45:54
(Info AHLI)
oleh KIKO ([email protected]) pada Jumaat, 07 Julai 2006 @ 10:53:15
(Info AHLI)
Penjelasan yang ringkas dan menginsafkan...harap bakat awak ni boleh diketengahkan...untuk remaja2 sekarang ni...yang ada lupa diri nak enjoy saja....ingat2 lah...
oleh KIKO ([email protected]) pada Jumaat, 07 Julai 2006 @ 11:04:16
(Info AHLI)
oleh fizie pada Sabtu, 08 Julai 2006 @ 23:01:07
(Info AHLI)
Mengapa perlu hairan..?Manusia memang tahu semua itu..tetapi,ketahuilah...mereka mudah lupa..
Sedarkanlah diri kita dan mereka semua dengan nasihat-nasihat..agar kita semua mengingatinya dan berusaha menjadi hamba yang kamil..
Sentialah kita ingat-mengingati...
Semoga anda mampu meneruskan usaha murni..sentiasa ingat Illahi...,
wallahu 'alam..