Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 90
Ahli: 0
Jumlah: 90




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu

DILEMA ANAK BONGSU
 Posted on Isnin, 03 Januari 2005 @ 12:43:50oleh Hanan
Umum shukri menulis Anak bongsu seringkali dikaitkan dengan gelaran anak manja atau anak emas .Apa yang diminta pastinya ditunaikan .Ramai yang tidak tahu anak bongsu juga mengalami dilema seperti anak sulong dan anak tengah .Ini kerana mereka juga insan biasa yang tidak berpuas hati terhadap apa yang dimiliki .

Anak bongsu terlalu disayangi .Mereka adakalanya tidak dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri atau lebih tepat ialah tidak tahu berdikari .Adakah itu salah mereka atau didikan yang diberikan ?

Oleh itu ,mereka sering dibandingkan dengan adik-beradik yang lain .Tekanan yang dihadapi merupakan masalah besar bagi mereka .Ini kerana mereka berasa dicabar tetapi tidak tahu bagaimana harus diselesaikan .

Anak bongsu juga ,tidak tahu bagaimana harus bersaing .Selama ini ,mereka memperoleh sesuatu tanpa perlu bersusah payah .Sedangkan di dunia luar ,mereka sendiri untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar .Akhirnya ,mereka terlalu letih untuk segalanya dan mudah berputus asa .
Walaupun begitu ,anak bongsu lebih mudah mesra dengan orang lain .Mereka telah biasa dengan suasana yang begitu .Tapi apa yang terjadi kepada mereka jika ada yang cemburu dan membenci mereka ?Terasa dunia bagaikan berakhir .Mulalah bertanya apa silap mereka ,apa yang kurang dan mudah berkecil hati .Sedangkan itu adalah perkara biasa bagi orang lain .

Biarpun ,anak bongsu tidak tahan menghadapi dugaan mereka mempunyai motivasi diri yang tinggi .Ini dapat membantu mereka menyesuaikan diri .

Tanpa disedari adakalanya kasih sayang yang diberikan oleh keluarga menjadi tekanan .Mereka merasa hidup mereka mesti sempurna .Ini kerana ,mereka menjadi harapan kepada keluarga .Segalanya perlu dijaga hingga ada banyak perkara yang dinikmati oleh remaja lain tidak dapat dirasai .

Namun ,tidak semua anak bongsu mengalami dilema seperti ini .Bergantunglah bagaimana persekitaran mereka dan didikan yang diberi oleh ibu dan ayah .

 

  Umum


Komen


"DILEMA ANAK BONGSU" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: DILEMA ANAK BONGSU
oleh id pada Rabu, 05 Januari 2005 @ 20:10:54
(Info AHLI) http://-


assalamualay`kum..

ana setuju dengan pendapat syukri , so setengah-setengah pihak janganlah hanya menganggap golongan anak bongsu tidak tahu berdikari sebaliknya bantulah golongan ini untuk sama-sama dalam segala ruang kehidupan agar mereka tidak terasa dipinggirkan ........insyaALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: DILEMA ANAK BONGSU
oleh suz pada Khamis, 06 Januari 2005 @ 11:54:07
(Info AHLI)
assalamualikum....

saya amat bersetuju dgn saudara.saya pun anak bongsu gak.kadang-kadang kita memang rasa tertekan.tetapi Allah jadikan kita sbg anak bongsu mesti ada hikmahnya.Saya rasa mrk yang anak bongsu mesti prepare kekuatan hati dan iman dlm mengharungi hidup ni.
Jangan jadikan tekanan yg diterima sebg penyebab diri mnjadi lemah.Mari kita beserah kpa Allah..

Hati ini milik Allah,
diciptakan oleh Allah,
hanya untuk menyintai Allah..
]


Re: DILEMA ANAK BONGSU
oleh umie81 ([email protected]) pada Khamis, 24 Februari 2005 @ 14:26:12
(Info AHLI)
umie sokong sgt pendapat tu...mmg itu juga suara hati umie...
kadang tu rasa macam takpuas hati jadi anak bongsu nie...
semuanya kena jaga..umur dah 24 pun masih nak jaga macam 4 tahun..semuanya kena control....
bagi umi sendiri...sampai skg ni mcm dah tak blh nak berdikari...
bila keluar dr kelompok keluarga rasa mcm tak selamat....
arghhhhh...salah siapa???????
mak, ayah, abg, kakak...tolonglah faham...adikmu dah membesar....jgn la terlalu mengongkong
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108487 saat. Lajunya....