|
Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
|
|
 |
Posted on Ahad, 11 Disember 2005 @ 10:40:27oleh istisafa
|
|
|
yuiummi menulis Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.
Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.
Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"
Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"
Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh ajefikrah pada Khamis, 22 Disember 2005 @ 18:16:28
(Info AHLI)
tersentuh hati ana.betapa ALLAH maha agung.
oleh fezaldocter pada Selasa, 17 Januari 2006 @ 22:19:28
(Info AHLI)
Usahlah kita sesekali bersifat sombong dan bakil
oleh fezaldocter pada Selasa, 17 Januari 2006 @ 22:26:02
(Info AHLI)
Moga kita semua di jauhi dari sifat sombong dan bakhil
oleh nurada ([email protected]) pada Rabu, 28 Disember 2005 @ 11:27:34
(Info AHLI)
MAHA SUCI ALLAH
sebab tu dalam islam kita di larang untuk bermegah-megah dengan apa yang kita miliki kerana takdir hidup insan sentiasa berubah-ubah...
setiap insan sama sahaja yang membezakan hanyalah amalan
oleh hilmy pada Isnin, 09 Januari 2006 @ 22:29:48
(Info AHLI)
betul juga..memang banyak perkara yang indah
oleh fizah_862000 pada Selasa, 10 Januari 2006 @ 23:25:58
(Info AHLI) http://-/
oleh albarlasy ([email protected]) pada Ahad, 22 Januari 2006 @ 0:39:33
(Info AHLI)
oleh izzahtulsakinah pada Jumaat, 14 Disember 2007 @ 16:05:51
(Info AHLI) http://hati-berbicara.blogspot.com/
hidup ini seperti roda,masa kita diatas jangan lupa orang yang dibawah dan begitu juga sebaliknya..setiap orang miskin tu ada haqnya yang perlu kita berikan kepada mereka.bersedekah menambahkan rezeki.