|
'HARUMAN SYURGAWI'
|
|
 |
Posted on Isnin, 08 Mac 2004 @ 15:14:04oleh Engku_Salina
|
|
|
epal_85 menulis Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
"Hidup umpama ais krim. Nikmatilah ia sebelum cair."
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk 1000 kata-kata, 1000 bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan."
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu, membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan."
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
Kepada kawan - kesetiaan
Kepada musuh - kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - contoh terbaik
Kepada yang tua - hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan - cinta dan ketaatan
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan."
"Hidup seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen