Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kuasa Seorang Wanita
 Posted on Selasa, 08 Februari 2005 @ 17:05:56oleh Hanan
Umum NURPUTRI menulis Wanita adalah pengikut bagi kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. wanita yang baik itusanggup menjadi isteri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai serikandi negara yang gigih. Wanita sering dilabelkan sebagai insan yang lemah dan kebanyakkan kaum lelaki tidak sedar bahawa kaum wanita turut mempunyai kuasa yang tersembunyi.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia"

Kuasa tersembunyi wanita

1) Kecantikannya
Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelaki,kecantikan wanita juga boleh dijadikan kuasa untuk menundukkan lelaki. Wanita yang cantik itu sebenarnya wanita yang tahu menjaga maruah sebagai kaum wanita, wanita yang berdikari, wanita yang taat kepada hukum ALLAH dan sentiasa berjuang kerana ALLAH.

2) Layanan Wanita
Wanita memang sikapnya suka melayan dan lelaki suka pula dilayan. Layanan yang baik dari seorang isteri sudah tentu boleh melembutkan hati suami dan membuahkan kasih sayang yang padu.
Layanan yang dimaksudkan adalah layanan fizikal dan spiritual. Layanan yang mesra dari seorang isteri akan menambat hati suami yang mana cara ini boleh memperkukuhkan ikatan untuk kebahagiaan bersama.

3) Pujukan Wanita
Wanita dilahirkan dengan fitrah pandai memujuk, pujukan seorang wanita boleh mempengaruhi tidak tanduk lelaki. Sebagai wanita yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH akan dapat membimbing dan memujuk suaminya ke jalan yang diredhai ALLAH. Dalam sejarah, Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. yang lebih tua usianya dari Rasulullah s.a.w. telah menjadi pendorong yang kuat kepada Rasulullah s.a.w. untuk menempuh pelbagai ujian. Sewaktu Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu pertama baginda pulang dalam keadaan menggigil dan ketakutan. Siti Khadijahlah yang telah menenangkan dan mengembalikan semangat baginda dengan kata-kata yang lembut dan kata-kata perangsang.

Begitulah berpengaruhnya seorang wanita terhadap lelaki. Dunia akan selamat sekiranya wanita dapat mendorong lelaki terutama suami mereka dengan iman dan takwa kepada ALLAH s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya"

 

  Umum


Komen


"Kuasa Seorang Wanita" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kuasa Seorang Wanita
oleh srikandi_anisz pada Jumaat, 18 Mac 2005 @ 15:02:53
(Info AHLI)




terlukis di wajah keriangan...tergambar sebuah ketenangan..namun tak siapa yang mengerti rahsia dalam hati..

wanita..tertawa..
wanita..menangis...
wanita..tersenyum..
wanita..berduka

wanita aka srikandi
semoga kita sama2 dapat memimpin antara satu sama lain..sesungguhnye..dari wanita lah akan membentuk generasi yang akan datang...oleh itu wahai sahabat wanitaku, jagalah amal,jagalah perlakuan..mudah-mudahan..diberkatiNYA..amin
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kuasa Seorang Wanita
oleh nur_solyHAH1107 pada Selasa, 23 Ogos 2005 @ 20:54:21
(Info AHLI)


betol....ana setuju....
mara mujahidah!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119681 saat. Lajunya....