Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 173
Ahli: 0
Jumlah: 173




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

MASA AMAT BERHARGA BAGI INSAN SOLEH
 Posted on Selasa, 19 Julai 2005 @ 21:38:44oleh Hanan
Tazkirah azhan86 menulis WAKTU (masa) nikmat pemberian Allah s.w.t kepada kita yang paling bernilai. Seandainya seseorang ditakdirkan boleh menyambung usia (nyawanya) untuk beberapa hari lagi atau seketika, nescaya ada manusia sanggup membeli dan membayarnya dengan harga yang sepadan penyambungan usianya.

Menyedari hakikat inilah, waktu atau peluang hidup bagi seseorang itu suatu jalan untuk bergerak bagi membuat sesuatu perubahan bagi dirinya, keluarga, kampung halaman dan negaranya menurut sesuatu matlamat yang diyakini dalam hidup ini.

    Sebenarnya waktu itu sendiri masih dapat dibentuk menurut corak yang dikehendaki oleh penggunanya. Ia seperti kain putih bersih yang dapat diwarna-warnikan, sama ada hitam, hijau, merah atau sebagainya. Tegasnya, boleh dibentuk kepada kebajikan dan boleh pula kepada kejahatan atau kedua-duanya sekali.

    Hanya bagi orang yang beriman dan beramal soleh sahaja dapat membentukkan waktu atau masa hidup itu menjadi satu amalan soleh. Sebaliknya bagi orang yang kufur (mengingkari kewujudan Allah dan menafikan segala nikmat pemberian Nya), maka baginya waktu atau masa itu, hidupnya di dunia ini adalah membentukkan amalan jahat dan berdosa.

    Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 97 yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan kebaikan di kalangan orang lelaki atau perempuan, sedang dia itu beriman, Kami akan berikan dia kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalaskan mereka pahala yang mereka kerjakan.”

    Amalan soleh tidak terhad hanya kepada ibadat sembahyang,puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan berzikir, malah ia menyeluruh dalam semua segi kehidupan manusia, asalkan mereka beriman dan melakukan amalan dengan ikhlas kepada Allah s.w.t.
    
Lingkungan yang membabitkan amalan soleh itu mencakupi tiga jurusan, iaitu:

1.    Hubungan antara seseorang dengan Allah disebut sebagai ibadat.
2.    Hubungan antara seseorang dengan orang lain muamalat dan munakahat dan jinayat
3.    Hubungan seseorang terhadap diri sendiri mengenai keperluan asas (makan, minum, pakaian, kediaman juga mengenai kesihatan dan keselamatan dirinya).

Melaksanakan ketiga-tiga perkara ini termasuk amalan soleh (apabila dikerjakan dengan ikhlas kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.)

 

  Tazkirah


Komen


"MASA AMAT BERHARGA BAGI INSAN SOLEH" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: MASA AMAT BERHARGA BAGI INSAN SOLEH
oleh nur_solyHAH1107 pada Khamis, 28 Julai 2005 @ 0:55:41
(Info AHLI)


betul.....MASA BEGITU PENTING dalam KEHIDUPAN...BILA KITA tidak M'HARGAINYA....MUSTAHIL KITA BOLEH MNDAPAYKANNYA SEMULA....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: MASA AMAT BERHARGA BAGI INSAN SOLEH
oleh kama_klate ([email protected]) pada Isnin, 29 Ogos 2005 @ 0:42:28
(Info AHLI) http://-/
MASA...... IA MEMANG BERHARGA BUAT KITA...SEANDAINYA KITA tak MENGHARGAINYA.... KITA dalam KERUGIAN YANG AMAT sangat.
]

Re: MASA AMAT BERHARGA BAGI INSAN SOLEH
oleh Iman_Hayati pada Jumaat, 29 Julai 2005 @ 19:32:45
(Info AHLI)


Assalamu'alaikum..

Betul tu, masa amat penting terutamanya bagi mereka yang bermal soleh..Jadikan pengisian masa kita dengan perkara2 yang membawa kearah kebaikan dlam mencari sinar ILAHI. Ketika muda dan sihat inilah kita mesti manfaatkan masa untuk bekalan di kemudian hari.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.21768 saat. Lajunya....