Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 111
Ahli: 0
Jumlah: 111




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 22 hari yang lalu
nur_takwa88: 27 hari yang lalu
kismis: 28 hari yang lalu
qaulah_atrah: 39 hari yang lalu
muaz9768: 43 hari yang lalu
Rashdin: 49 hari yang lalu

Rintihan Seorang Adik
 Posted on Jumaat, 12 November 2004 @ 2:01:09oleh Hanan
Kenangan putehcute menulis Assalamualaikum..Aku tak tahu bagaimana untuk aku mulakan kisah ku ini...mungkin bagi sesetengah orang mungkin ianya tidaklah penting sangat tapi bagi aku yang sering memendam rasa sering menangis bila mengenangkan apa yang terjadi...kisahnya macam ni...

Aku mempunyai seorang abang yang sangat rapat denganku..kami adik-beradik sering saja bersama melakukan sebarang aktiviti...bila dia makan aku sering menemani walaupun aku tak makan, begitu juga dia sebaliknya...bila aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dialah orang pertama yang ku beritahu...dan dialah yang sering berikan aku dorongan dan semangat...kami sering berutusan surat walaupun kami berjauhan kalau tidak pun mesti telefonlah sebagai pengubat kerinduan kami...aku dan abangku paling rapat dikalangan kami adik-beradik...segala masalahku semua ku ceritakan padanya...pendek kata dialah yang sering bersamaku ketika ku kecewa..dan begitulah juga sebaliknya...antara kami tiada rahsia..dialah juga yang sering mengambil berat mengenaiku..begitulah juga sebaliknya.

Tapi itu semua hanya tinggal kenangan...sejak abang berkahwin aku sudah tidak diperlukan lagi...kalau dulu abanglah tempatku bermanja tapi sekarang umpama ada dalam tiada...aku sering menangis dan sering memendam rasa...walaupun hakikatnya dia amat menyayangiku...tapi isterinya amat cemburu dengan keakraban kami...sepatutnya dia sudah maklum kami hanyalah adik-beradik bukannya boleh kahwin pun...sebelum berlangsungnya hari perkahwinan abangku aku sering menangis..bukannya aku melarang untuk abang berumahtangga tapi sejak ku ketahui yang bakal isterinya cemburu dengan keakraban kami sejak itulah aku hanya mampu memendam rasa...kemuncaknya di hari pernikahan abangku. Aku membantu membetulkan songket abangku, dan apa yang aku dapat aku dijeling oleh iparku...betapa hancurnya hati ini...harap-harap bila abang kahwin at least aku ada kakak tapi hakikatnya itulah yang aku terima...balik ke rumah aku hanya menangis bila mengenangkan perkara tu...aku hanya mampu bersabar dan berdoa moga-moga hubungan kami adik-beradik semakin erat,...dan sekarang ni aku sering berendam airmata bila abang seolah-olah tidak lagi mengambil tahu akan hal aku...

walaupun kami serumah...kadang-kadang mahu bergurau senda pun dengan abang susah...hati ini sering memberontak tapi siapalah aku di mata abang sekarang...padahal kami adalah contoh adik-beradik yang paling rapat di kalangan saudara mara...sehinggakan saudara mara yang lain menitiskan airmata bila melihat aku bersedih bila berlangsungnya perkahwinan abangku...kalau dulu abang tidak pernah pun meninggikan suara padaku tapi kali ini aku terkejut bila abang sudah mula meninggikan suara..biarlah ku ceritakan latar belakang iparku...dia muda setahun dari aku...pada mulanya dia bukanlah pilihan abang tapi entahlah macam mana mereka boleh merancang untuk berkahwin...sebenarnya ibubapaku merasa malu bila keluarga iparku menyuruh mereka cepat-cepat berkahwin sedangkan abang pada masa itu belum lagi mahu berkahwin dengan alasan supaya aku dulu yang berkahwin sebab dia mahu dialah orang yang paling sibuk pada masa perkahwinanku...tapi itu hanya tinggal kenangan...

Ibu bapaku merasa tercabar sekiranya tidak mengahwinkan abangku...mereka beranggapan kami tak mampu untuk mengehwinkan abangku itu...semua perbelanjaan perkahwinan abangku ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapaku...ibu bapa mana yang tidak mahu majlis perkahwinan anaknya berjalan dengan lancar...

Kini abangku seolah-olah sering mengikut telunjuk isterinya...kalau dulu ku kenali abang seorang yang tegas tapi sekarang lebih lemah dengan kata-kata isterinya...aku kadang-kadang merasa kasihan pada abangku...dan sekarang ni isterinya memaksa abangku untuk berpindah sedangkan ibu bapaku sanggup membelikan kereta untuk kegunaan mereka berulang alik dari tempat kerja daripada menumpang kenderaan awam...kalau kebajikan adik-adik sebelah isterinya cepat dia tunaikan kalau kami adik-beradik ingin membawa abang bersiar-siar hujung minggu pun susah...pendek kata sukar untuk kami menumpang kereta abangku sebab pasti wajah isteri abangku abang berubah...aku tau yang ibu bapaku pun memendam rasa cuma mereka taklah luahkan...aku tau perasaan mereka...pernah ibuku menangis ketika berdoa...aku hairan..tapi bila ku bertanya ibu hanya berdiam...entahlah...kawan-kawanku terasa akan perubahan diriku yang semakin kurus..macam inilah kalau banyak berfikir...aku pun tak tau nak buat apa...cuma sekarang aku terpaksa mengembirakan hati sendiri...aku hanya mampu berserah saja...buat teman-teman yang membaca kisah ku ini, semoga teman-teman sekalian tidak menghadapi melalui keadaan sepertiku...semoga Allah memberikan aku ketabahan dalam menghadapi semua ini...ketahuilah aku amat menyayangi abangku...kasih-sayangku tak mungkin akan hilang dengan perbuatannya pada kami sekeluarga...terima kasih kerana sudi membaca kisahku ini...doakanlah supaya aku sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan...
wassalam...

 

  Kenangan


Komen


"Rintihan Seorang Adik" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Rintihan Seorang Adik
oleh syed ([email protected]) pada Ahad, 21 November 2004 @ 19:38:44
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net


astaghfirullah ....
mcm mana boleh jadi mcm tu...sebenarnya dlm hidup ni kena ade saling timbang rase...kalau nak bolot sorang habislah mcm tu...
tu lah islam menyarankan agar pilih pasangan yg benar2 secocok dengan kita..dari sudut akhlak dan lain2nya....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Rintihan Seorang Adik
oleh mannawassalwa pada Isnin, 22 November 2004 @ 11:01:56
(Info AHLI)
Terkejut dengar cerita enti.. jk ana kat tempat enti ana pun akan sedih sgt. sdgkan hubungan dgn kawan rapat yg tiba2 mjadi renggang pun sudah terasa, apatah lagi saudara kandung sendiri yg rapat dgn kita.. Bersabarlah whai sahabat, dan kuatkanlah kesabaranmu, sungguh tidak ada kerugian bagi org yg bersabar. Di samping tu, keluarga di sebelah kakak ipar tu mcmmana akhlaknya.. diorang tak perasan ke masalah ni? takde nasihat anak mrk tu? tgjawab abang pada mak bapa dia sendiri tetap no satu, dia tak leh buat gitu.. apa kata minta tolong kawan baik abg enti ke nasihatkan.. teman2 lama seperjuangan dia dulu ke yg dia hormati..
]


Re: Rintihan Seorang Adik
oleh hadaalia (hadaalia) pada Selasa, 23 November 2004 @ 12:01:21
(Info AHLI)
ish2.....
buat adik bersabarlah..... moga apa yg terjadi ada hikmah di sebaliknye.....
Kesatlah air matamu jgn menangis lg sayang.....
Beginilah pada pendapat ana cubalah berdepan ngan kakak ipar tu kalaux mampu berutus suratlah sama ada ngan kakak ipar atau abang adik tu insya allah... tp surat tu jgnlah berisi dgn kemarahan tp dengan nasihat dan harapan seorg adik kpd abangnya. cubalah...
]


Re: Rintihan Seorang Adik
oleh Tetamu pada Rabu, 24 November 2004 @ 12:22:59
tersentuh sungguh lepas saya membaca artikel ini.. banyak pengajaran yang dapat diambil..mana2 yang baik jadikan panduan dan begitulah sebaliknya..wallahua`lam
]


Re: Rintihan Seorang Adik
oleh ubaidillah pada Jumaat, 26 November 2004 @ 19:01:25
(Info AHLI)
asslamualaikum
buat bakri..mmg saya rasa kesedihan awak..
kita tentu rasa sedih bila adik/abag kita yang dulu rapat tapi sekarang berenggang..

saya juga ada adik yang rapat ngan saya tapi semua itu tinggal kenangan..adik say meninggal kerana lemas..dan paling sedih saya tidak dapat menatap wajah adik saya buat kali terakhir kerana saya berada di luar negara..

walau bagaimana pun kita kena tabah hadapi ujian.kerana di sana ada sinar yang menanti kita
]

Re: Rintihan Seorang Adik
oleh fahim pada Rabu, 01 Disember 2004 @ 9:09:37
(Info AHLI)


Assalamulaikum.
mak aii... cerita enti gile sedih la. Bukan sekadar mata shj yg mengeluarkan air, malah pusat ana pon berair gak. Mcm ni lah, mmg kenangan itu sukar dihilangkan tetapi at least biarlah ia diubat dengan mencari tempat mengadu yg lain. (Kalau lawak, "tidak mengapa putehcute, biarlah saya mengganti tempat abangmu"...)
Hahaha!
Wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Rintihan Seorang Adik
oleh ketenteramanku pada Ahad, 12 Disember 2004 @ 3:21:09
(Info AHLI)
assalamualaikum...

sabarlah.hidup ini penuh dengan onak dan duri.kita insan biasa hanya mampu utk berdoa semoga dia dilembutkan hati.manusia boleh berubah.itu adlh fitrah.jgnlah bersedih hati kerana kamu yang tinggi darjatnya jika beriman.dlm menyayangi seseorg janganlah berlebihan kerana khuatir klu ada kesilapan yg dilakukan kita akn membencinya.adakalanya apa yg berlaku kita tidak suka padahal itu yg terbaik buat kita.ok.tabahkan hati.Allah ada bersama-sama.
]

Re: Rintihan Seorang Adik
oleh hairullizam pada Khamis, 05 Mei 2005 @ 16:28:35
(Info AHLI)


assalamualaikum ape khbr?
hai sedihnya cerita awak nie .tp itu adalah kehidupan kita kena terima .tak semestinya paemulaan yg baik tu berakhir pun baik .biasalah itu sebahagian dari ujian .tp sebagai lelaki keluarga juga satu keutamaan .bg sy ipar mcm tu susuhlah boleh merosakna hubungan kekeluargaan tp mungkin dia risau dia akan kehilangan perhatian suami terhadapnya nanti .ape pun hidup kena lebih tabah ye okey lah bye
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.146669 saat. Lajunya....