|
Impian & Harapan
|
|
|
Posted on Isnin, 20 September 2004 @ 22:10:46oleh Kang
|
|
|
Setiap manusia, kumpulan, pertubuhan berhak berimpian. Juga berhak untuk menaruh harapan. Impian dan Harapan. Setiap sesuatu bermula dari impian, kemudian harapan. Ia boleh berhenti setakat itu sahaja. Setakat bermimpi dan mengharap.
Bermimpi, berangan-angan berharap tidak membawa apa-apa kejayaan sebaliknya hanya menjatuhkan imej.
Bermimpi & Mengharap adalah titik permulaan. Ia mesti disusuli dengan usaha gigih menukar impian dan harapan kepada kenyataan!
SEKALI KAKI MELANGKAH
Ia langkah menuju kejayaan, atau tak payah melangkah sama sekali jika tujuannya bukan untuk membina kejayaan dan memberi faedah kepada seramai mungkin manusia.
Kita telah melangkah. Portal Ukhwah telah memulakan langkah pada 14 Mei 2003 berbekalkan modal '0'. Yang penuh ialah modal impian dan harapan. Hari ini setahun telah berlalu sejak Mei 2003, cahaya di hujung makin jelas kelihatan. Onak dan duri telah ditempuhi, kini Ukhwah.com makin dikenali. Dulu dicemuh, dihina, kini seakan dihormati, semakin dipercayai. Makin dikenali, makin yakin.
FASA SETERUSNYA
Jalan kita masih panjang lagi, masih jauh di depan. Kita sedang membina budaya -- budaya Ukhwah.com dan dalam masa yang sama berusaha mencapai impian utama kita iaitu YAYASAN UKHWAH.COM. Bukan sekadar impian dan harapan tetapi segala usaha sedang dijurus ke arah itu. Tenaga, kepakaran, kerjasama, kekuatan sedang dikerah untuk mencapai impian murni itu.
YAYASAN UKHWAH.COM
Inilah yang akan kita usahakan bila Yayasan Ukhwah.com telah menjadi kenyataan, InsyaAllah:
1. Mewujudkan perniagaan yang diurus secara profesional.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan.
3. Mewujudkan rangkaian Ukhwah di seluruh dunia.
4. Berdakwah, menyeru kebaikan ke seluruh dunia.
5. Mewujudkan rangkaian pendidikan dengan bayaran yang rendah.
6. Membantu mereka yang memerlukan. Yayasan Ukhwah.com berusaha untuk memerangi kemiskinan melalui ilmu dan kewangan.
Dari mana dana untuk ini semua? Sudah tentu hasil dari keuntungan perniagaan Yayasan Ukhwah.com -- dari ICT hingga ke Pertanian. Dari perniagaan peruncitan hingga ke pengedaran. Dari teknologi hingga francais. Dari penerbitan hingga ke sekolah swasta. Makin banyak bidang, makin banyaklah peluang perniagaan dan pekerjaan.
LANGKAH KITA
Apa, bila, bagaimana kita akan mencapai matlamat kita itu? Ini langkah yang perlu kita ambil:
1. Mendapatkan perunding untuk penubuhan Yayasan Ukhwah.com
2. Membina struktur peneraju dan pengurusan Yayasan Ukhwah.com
3. Mendapatkan dana untuk modal perniagaan
4. Membina, menguruskan, meneruskan perniagaan dengan dibantu oleh perunding-perunding perniagaan.
5. Membina, memantapkan dan meneruskan Yayasan Ukhwah.com
Mari besama. Dengan kerjasama kita mampu membuang perkataan TIDAK di hadapan MUSTAHIL. InsyaAllah!
# Berikan sokongan anda. Sila beri cadangan dan komen yang membina di bawah ini....
Berikan sokongan anda. Sila beri komen, cadangan yang membina di bawah ini.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Berita
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Berita:
Impian & HarapanRecent News About Berita:
Misc
|
|
|
Komen
oleh SaLaFiaN ([email protected]) pada Selasa, 21 September 2004 @ 12:05:57
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT...
Chaiyo! Chaiyo! Komuniti Ukhwah is the BEST!
Bersama-sama kita merealisasikan misi dan visi komuniti kita, bersandarkan keredhaan Allah SWT. Ikhlaskan niat, patuhi syariat. Tiada guna kecemerlangan tanpa mardhatiLlah...
Semoga harapan yang diimpi akan digapai bersama. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Kitalah yang mencorakkan Komuniti Ukhwah...
Sayaaannnngggg Ukhwah!
Allahu Ta'ala a'lam...
oleh Kang pada Selasa, 21 September 2004 @ 14:36:03
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
Kerana imej juga: tak guna Founder, sebab macam imej IRC aje. Pengasas sebab ada batu asas. Batu asasnya kat Sunway
oleh sirna_bintang pada Rabu, 06 Oktober 2004 @ 21:09:15
(Info AHLI) http://-
teruskan niat murni ini..semoga semua dapat berikan kerjasama yg terbaik kat portal ni....terus berdoa agar portal ukhwah terus gemilang di seluruh dunia..siapa sangka......
TIADA YANG MUSTAHIL DGN KEIZINAN ALLAH TAALA
oleh hafeezzul pada Ahad, 31 Oktober 2004 @ 15:58:37
(Info AHLI)
oleh Kang pada Isnin, 20 September 2004 @ 22:56:20
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
Impian sudah ada; harapan pun dah sedia. Langkah berikutnya: Melaksanakan.
Tidak ada apa-apa yang tejadi tanpa langkan pertama.
oleh khairoo84 ([email protected]) pada Selasa, 21 September 2004 @ 7:50:31
(Info AHLI) http://www.khairool.blogspot.com
[b]Good Luck For Yayasan Ukhwah.Com[/b]
oleh Hanan ([email protected]) pada Selasa, 21 September 2004 @ 23:03:23
(Info AHLI) http://www.hanan.com.my
Alhamdulillah, moga dapat sama2 menjadikan impian satu realiti. Tunggulah kewujudan YAYASAN UKHWAH.COM. Moga ia dapat beri manfaat kepada semua warga portal.. Ameenn
oleh Prof_Muslim pada Khamis, 23 September 2004 @ 10:53:57
(Info AHLI)
Prof juga harap sentiasa bersama Ukhwah demi mengapai impian yang pasti sukar diucapkan dengan kata-kata. Untuk buktikan kita sentiasa menyokong..mesti sentiasa buat kerja ( ikut kepakaran @ kemahiran ) masing-masing dan istiqamah dalam usaha yang baik ini.
Seolah bangunan itulah ingin Prof bina demi ukhwah....... Insya-Allaah, Prof akan bersama-sama sahabat/sahabiah seperjuangan UKhwah & Muslimah.
oleh kasihmu-amanahku pada Ahad, 26 September 2004 @ 11:39:42
(Info AHLI)
Setahun nan lalu, ukhwah.com ibarat bayi yang baru pandai meniarap. Namun, hari demi hari ianya tidak terhenti setakat itu sahaja. Dari merangkak, berdiri, melangkah & berjalan. Perlahan...tapi penuh hati-hati.
Kini, tiba masanya ukhwah bergerak lebih pantas. Bukan berlari kerna kita tidak perlu terlalu terburu-buru. Impian & Harapan disertai Usaha & Do'a.
SEMOGA BERJAYA UKHWAH.COM!!!
oleh abusuffian pada Rabu, 29 September 2004 @ 10:42:20
(Info AHLI)
Tahniah kerana berjaya memandang kehadapan...
Setelah banyak cabaran akhirnya ukhwah telah berada pada fasa yang lebih membanggakan.
Kalau dulu ukhwah.com meminta-minta, menadah tangan meminta simpati orang (saya pernah diperli oleh salah sorng ahli berpengaruh ukhwah.com kerana mencadangkan ukhwah.com berniaga dan tidak meminta-minta) akhirnya sekarang ukhwah.com sudah nampak masa depan yang gemilang..
Diharapkan selepas ini ukhwah.com bukan lagi laman web miskin yang meminta tapi laman web yang kaya yang dapat memberi.
Saya cadangkan agar ukhwah.com membuat perniagaan terfokus. Jangan bermula dengan banyak perniagaan. Bahaya!! Kenapa tak gunakan perniagaan maya yang satu ketika dulu ada? Cuba bangunkan kembali dan perbaiki kelemahan yang ada. Pentingkan promosi....
GenPro juga amat baik kalau boleh dimajukan oleh orang yang berkelayakan dan berpengalaman. Dan diisi oleh program yang memberi kesan. Program yang baik tapi tidak berkesan susah dihargai.
it.ukhwah.com kenape tak siap2 lagi? Berminat jugak nak blaja buat laman web macam ni.. Faham kan? ;)
Akhirnya saya hanya mampu beri ide dan komen sahaja. Harap dapat dipandang positif. Saya sendiri ada komitmen dengan jemaah so susah nak bagi komitmen kat ukhwah.com.
Cadangan lain untuk kuatkan ukhwah.com wujudkan satu persatua di setiap IPT yang mewakili suara ukhwah.com. OK?
oleh uqu ([email protected]) pada Rabu, 01 Disember 2004 @ 12:18:47
(Info AHLI)
Impian Dan Harapan.... Kita laksanakan bersama-sama...Insya-Allah... demi Islam agama kita.... Diiringi doa dan Usaha... Kit akan dapat melaksanakannya
oleh MuSaFiR_SaYYaFF ([email protected]) pada Isnin, 20 Disember 2004 @ 2:48:28
(Info AHLI)
Salamullah alaik.
Gang.. Apa2hal pun, do not give up. Everytime ana rasa macam down, ana cakap pada diri ana - Cabaran yang hebat hanya untuk orang2 yang hebat dan mempunyai masa depan yang hebat.(lupa ayat cantik dia macam mana, pointnya mcm tu la).
kita yang menentukan sejauh mana kita boleh melangkah. Sebijak dan seprofesional manakah kita hanya akan ditentukan apabila kita berhadapan dengan masalah.
Whateva.. Chow you beb! Tp sebenarnya ana nak tanya..
Ukhwah tak pernah terfikir ke nak daftar nama bawah badan2 yang berdaftar? kalaulah berdaftar.. InsyAllah peluang nak join venture dan jadi badan yang establish akan lebih terserlah...
oleh Nazri ([email protected]) pada Isnin, 11 Julai 2005 @ 12:26:19
(Info AHLI)
Semoga Berjaya...
oleh nisa_maisarah pada Sabtu, 17 Disember 2005 @ 21:42:01
(Info AHLI)
..go ukhwah.com..semoga hasrat dan impian ini akan tercapai...bersatu kita teguh...bercerai akan roboh...
~demi menegakkan syiar ISLAM~....chaiyokk!
oleh tornado pada Jumaat, 10 Februari 2006 @ 10:56:27
(Info AHLI)
apa yang boleh saya buat dalam membantu menyokong ukhwah.com?
oleh Tetamu pada Rabu, 17 Mei 2006 @ 18:28:09
Ana setuju sangat.semua orang ada impian dan harapan.tapi kebanyakan kita hanya mengimpi dan mengharap saja .Tak pernah untuk merealisasikannya.Sepatutnya kita jadikan kedua-dua perkarani sebagai dorongan ke arah kejayaan.Betul tak?
oleh farha3hd pada Rabu, 17 Mei 2006 @ 18:30:19
(Info AHLI)
oleh rijaluddin pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 15:30:24
(Info AHLI)
assalamualaikum.....alhamdulillah sampai sekarang,ukhwah.com telah berjaya menjejakkan satu lagi langkah ke arah impian yang dituju....insyaalah,ana akan sentiasa menyokong segala usaha ukhwah.com dan bersedia untuk menyumbangkan tenaga,idea,wang ringgit(yang mampu,insyaallah) dan apa saja sumbangan semata-mata hanya untuk mengharapkan redha Allah agar YAYASAN UKHWAH berjaya ditubuhkan.....ana masih belajar lagi...insyaallah,jika tiada aral melintang,sememangnye ana ingin komitedkan diri dalam ukhwah.com...doakan ana dan sahabat2 sekalian...sama-sama kita majukan islam dengan menjadikan ukhwah.com sebagai salah satu wadah...
sedia berkhidmat kerana ALLAH...insyaallah...
wassalam.
oleh simpLe_sHida ([email protected]) pada Rabu, 02 Ogos 2006 @ 23:58:03
(Info AHLI) http://simple-shida.blogspot.com/
dengan izinNYa.. ukwah masih lagi bertapak di alam maya..
bukan senang nak kekalkan kedudukan ukhwah.com di alam maya..
bukan mudah untuk pengasas..presiden..MT..serta warga ukhwah memaintaineddkan keadaan..
huhu... tanpa usaha yang begitu gigih..serat komitmen dari semua pihak.. ukhwah.com tak akan boleh bertapak hingga kini..
ana cuba beri komitmen selagi termampu..
moga impian&harapan bukan hanya tinggal kenangan..
bukan hanya omong-omongan..tapi..
akan bakal direalisasikan oleh semua pihak..
tanpa warga ukhwah impian & harapan akan terkubur..
so.. ayuh.. bangkiit dan buktikan komitmen antunna dalam merealisasikan impian & harapan ukhwah.com..
moga ALLAH bless us...aminn..amin..
oleh sahabat83 pada Khamis, 03 Ogos 2006 @ 15:35:28
(Info AHLI)
semoga dipermudahkan Allah S.W.T segala urusan ini, moga apa yang diimipikan dapat direalisasikan dengan jayanya!!!!
oleh Raidenz- pada Jumaat, 01 September 2006 @ 14:48:35
(Info AHLI) ( http://www.anakummi.cjb.net ) ( http://www.smartgroups.com/groups/anak_ummi )/
oleh SBM pada Rabu, 20 September 2006 @ 13:19:09
(Info AHLI)
semoga Allah memberkati perjuangan portal ukhwah...
oleh muzaffar ([email protected]) pada Selasa, 31 Oktober 2006 @ 16:33:12
(Info AHLI) http://www.myspace.com/muzdiary/
oleh nurul_huda3110 pada Rabu, 06 Disember 2006 @ 19:00:13
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/
salam.
ana sentiasa mendoakan ukhwah.com berjaya merealiasasikan impian untuk mewujudkan yayasan ukhwah.
ana sentiasa menyokong warga kerja ukhwah.com. satu-satunya laman web berbentuk islamic yang penuh dengan ciri2 islam dan sentiasa mengingati ke arah kebaikan...
insyaallah ana akan menyambung pengajian pada awal bulan satu 2007.doankn kejayaan ana dunia dan akhirat.
ana mahu menghulurkan pertolongan kepada ukhwah.com
semoga ALLAH meredhai usaha ini..
oleh mohamad pada Selasa, 22 Mei 2007 @ 0:50:01
(Info AHLI)
assalamualaikum....
salam ukhwah dari ana.
semoga impian akan terlaksana.
insyaALLAH....
insyaALLAH...ana akan cuba bantu apa yang termampu.
ukhwah.com best.!!!
oleh sakinahazzahra pada Khamis, 23 Ogos 2007 @ 12:02:57
(Info AHLI)
moga ukhwah yang erat terjalin untuk mengekalkan perpaduan dan persaudaraan umat islam...
alhamdulillah ada ukhwah.com..
oleh farahzulaikha ([email protected]) pada Ahad, 09 September 2007 @ 10:37:52
(Info AHLI)
salam, semoga Ukhwah. com terus cemerlang. Buat masa ini ana hanya boleh menyokong dengan kata- kata dan doa. Semoga ana boleh bantu Ukwah.com di masa akan datang dengan cara yang lain. Salam. teruskan usaha ini demi Allah s.w.t .
oleh muslimah_aLfA (muslimah_aLfA) pada Khamis, 25 Oktober 2007 @ 18:05:55
(Info AHLI)
salam...
insyaAllah ana sentiasa mndoakn kejayaan ukhwah.com..
moga-moga sentiasa mmberi input dan output yang brguna untuk seluruh umat islam..
ukhwah fillah...
kemanisn dalam prjuangan dirasai bila brdepan dengan cabaran,
ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya iman,
kekerdilan diri dirasai dengan sifat kehambaan..
~salam prjuangan~
ALLAHU AKBAR!!!
oleh umar_khalil ([email protected]) pada Rabu, 06 Ogos 2008 @ 17:00:13
(Info AHLI)
cantik bangunan?ijo......mekar dakwah eh,...
ana bsyukur sangat-sangat brada dan menjadi warga ukhwah...so ana akan bagi komitmen dan membantu sktkt ana mampu...
oleh marul ([email protected]) pada Khamis, 14 Ogos 2008 @ 10:31:37
(Info AHLI)
bestnya kalau ukhwah akan jadi syarikat besar satu hari nanti..
syarikat dakwah terbesar...
bolehlah ana kerja dengan ukhwah...
moga tercapai impian kelak..Ameen...
oleh azzak pada Khamis, 20 November 2008 @ 2:06:21
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/
kecil2 ceria, besar-besar berjaya... moga kita sama-sama bebas dari penyakit al-wahn, & melakukan bermacam2 usha untuk dapat redha ALLAH...
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Isnin, 22 Februari 2010 @ 20:22:10
(Info AHLI) http://www.iluvislam.com/
insyaAllah...mudah-mudahan impian dan harapan ni jadi kenyataan...sama-sama lah kita beri sokongan dan doa yang terbaik....
oleh hanisahani pada Rabu, 06 Oktober 2010 @ 16:49:50
(Info AHLI)