Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 13 hari yang lalu
Jaafar072286: 25 hari yang lalu

ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
 Posted on Sabtu, 07 Jun 2003 @ 15:17:13oleh SaLaFiaN
Tazkirah minah_arab menulis Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt...

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

 

  Tazkirah


Komen


"ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI" | Login/Mendaftar | 10 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh espiranza pada Sabtu, 07 Jun 2003 @ 17:15:39
(Info AHLI)


Ya allah...bestnya kalau dapat suami spt tuh....idaman stiap muslimah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh Tetamu pada Rabu, 25 Jun 2003 @ 2:37:46
Alangkah bagusnyer.. kalau memiliki kesempurnaan.. tp, sebagai hamba Allah yg dhaif, b'syukurlah atas apa yg dkurniakan.. dan b'usaha utk menjadi yg lebih baik.. aminn..
]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh akuzakie pada Rabu, 25 Jun 2003 @ 2:38:19
(Info AHLI) http://-
Alangkah bagusnyer.. kalau memiliki kesempurnaan.. tp, sebagai hamba Allah yg dhaif, b'syukurlah atas apa yg dkurniakan.. dan b'usaha utk menjadi yg lebih baik.. aminn..

]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh islah pada Rabu, 02 Julai 2003 @ 15:43:30
(Info AHLI)
Assalamualaikum...
Alangkah beruntungnya seorang muslimah yg mendapat teman hidup yg bersifat sedemikian...pasti akan dicurahkan sepenuh kasih sayang dan khidmatnya hanya utk suami tercinta...segala-galanya demi keredhaan Allah dan keberkatan-Nya..Tapi, masih adakah lelaki sedemikian di bumi ini..??
Wallahu A'lam...
]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh akuzakie pada Khamis, 03 Julai 2003 @ 3:51:57
(Info AHLI) http://www.klia.com.my/matechnologies/
i-Allah.. setiap usaha itu ader balasannyer.. carilah..
]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh ara pada Khamis, 15 April 2004 @ 22:08:18
(Info AHLI) http://yahoo.com
memang betul ciri-ciri yang disenaraikan.insyaallah berdoalah kita semoga mendapat lelaki yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah
]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh azilla pada Selasa, 22 Jun 2004 @ 21:07:26
(Info AHLI)
Insyaallah....bahagia rumah tangga,untuk dapat suami yang baik seperti tu,kite kenela jadi lebih baik.....
]


Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh ain_wahida pada Ahad, 27 Jun 2004 @ 22:41:38
(Info AHLI)
subhanallah.....moga diberikan jodoh spt itu...... "impikan suami spt Ali...kena jadi cam fatimah...''
]

Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh mawardah_solehah85 pada Selasa, 05 Ogos 2003 @ 14:08:31
(Info AHLI) http://iium.edu.my


Subhanallah.. sedemikian rupa untuk calon suami..
namun,.. para bakal suami.. usahalah sedaya mungkin untuk meletakkan diri kalian ke dlm golongan itu... Insya Allah..
tapi.. bagaimana pula ngan calon isteri???? mungkinkah lebih banyak lagi agaknya..
Wallahu `alam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
oleh Bulan pada Sabtu, 04 Oktober 2003 @ 11:47:42
(Info AHLI)


Alhamdulillah mudah- mudahan kita akn dipertemukan dgn jodoh yang diinginkan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114795 saat. Lajunya....