Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Lirik Lagu Nasyid (lama)
 Posted on Khamis, 01 Januari 2004 @ 23:20:10oleh Hanan
Kenangan kaze menulis Assalamualaikum.- terdapat lirik yang tidak berapa lengkap & jika ada yang tersilap maaf ek.sila betul kan. thank you. Koleksi nasyid2 lama kaze

Perjuangan

perjuangan itu gerun dan mengerikan
hebat dan dasyat menggerukkan hati
bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

perjuangan itu bagai sampan di laut
di atas lapang tiada perlindungan
di bawa air melambung dan menggunung
menongkah gelombang yang datang melanda

kiri kanan depan dan belakang
angin yang menderu tidak tahu bila datang
hujan badai yang datang menjelang
bak singa yang lapar yang garang

kadang-kadang terdampar di batu karang
penumpang menerima nasib berlainan
ada yang jatuh ada yang tenggelam
yang pandai berenang berpaut ke sampan

ada yang berjaya berenanga ke tepian
sekali lagi ia melayar sampan
walau pelayaran mungkin tidak berjaya
namun harapnya hanya pada yang esa



di timur suria mulai terang
cahaya fajar baru
bersyukur ku kepada Allah Esa
pencipta alam maya

ku pohon doa restu malam syahdu
mengadap kiblat suci
semoga ad din Islam yang tercinta
gemilang dan abadi

tersebar sinar Islam agama suci
keseluruh negara
berkumandang terang semangat abadi
panji Islam tersebar

ya Allah ya Tuhan yang maha Esa
ku pohon doa restu
semoga ad din Islam yang tercinta
gemilang dan abadi



di sini kita bertemu dan bermesra
menjalinkan ukhwah yang mulia
persaudaraan kita pupuk bersama
semoga mendapat keredhaan Nya

di sinilah kita dikumpulkan
di bawah panji perjuangan Islam
dalam satu ukhwah dalam satu jemaah
semoga mendapat keredhaan Nya

umat Islam adalah bersaudara
persaudaraan Islam yang ternyata
tidak mengira bangsa atau siapa saja
suara Islam bergema se cakerawala

persaudaraan Islam kita pupuk bersama
agar Islam teguh dan sentosa
persaudaraan Islam ikatan iman
semoga mendapat keredhaan Nya

persaudaraan ini semoga berkekalan
dan jua mendapat keredhaan Nya




malam hitam yang tiada berbintang
siang hari yang panas membahang
apalah mautmu yang kau takuti
kecintaan Allah harus kau cari

marilah bangun wahai perwira
siap sedia tiap tiap ketika
berkorban harta masa dan jiwamu
walaupun di mana kau takkan jemu

bunga berkembang mengharum hala
burung berkicau di dada syurga
namamu terukir takkan mungkin padam
syuhada’ dikenang sepanjang zaman




dunia yang berputar bersama kelalaian
mencari cinta Ilahi berbekal iman yang suci
pandang ke hari depan penuh dengan ke iman
tunaikanlah kewajipan penuhi perintah Tuhan


burung merintih kehilangan sarang
badai menghempas kini tersenyum puas
itulah kita di bumi tercinta
terumbang-ambing tiada nakhoda
itulah kita di bumi tercinta
mencari simpati pada fatamorgana

ayuhlah bangunlah
generasi bumi akhir zaman
dibiar sendiri merintih menangis
mencari-cari arah untuk membaiki diri
namun nur Ilahi menyedarikan diri
mutiara itu perlu dicari sendiri

ayuh generasi ke depan sana
korban segala demi cinta mulia
biar darah mengalir biar diri tersungkur
onak kita lalui walau lukai diri
linangan air mata keazaman di jiwa
dunia tetap subur mengear cita-cita
dunia tidak laksana embun yang dingin
tidak sedingin sang bayu pagi
dilanda gelisah tiada pedoman
mencari jalan Ilahi




wahai Tuhan ku, ku memohon keredhaan
terangilah gegelapan jiwa ini
pancarkanlah sinar pada hamba
ku pohon ya Tuhan ku

aku bagaikan sebutir pasir
yang lemah kerdil tidak bermaya
ya Tuhan ku lindungilah diri ku ini
agar selamat dunia akhirat
tidak dikira siapa kamu
tidak diukur apa darjat mu
kayakah atau papa kedana
disisi Tuhan sama sahaja





jangan dibangga berwajah jelita
tak usah sedih rupa tiada
ukuran Tuhan tidak serupa
dengan nilaian makhluk di dunia

carilah restu redha Ilahi
walau di mana kita berada
biarlah manusia menaruh benci
jangan Tuhan yang rasa murka

baktikan usia yang masih ada
mencari bekalan diakhirat sana
hidup bahagia mati mu mulia
kalau miliki iman dan takwa

iman dan takwa menjadi bekalan
nilai manusia di sisi Tuhan




kerana Mu Tuhan ku kehilangan teman
kerana Mu Tuhan ku keseorangan
pasrah hati ku menerima takdir Mu
kerana Engkaulah penentu segala

ku layar sepi dengan zikir Mu
mengabdikan diri
rijal engkau kerah perjuangan
bersiaplah menuju medan
rijal tenaga mu kerahkan
bersatu menegakkan Islam





ku pohon dari Ilahi
kegelapan malam takkan selamanya
fajar subuh datang bersama sinaran mentari

ia pastikan datang membawa tamadun
yang menggembirakan yang kita nantikan





berlabuhlah malam apabilakan sampai waktunya
fajar subuh mula menyeri sinar sang suria
sudah sunnah betullah mentari terbit diiring siang
bintang berkelipan menerangi keindahan

perjuangan hidupku hanya menuju cita yang satu
dan ke akan walau dimana
walau pun sengsara putus asa tiada sekali
kerana ia adalah keredhaan dari Tuhan ku

jika Islam di puncak tinggi
akan ku terus jua mendaki
jika Islam di hujung dunia
kerana Islam ke terus berjuang




Temanku dengarlah pesanan dari ku ini
Sebelum ajal memanggil kita bersama
Ingatlah akan kesalahan dan dosa yang dilakukan





suasana pagi makin berseri-seri
bila matahari mula menunjuk diri
terlukis keindahan dalam keharmonian
terpamer kekuasaan ar Rahman

burung-burung berkicau dicelah pohon hijau
menitislah embun dari hujung dedaun
lembut bayu menyapah bagai membelai jiwa

redhalah aku hanya pada Mu
dan kurnian kehidupan rabbani
redhalah aku hanya padamu
dan limphan nikmat di bumi ini

keindahan alam keindahan Islam
kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
persada kecintaan takwa jadi hiasan
biarpun kehinaan di mata insan

segala keperitan jati rencah perjuangan
itulah sunnahtullah dari zaman Rasulullah
biarpun tumpah air mata dan darah
tak peduli demi cinta Ilahi

wahai teman-teman majulah kehadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
kemenangan milik kita
syahid adalah cita 2x




tika angin menderu
ombak menerjang pantai
sang camar terbang bebas tinggi
aku tafakkur sendiri
terasa kerdil diri ini

tika fajar menyinsing
megaungu beriring
embun membasahi pipi
aku menangis sendiri
segala dosaku kesali

aku mendongak ke langit
hanya langit biru tidak ku lihat engkau
aku tunduk ke bumi
hanya rumput hijau tidak ku lihat jua
ku menginsafi diri
yang fakir dan miskin hati
bersarang keangkuhan keji
lalu ku papahi diri
menuju redhamu ilahi







sahabat perjuangan ibadah kita
hakikat insan dihidupkan
dimatikan bila tugas selesai
itulah janji Tuhan

sahabat apa lagi yang tak pasti
kebatilan akan pastinya runtuh
Islam kan tertegak atas kebenaran
tegakkan keyakinan

sahabat apa lagi yang kau ragukan
adalah sunnah Rasululah
yang sedikit akan pasti menang
dengan bantuan Allah

sahabat apa lagi yang kau sedihkan
darjatmu tinggi di sisi Tuhan
kiranya kau insan bertakwa
kiranya kau insan beriman



Musafir

berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah
meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah
ziarahilah makam kekasih Allah
kenangilah Rasulullah
bangunkan jiwa jihad Islami
semangat syuhada’ Ilahi

marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkenalana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x

berbekal keimanan penyuluh disepanjang jalan
mengharap keredhaan doa menjadi kelaziman

marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa bermusafir berkenalana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x

penat lelah mainan safar tempuhi ranjau banyak bersabar
letih lesu tidak menentu syurga menjadi idaman kalbu

marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkenalana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x




Muslimin dan Muslimat

muslimi dan mulimat tampillah kehadapan
memikulkan perjuangan mendaulatkan Islam
bahawa akal yang cerah oleh quran dan sunnah
dengan hati yang gigih dan yakin

kamilah penggerak kamilah pembenteng Islam masa depan
membenteras yang salah memusnahkan yang bid’ah
menguatkan yang lemah memanyungi ummah
kamilah penggerak kamilah pembenteng Islam masa depan

meratakan keadilan menumpaskan kezaliman
menuruskan perjuangan sepanjang zaman
kamilah penggerak kamilah pembenteng Islam masa depan





Nun Di Sana

nun di sana cita-cita kita
ya akhirat namanya
di dunia ini bukan tempat tinggal
di sini hanya sebentar tidak kekal

betulkan niat dari sekarang
tukar sikap kita yang merugikan
quran dan sunnah jadikan panduan
agar esok kita tidak kekesalan

biar susah sedikit kerana Tuhan
untuk menghindar kesusahan yang besar
yang tak sanggup ditanggung badan
ambillah iktibar kalau mahu sedar

di sana tiada taulan yang membela
amal ibadah itulah pembela kita
ayulah bersegeralah membuat kebajikan
jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan

pangkat dan harta tidak akan kekal
bahkan apa yang akan ditinggal
hidup didunia hanya sementara
buatlah persiapan untuk kesana

ayuh bersegeralah menuju Allah
taatilah Dia minta ampun pada Nya
mati bila-bila masa boleh tiba
jangan sampai kita tidak bersedia





Pemimpin Tiga Darjat

seorang pembela punya karomah
yang akan datang di kurun ini 2x

padanya jua diberikan berkah
tiga darjat yang dia miliki
khalifah mujaddid dan mujtahid
ia akan pasti tiba

kerana Rasul pun telah bersabda
berita gembira untuk kita
kedatangannya mengubah dunia
dari kegelapan kepada cahaya
dari penindasan kepada pembelaan
dari kejahatan kepada kebaikan
dari pecah belah kepada ukhwah
diwaktu itu kezalimankan musnah

ahli agama berjawatan rasmi
perosak agama di atas agama
mereka akan sedar diri
atau menerima hukuman Ilahi
kerana kesalahan mereka

diwaktu itu dunia ini
segalanya akan berubah
segala rahsia akan terbongkar
takkan dapat lagi berpura-pura
kerana ia akan terjadi
ia akan pasti tiba




Pemimpin Yang Adil

pemimpin yang adil sangat dikendaki
penyelamat umat dunia dan akhirat
tiada keadilan umat kan huru hara
pemimpin menanggung dosa rakyatnya

pemimpin yang adil orangnya tawaddu’
boleh duduk sama dengan rakyat-rakyatnya
kehidupannya tidak jauh beza dengan rakyatnya
kepentingan rakyat lebih utama

dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
kasih sayang teserlah di mukanya
sombong dan takabur tiada pada dirinya
rakyat taat dan sayang padanya

kepentingan rakyat sangat dijaga
wang rakyat dan negara tidak disalah guna
rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
rakyat diajak mentaati Allah

pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
mengingatkan rakyat tipu dunia
akhlak yang mulia pakaian dirinya
rakyat hormat bukan takut padanya

pemimpin-pemimpin di akhir zaman
kebanyakkan pencetus huru hara
untuk melindungi kesalahan dirinya
dia tuduh orang melakukannya

mana nak dicari pemimpin yang begini
memimpin manusia menuju Allah
membina sesebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlak lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat

memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai suara sumbang
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yang rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula

thank you
kaze-vm.cjb.net
-make it simple-
carilah hidayah Allah
kaze

 

  Kenangan


Komen


"Lirik Lagu Nasyid (lama)" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.202545 saat. Lajunya....