Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 212
Ahli: 0
Jumlah: 212




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 25 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Seorang Gadis itu...
 Posted on Sabtu, 23 Julai 2005 @ 6:46:49oleh Hanan
Umum niza_ati menulis Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...

namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...

teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman lah-Rasul,
pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
dahípayah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

 

  Umum


Komen


"Seorang Gadis itu..." | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Seorang Gadis itu...
oleh nur_solyHAH1107 pada Isnin, 01 Ogos 2005 @ 21:23:04
(Info AHLI)


Fitrah kejadian manusia berpasng2 pasangan..adenya adam dan juga hawa...kelahiran hawa bukanlah lemah yang sering di nokhtahkan oleh adam...HAWA punyai ketabahan jauh lebih hebat dari ADAM..itulah kurnia dari Rabbul Izzah...CAYO !!!!! MUSLAMIAT!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Seorang Gadis itu...
oleh sahabat_sejati ([email protected]) pada Selasa, 02 Ogos 2005 @ 18:55:42
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com/
menarik
boleh buat lagu ini
nak kena adjust sket2
:-D
]

Re: Seorang Gadis itu...
oleh Iman_Hayati pada Selasa, 02 Ogos 2005 @ 20:51:58
(Info AHLI)


Betul tu..seorg gadis yang paling baik adalah menjadi seorg yang tabah mengharugi segala dugaan dan cabaran kehidupan dalam dunia yang penuh penipuan..Gadis yang baik adalah yang andai menjaga diru=inya supaya tidak jatuh dalam dunia fitnah..Bersama2lah kita menjadi seorg insan yang solehah..Menjadi anak yang solehah, isteri yang taat pada suami, ibu yang mendidik jiwa anak2 dengan erti keislaman dan yang paling penting MENJADI HAMBA-NYA YANG TAAT DAN SOLEH.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Seorang Gadis itu...
oleh bibie ([email protected]) pada Jumaat, 23 September 2005 @ 22:41:42
(Info AHLI) http://-/


dan kerana seorang gadis itu adalah saya..saya...saya....saya syukur dilahirkan sebagai seorang wanita....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Seorang Gadis itu...
oleh fizah_862000 pada Sabtu, 19 November 2005 @ 15:52:36
(Info AHLI) http://-/


best lah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Seorang Gadis itu...
oleh nurada ([email protected]) pada Rabu, 28 Disember 2005 @ 11:33:47
(Info AHLI)


air mata gadis bukan menunjukkan kelemahan tetapi sebaliknya merupakan air mata kehidupan kerana di situ segala perasaanya terlerai..
marah,sedih,gembira,duka, malah cintanya terungkap melaui air mata...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Seorang Gadis itu...
oleh siswa ([email protected]) pada Khamis, 06 Julai 2006 @ 3:56:58
(Info AHLI)


Baguslah pngajarannya... trsampai maksud.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.184339 saat. Lajunya....