Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu

Pedoman diri, bagi yang bercinta.
 Posted on Jumaat, 10 Mac 2006 @ 9:22:31oleh istisafa
Semasa are_u menulis Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin!!

 

  Semasa


Komen


"Pedoman diri, bagi yang bercinta." | Login/Mendaftar | 13 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh wihdatul_asrar ([email protected]) pada Jumaat, 10 Mac 2006 @ 23:42:31
(Info AHLI)


moga2 awak dapat apa yang awak doakan 2. pada kawan-kawan yang lain, ingat lah, jangan leka dengan nikmat dunia....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh najeeh pada Ahad, 12 Mac 2006 @ 14:37:15
(Info AHLI)


Assalamualaikum..

menginsafkan diri..
semoga kita sentiasa menghindarinya..
na'uzubillahi min zalik..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh fadlilwafi ([email protected]) pada Khamis, 16 Mac 2006 @ 10:08:23
(Info AHLI)


pedoman diri agar tak lalai dan leka dengan duniawiiii....kehidupan selalu mengugat keimanan kita...yang buruk selalu nya cepat tergoda...yang baik belum tentu kita buat....topik Pedoman diri, bagi yang bercinta memberi seribu tanda???? untuk kita fikir..renung2kan lah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh Norhaslina (senyumsokmo_862yahoo.com.my) pada Isnin, 20 Mac 2006 @ 12:38:06
(Info AHLI)


Assalamu'alaikum.. :)
Syukran amat berguna...
Bgusla kita saling ingat mengungatkan antara satu sama lain..
Moga kita terhindar dari terus melakukan dosa dek penangan
cinta manusia.. :)..
iNSYAALLAH moga doamu dimakbulkan...amin.. :)

---------------------------------
Ke arah mana halanya bagi insan yang terleka,
Terlupa pada segala mengikut nafsu semata,
Dibiar syaitan beraja dihati dan juga jiwa,
Hidup jauh dari rahmatNYA....:) :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh puteri_kk ([email protected]) pada Isnin, 20 Mac 2006 @ 23:42:29
(Info AHLI)


A`kum..
bagusnya dapat pasangan yang sering mengingatka kita agar tetap menjaga syariat dan ketetapannya..sebaik2 teman adalah teman yang apabila berbicara,dia mengingatkan kita kepada Pencipta....
jadilah sebaik2 teman,sahabat dan kekasih yang mengajak ke arah keredhaanNya....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh Al-Mustaqqim ([email protected]) pada Rabu, 30 Januari 2008 @ 16:54:25
(Info AHLI)
hanya mereka yang ingin mengenal iman dan Allah swt saja..
yang bila dia berbicara, dia mengingatkan kita kepada Pencipta kita..
]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh hidayatul pada Selasa, 21 Mac 2006 @ 12:05:53
(Info AHLI) http://tiada


setiap hubungan tu semuanya kerana Allah...
kalau boleh, kita nak yang terbaik untuk semua orang. terutamanya orang yang kita sayang....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh putri_syiffa pada Ahad, 26 Mac 2006 @ 13:25:15
(Info AHLI)


assalamualaikum.....
bagus........
mengingatkan kita......
agar tak lalai dan terlupa.....
sebagai pedoman buat diri........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh ctMarz pada Jumaat, 31 Mac 2006 @ 11:55:43
(Info AHLI)


Assalamualaikum...
em,bagusnye kalau dapat pasangan macam tu...Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH dan dikurniakan seorang insan yang sejati untuk kebahagiaan di dunia + akhirat.Stp pasangan perlulah ada keimanan+ ketakwaan yang kuat........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh roslida pada Selasa, 04 April 2006 @ 21:44:27
(Info AHLI)


alhamdulillah, syukurlah masih ada lagi insan yang beragama Islam menyedari akan keindahan bercinta jika berlandaskan syariat. Sesungguhnya, cinta dan kasih sayang berlandaskan Islam itu lagi indah jika berbanding cinta yang berlandaskan nafsu semata...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh sitisabarina pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 14:06:29
(Info AHLI)
assalamu'alaikum....

Jazak Allahu Khaiyr...dengan artikel yang amat bermakna ini....semoga kita menjadi hambaNya yang saling ingat mamperingati antara satu sama lain...
semua insan mengimpikan pasangan dunia yang dapat membimbing ke jalan syurga ALLAH S.W.T. di negeri akhirat sana....
]


Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh umaira_sutera pada Selasa, 22 Ogos 2006 @ 10:06:43
(Info AHLI)
bercinta bukan kerana ALLAH amat menyiksakan.bukannya apa kalau sampai tak tahu dunia luar itu dah dikira teruk.seluruh hati,ingatan dan perbuatan,semuanya berlandaskan kerana sang kekasih.jadi di mana ALLAH nak diletakkan ?
bagi yang sedang mabuk bercinta...cuba koreksi balik,atas dasar apa aku cinta padanya,kerana ALLAH atau sekadar nafsu?
]

Re: Pedoman diri, bagi yang bercinta.
oleh Wuddah pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 15:48:21
(Info AHLI)


Assalamualaikum..pedoman yang baik...tulah yang dipegang selama ni...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.076106 saat. Lajunya....