Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 22 hari yang lalu
nur_takwa88: 27 hari yang lalu
kismis: 28 hari yang lalu
qaulah_atrah: 39 hari yang lalu
muaz9768: 43 hari yang lalu
Rashdin: 49 hari yang lalu

Hukum kenduri kematian........
 Posted on Ahad, 12 September 2004 @ 20:34:29oleh Hanan
Tazkirah alhaq99 menulis assalamualaikum.Diharapkan kepada semua muslim and muslimh dapat mengambil pengajaran dan ikhtibar dari artikel ini....Biarlah ianya membuka mata kita semua mengenainya.diharapkan para pembaca bersikap open mainded dalam soal ini...

Oleh Hassan ahmad

Muqaddimah:

Sudah menjadi lumrah kepada orang melayu beragama islam di tanahair kita, apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, maka ahli keluarga si mati itu akan menyediakan makanan dan minuman.

Pada kebiasaannya, keluarga si mati akan memasak dan menyediakan nasi bungkus mengikut bilangan orang yang hadir bersembahyang jenazah atau mengikuti jumlah orang yang terlibat memberi pertolongan termasuk penggali kubur dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus akan diedarkan dan dibahagi2kan kepada setiap orang yang turun dari rumah. kemudian pada malam pertama hingga malam ke tujuh diadakan majslid tahlil kepada ruh si mati, dan sesauh majlis tahlil, keluarga si mati akan akan menghidangkan makanan dan minuman kepada jiran dan para jemaah yang hadir sama ada jamuan ringan atau jamuan berat mengikut kadar kemampuang masing-masing. manakala pada malam ke-3, ke-7, ke-20, ke-40 dan ke-100 pula, pada kebiasaannya dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan yang enak2. kemudian setiap malam jumaat selas hari ke-7 hingga hari ke-40 atau kadang-kadang sehingga hari ke-100, diadakan lagi majlis tahlil dengan setiap lepas tahlil akan dihidangkan pelbagai hidangan dan dimasak oleh ahli si mati.

Pendekkata, menjamu makanan dan minuman selepas kematian telah menjadi satu tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli simati sama ada mereka terdiri dari orangkaya atau orang kurang berada. Kalau tidak dibuat, nescaya akan dicela oleh jiran tetangganya, kaum kerabatnya dan sahaabat handai. Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan dipandang serong oleh masyarakat sekitar. bermacam-macam tuduhan dan cemuhan dilemparkan kepada ahli simati yang tidak mengikut adat tradisi itu. Umpamanya dikatakan kedekut, bakhil, tidak mengenang jasa si mati atau juga dikatakan seperti mengambus batang pisang dan sebagainya.

Itulah di antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan kejinya sesiapa yang meninggalkan tradisi tersebut. Sbhgn besar dari kalangan umat islam menganggapnya dari ajaran islam yang penting yang tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh orang-orang yang berpengetahuan agama sama ada dari lepasan madrasah pondok atau lepasa dari sekolah2 arab/agama. mana-mana individu yang mengkritik adapt resam itu akan dicap dan dilabelkan sebagai kaum muda yang hendak merosak ajaran islam yang suci.

Walau bagaimanapun ada juga segolongan kecil umat islam di Negara kita yang berpendapat bahawa membuat dan menjamu makan selepas kematian adalah amalan bid’ah yang perlu ditinggalkan kerana ia tidak pernah dibuat atau dilakukan olehh Rasulullah S.A.W dan sahabat2nya.

Kembali kepada Allah dan RasulNya.

Penyusun merasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbincangan masalah perselisihan yang tidak ada kesudahannya ini, dengan harapan semoga masyarakat kita khususnya alim ulamak dan bijak pandai islam dapart menilai siapakah yang sebenarnya berada di pihak yang haq dan siapakah yang berada di pihak yang kabur dalam masalah yang dinyatakan.

Ulamak silam telah membentangkan kepada kita mengenai hukum sebenar membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai seleasnya berlakunya kematian. Antaranya ialah dengan cara membawa hadith2 yang menjelaskan secara khusus mengenai perkara ini:
1. hadith yang dikeluarkan oleh Abu dawud, at-tirmidzi dan ibn majah dari Abdullah bin saja’far, beliau berkata, apabila tiba berita kematian saja’far (bin abi talib), nabi S.A.W bersabda, “hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli saja’afar (isteri2 dan anak2nya), sesungguhnya telah datang kepada mereka peraka yang mengharukan mereka."

dalam hadith di atas Rasulullah S.A.W mengharapkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan kepada mereka ditimpa musibah dan dukacita kematian. saja’afar bin abi talib telah mati syahid dalam peperangan mu’tah pada tahun ke-8 hijriyyah. Sebaik sahaja berita kematian sampai, nabi menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya bagi meringankan beban dukacita ahli keluarga dengan memberi makanan kepada mereka.

2. Hadith jarir bin abdullah .a katanya: "kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah sbhgn dari ratapan kematian." (diriwayatkan oleh Imam ahmad bin Handal dan ibn majah dengan isnad yang sahih).

Hadith di atas menunjukkankepada kita bahawa orang ramai yang berhimpun di rumah ahli si mati dan memakan makanan yang dimasak dan disedikan oleh ahli simati adalah sebahagian dari perbuatan ratapan kematian dan ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliyyah yang hukumnya adalah haram sebagaiman dimaklumi.
Ahli simati tidak patut membuat makanan dan memberi makan atau menjamu orang lain kerana perbuatan itu tidak disyarakan.

Di bawah ini diperturunkan pesanan beberapa ulamak besar lagi mujtahid:
1. Imam as-syafie menegaskan dalam kitab al-umm:“aku suka jiranya si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberi makan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya kerana itu adalah sunat dan ingatan(zikir) yang mulia. Dan ianya adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Ini kerana apabila tiba kematian saja’afar Rasulullah S.A.W bersabda, "buatlah kamu makanan kepada keluarga saja’afar kerana telah datang perkara mengharukan kepada mereka."

2. Aku benci diadakan perhimpunan walaupun tidak ada tangisan kepada mereka kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan tanggungan...“ (Muhammad idris as-syafi’e, al-umm, juzuk 1, halaman 279-278)

3. Kata imam nawawi dalam kita al-majmu’: telah berkata imam as-syafie dalam al-mukhtasar: „aku suka kepada kaum kerabat si mati dan kepada jirannya yang membuat makanan kepada ahli si mati yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Sesungguhnya ia adalah sunat yang dilakukan oleh golongan yang baik-baik. kata ashab kita (ulamak fiqh syafie):“membuat pelawaan sungguh-sungguh supaya ahli simati itu makan, walaupun mayat berada dinegeri lain, juga disunatkan kepada jiran keluarga si mati membuat makanan untuk mereka." (Imam nawawi, al-majmu’ syarh al-muhazzab juzuk 5, halaman 286).

3. sahab as-syamil dan orang lain berpendapat: Ahli simati membaut makanan dan menghimpunkan orang ramai supaya makan, maka tidak ada sumber sedekitpun yang diriwayatkan bahkan perbuatan itu bid’ah yang tidak disukai. Beliau membawa dalil dengan hadith „jarir bin abdullah yang berkata: "...."(seperti hadith sebelum ini – ziy@d)

4. Syeikhul islam ibn taimiyyah rh berkata:
"manakala ahli si mati membuat makanan dan memanggil orang ramai supaya memakannya, adalah perbuatan itu tidak disyarakkan, bahkan ianya bid’ah berdasarkan kepada hadith jarir bin abdullah." (Majmuk fatawa syeikh islam ibn taimiyyah, juzuk 24, halaman 316).


5. di dalam kitab fiqhus sunnah ada disebut, “disunatkan membuat makanan kepada ahli si mati kerana ianya dari perkara kebajikan dan taqarrub kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat (yang jauh). Imam as-syafie berkata,“aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Kerana ia adalah sunat dan daripada perbuatan golongan yang baik-baik.“

Ulamak mengatakan sunat mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli simati memakan makanan yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak menjamah diseabkan terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau dengan sebab segan. Imam2 mazhab telah bersepakat bahawa hukumnya adalah makruh bagi ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul kepada ahli si mati, kerana perbuatan itu membebankan lagi musibah ke atas mereka dan memperbanyakan lagi kesibukan di atas kesibukan yang telah sedia ada. Dan perbuatan itu tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyyah. Hujjah ini berdasarkan kepada hadith jarir bin abdullah yang berkata,“kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian.“

Setengah ulamak mengatakan hukumnya adalah haram bagi ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai. (Sayyid Sabiq, Fiqhus Sunnah, halaman 428 - 427)

6. dalam kitab al-qira’ah lil amwaat ada disebut:”antara bid’ah yang diharamkan ialah ahli simati memberi makan kepada orang yang memberi takziah atau memberi makan kepada faqir miskin selepas mengiring jenazah Dan pada hari khamis, pada hari ke-3, pada hari ke-40 dan tahunan (haul). yang sunnahnya ialah sahabat handai dan jiran tetangga memberi makan kepada ahli simati kerana hadith nabi,“hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli saja’afar kerana sesungguhnya telah datang perakra yang mengharukan mereka.“ (diriwayatkan oleh at-tirmidzi dan selainnya dengan sanad yang sahih). Maka alangkah jauhnya perbezaan antara sunnah dengan bid’ah. (Muhammad ahmad abdussalam hukum al-qira’ah lil amawat, halaman 25))

7. Di dalam kitab ahkamul janaiz wa bid’uha ada disebut, antara amalan bid’ah ialah

I. ahli simati menerima duit tetamu dengan memberi makan kepada mereka.
II. Menerima panggilan jamuan makanan daripada ahli si mati. (Muhammad Nasiruddin al-bani, ahkamul janaiz wa bid’uha, halaman 256).

 

  Tazkirah


Komen


"Hukum kenduri kematian........" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Hukum kenduri kematian........
oleh syed ([email protected]) pada Ahad, 12 September 2004 @ 23:27:49
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net


itulah yg terjadi kini..dulu2 masa sekolah menegah suka jjugak kalau org kampung jemput baca quran umah depa org..sebab dapat duit..
ttp itu adelah adat yg tak sepatutnya di teruskan.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.180994 saat. Lajunya....