|
HUKUM KETAWA DAN SENYUM
|
|
|
Posted on Selasa, 19 Julai 2005 @ 21:40:00oleh Hanan
|
|
|
azhan86 menulis Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: Ketika Khidir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa a.s.: “Berilah nasihat kepadaku.”
Khidir berkata: “Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan janganlah tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.”
Jaafar bin Auf dari Mas’ud dari Auf bin Abdullah berkata: “Biasa Nabi Muhammad SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya. (Yakni tidak suka melerek).”
Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak di dunia bererti akanbanyak menangis di akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalasan dari amal perbuatan mereka.”
Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.”
Al-Hasan Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa , lalu ditanya: “Hai anak muda, apakah engkau sudah menyeberang Shirath?” Jawabnya: “Belum.”
“Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?”
Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Hasan meresap benar dalam hatinya sehingga ia bertaubat daripada tertawa.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh houri pada Rabu, 20 Julai 2005 @ 0:58:34
(Info AHLI)
syukran jazilan untuk artikel ni. semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar daripadanya.
ana teringat antara dua wasiat daripada imam al-syahid hassan al-banna:
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
wallahu a'lam.
oleh mulimahsejati pada Jumaat, 19 Ogos 2005 @ 13:58:07
(Info AHLI)
oleh Tetamu pada Rabu, 20 Julai 2005 @ 17:29:30
betul lah tu.ana setuju dengan topik ni.ketawa dan senyum memang tak dihalang dalam islam. senyum dan ketwa biarlah berpada2,tambahan pula kalau orang perempuan,tak manis. kalau nak ketawa biarlah bertempat dan bersopan.tak kiralah laki ke perempuan. yang paling penting biarlahsenyuma yang diberikn itu ikhlas.dan anggaplah ia sbagai satu sedekah.
oleh Iman_Hayati pada Khamis, 21 Julai 2005 @ 21:14:39
(Info AHLI)
Assalamu'alaikum..
Ketawa yang berlebih-lebihan akan menyebabkan HATI kita akan menjadi mati.
oleh nuraiman_khairunnissa ([email protected]) pada Jumaat, 22 Julai 2005 @ 22:50:28
(Info AHLI)
syukran... info yang bermakna sekali...
oleh inas_syamimi pada Rabu, 17 Ogos 2005 @ 2:35:55
(Info AHLI) http://yahoo.com
emmmmmm.............
insyaAllah kita akan sama-sama mengambil iktibar....
terima kasih kerana info yang sedikit sebanyak mengingatkan diri ini....
semoga kita sama-sama bahagia di dunia jua di akhirat...
senyumlah seikhlas senyuman Rasulullah.....
oleh kama_klate ([email protected]) pada Jumaat, 23 September 2005 @ 5:37:34
(Info AHLI) http://-/
terima kasih kepada pengirim semoga dapat kita sama2 amalkn
oleh akhi_ahm ([email protected]) pada Isnin, 05 Disember 2005 @ 8:46:47
(Info AHLI)
InsyaALLAH...