|
Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
|
|
|
Posted on Jumaat, 10 September 2004 @ 10:22:41oleh Engku_Salina
|
|
|
Peristiwa Rasulullah s.a.w. Isra’ dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi’raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur’an al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:
“Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima
kebenaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah
s.a.w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan
oleh Allah ‘Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di
Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan
ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra’
dan Mi’raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya
(Muhammad s.a.w.) dapat menyaksikan secara langsung
betapa besar kekuasaan Allah s.w.t. serta
keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin
diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau
oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya
dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi
suci.
Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa
mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra’ dan
Mi’raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh
ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda
berupa kitab suci al-Qur’an yang sehingga sekarang –
bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan
(kemujizatan) isi kandungannya.
Isra’ dan Mi’raj merupakan satu peristiwa yang agung
kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi
penghormatan oleh Allah s.w.t. untuk mengalaminya.
Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang diberi anugerah
ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan
baginda di sisi Allah a.w.j..”
oleh: Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh syed ([email protected]) pada Jumaat, 10 September 2004 @ 20:43:12
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net
tadi masa solat jumaat..di salahs ebuah masjid di kaherah..khatib turut berkhutbah menceritakan perihal isra dan mikraj nabi SAW...
antara isntisari@ hikmah terjadinya perkara itu ialah..
utk menguji iman para sahabt nabi SAW..dan mengujidi antara mereka siapa yg lebih beriman kpd baginda SAW..
sebabnya..lepas saje perisatiwa itu..nabi SAW dan ummat islam di arahkan utk berhijrah ke madinah..jadi..tujuan Allah menjadikan peristiwa ini adalah utk menapis antara ummat islam siapa yg layak mendokong agama yg suci itu dan berhijrah..kalau kita tgk dlam sejarah ramai di aklangan ummat islam menjadi kembali murtad apabila tidak mempercayaio rehlah nabi SAW ke langit tu...samelah kita berfikir dan mengambil iktibar daripada peristiwa yg besar ini...
oleh mulimahsejati pada Jumaat, 30 September 2005 @ 15:11:44
(Info AHLI)