Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 241
Ahli: 0
Jumlah: 241




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

AL-TABARRUJJ (Bhgn 2)
 Posted on Khamis, 01 Julai 2004 @ 12:30:18oleh Engku_Salina
Tazkirah TRADISI BERMAKE-UP (BERSOLEK)

Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satutradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang!

Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku, nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan berlaku sama sekali. Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul?

Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atau perbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang naluri masing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku mereka lemah lembut serta memiliki hormon-hormon Fauicolone dan Prageslerone. Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Sedangkan kaum lelaki pula memiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaum wanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifat-sifat ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.

Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau pun bertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam ayat-ayatNya yang bermaksud: “Bukankah dia didahului setitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadi segumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan”(al-Qiamah: 37-39).

AMARAN ALLAH

Allah s.w.t telah memberi amaran, khasnya ditujukan kepada orang-orangyang beriman di dalam firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati perbuatan zina…..” (al-Israk: 32). Natijah ayat tersebut, Allah s.w.t telah memerintahkan orang-orang Islam supaya menjauhkan diri dari sebarang perbuatan yang membawa kepada kemungkaran. Umpamanya, penzinaan tidak mungkin berlaku andaikata tidak didahului dengan sentuhan perasaan dan sambutan. Oleh itu sudah menjadi syari’at Islam, apabila mengharamkan kemungkaran, maka segala jalan yang membawa kepada kemungkaran tersebut juga diharamkan.

Syeikh Muhammad al-Ghazali ada menyatakan: “Andai kita sudah mengenali jenis penyakit yang dihadapi, masakan pula berlaku perbalahan cara mengubatinya di kalangan kita.” Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi dengan sabdanya yang bermaksud:
“Penglihatan yang bernafsu sudah dianggap penzinaan.” Sabdanya lagi: “Tiga jenis mata yang tidak disentuh api neraka: mata yang tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan Allah, mata yang berwaspada di dalam perang, mata yang menangis kerana takutkan siksaan Allah.” Nabi ‘Isa a.s pula bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa yang memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia sudah dianggap melakukan penzinaan di dalam hati.”

Kepuasan melalui pandangan merupakan salah satu kepuasan yang amat besar. Sebagai bukti, cuba kita lihat, berapa banyak terdapat di kalangan masyarakat yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk memperlengkapkan perabot rumah dalam bentuk yang indah. Umpamanya alat-alat kegunaan di dapur seperti pinggan mangkuk, gelas cawan, yang semuanya berset (beserta berpasangan). Semua alat-alat ini beraneka bentuk dan fesyen. Malahan ada pula di antaranya yang sengaja dipamerkan di ruang tamu. Sudah tentu bijana-bijana yang dipamerkan itu lebih mahal dan menarik dari digunakan
di dapur. Penzahiran ini, semuanya menarik perhatian pandangan setiap tetamu yang datang. Perbuatan ini seolah-olah tuan rumah itu membentangkan santapan mata terlebih dahulu sebelum dihidangkan juadah makanan.

Memang benar apa yang dikatakan ‘Makanan mata lebih berharga dari makanan mulut’. Malahan dengan melalui pandangan mata, seseorang itu terbuka selera untuk menjamah makanan yang dihidangkan di hadapannya. Keadaan ini semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Cuba perhatikan, orang-orang perempuan pada zaman ini terutamanya anak-anak gadis. Mereka tidak akan keluar ke tempat-tempat belajar, kelab-kelab wanita, tempat-tempat kenduri dan sebagainya sebelum muka ditempel dengan berbagai alat make-up. Tujuan perbuatan ini adalah untuk menarik setiap lelaki yang ditemui di jalan. Apatah lagi bagi pemuda-pemuda di kaki lima, bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal.

Oleh itu berwaspadalah kamu wahai orang-orang beriman. Ingatlah, ada barang-barang di dunia ini yang boleh dipamerkan dan dilihat. Di samping itu ada pula yang tidak boleh dipamerkan dan dilihat. Tidak dinafikan bahawa setiap insan mempunyai perasaan (emosi) seperti suka-duka, inginkan pemandangan yang indah, tetapi itu adalah perkara biasa atau normal sahaja. Dorongan syahwat tidak akan bertindak ganas jika tidak dilayani dengan mendedahkan perkara-perkara yang membangkitkan berahi di hadapannya. Punca keberahian tidak akan lahir tanpa pancaindera. Oleh itu memang tepat apa yang dikatakan oleh penyair “punca maksiat terbit dari penglihatan”. Rangkaian maksud syair tersebut dapat dilihat seperti di bawah:

Setiap kejadian dari pandangan
Bagaikan kebakaran dari serpihan
Banyak kerlingan menikam kalbu
Kalbu ditikam tanpa panahan
Selagi manusia mengikut perasaan
Bahawa di hadapan tidak kesedaran
Relakan bencana datang melanda kemuliaan
Usah disambut andai datang membawa kehancuran

جﺮﺒﺘﻟا
Al-TABARRUJJ
Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan)

 

  Tazkirah


Komen


"AL-TABARRUJJ (Bhgn 2)" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: AL-TABARRUJJ (Bhgn 2)
oleh haiza pada Jumaat, 02 Julai 2004 @ 13:16:30
(Info AHLI)


ASSALAMUALAIKUM...

PADA PANDANGAN ANA.....BERSOLEK ITU BOLEH TAPI TIDAK LAH SEHINGGA MELAMPAU IAITU MENIMBULKAN SYAHAWAT ORANG YANG MELIHAT.

CUKUPLAH BERSOLEK SEKADAR SEDAP DIPANDANGKAN MATA (TIDAK SELEKEH DAN BUSUK-MENIMBULKAN KETIDAKSELESAAN PADA ORANG YANG DI SEKITAR)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: AL-TABARRUJJ (Bhgn 2)
oleh IbnuRushd pada Jumaat, 02 Julai 2004 @ 17:26:07
(Info AHLI)
a'kum,
saya setuju.tp taklah sampai bibirtu merah melecun dan jgnlah sampai harum semerbak bak pontianak harum dari jauh lagi dah dpt dibau bauan yg dipakai.ini hanya akan menarik pandangan tumpuan perhatian org lebih2 lagi lelaki yg melepak ditepi2 jlntu.
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173412 saat. Lajunya....