Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Ramadhan Karim
 Posted on Sabtu, 25 Oktober 2003 @ 22:12:53oleh Hanan
Tazkirah mohm3 menulis Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam. Pada bulan inilah, seluruh umat Islam dari segenap lapisan masyarakat di serata dunia, diperintahkan untuk melaksanakan ibadah puasa. Seperti firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 183 yang bermaksud: "Hai sekalian orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa."

Puasa di bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam ini merupakan satu kewajipan bagi umat Islam, di mana ianya termaktub sebagai salah satu perkara di dalam Rukun Islam yang lima. Bulan Ramadhan ini merupakan penghulu kepada segala bulan, kerana ia dipenuhi dengan pelbagai kurniaan dan kenikmatan yang hanya dapat dikecapi oleh umat Islam yang benar-benar menyelami erti puasa yang sebenar.

Puasa di dalam Islam bukan hanya terbatas kepada kemampuan dan keupayaan untuk tidak makan dan minum sahaja. Puasa adalah latihan untuk menguasai diri secara menyeluruh. Naluri-naluri terhadap makanan dan seks merupakan dasar kehidupan, sedangkan hawa nafsu pula merupakan penggerak utama yang dimiliki oleh manusia. Demi untuk mengejar kedua-dua elemen utama ini, banyak waktu dan tenaga yang telah dicurahkan. Di dalam Islam, apabila naluri-naluri itu diturutkan, maka manusia akan dikuasai oleh hawa nafsu yang menyebabkan tiada bezanya antara manusia dengan haiwan atau bahkan lebih rendah lagi, dan seterusnya dapat mengakibatkan hancurnya tatasusila kehidupan yang normal.

Justeru, puasa mencegah penguasaan hawa nafsu terhadap diri umat Islam dan memungkinkan mereka menguasai hawa nafsu sehingga ia terkendali secara total. Puasa tidak menolak naluri makan dan berhubungan seks, melainkan sepanjang bulan Ramadhan sahaja, iaitu sebulan dalam satu tahun, dan hanya dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Dengan cara berpuasa pada bulan Ramadlan, umat Islam akan dapat menguasai dan mengawal hawa nafsu, yang bererti juga menguasai dan mengawal diri mereka. Orang yang berpuasa akan dapat merasai kenikmatan setiap kali tibanya waktu berbuka puasa, kerana ia merupakan satu tanda kemenangan yang simbolik kepada umat Islam.

Selain daripada itu, orang yang berpuasa juga perlu menahan diri dari perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan melalui mata, mulut, telinga, tangan, kaki, dan anggota-anggota tubuh lainnya. Mata perlu dihindarkan dari melihat perkara-perkara maksiat sehingga lupa kepada Allah. Mulut pula ditegah dari membicarakan hal-hal yang tidak berguna, berbohong, memfitnah, menghina, atau sesuatu yang tidak baik. Telinga dihindarkan dari mendengar kata-kata jahat tersebut manakala tangan dan kaki pula hendaklah dijauhkan dari melakukan dosa.

Bulan ini juga membuka peluang untuk umat Islam bertaubat serta memohon keampunan ke atas segala dosa yang telah mereka lakukan. Menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah .a, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".

Sungguhpun begitu, keampunan dosa ini bergantung kepada sejauh mana mereka menjaga tatatertib yang tertentu seperti melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditetapkan dan meninggalkan segala yang diharamkan. Mengikut pendapat para ulama', keampunan dosa tersebut hanya ke atas dosa-dosa kecil, bukan dosa-dosa besar. Hal ini diperjelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Muslim, bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Solat lima waktu, dari Jumaat sehinggalah tiba Jumaat berikutnya, dari Ramadhan sehinggalah Ramadhan berikutnya, adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tersebut, selama dosa-dosa besar ditinggalkan".

Sebilangan umat Islam juga akan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadan yang terakhir kerana waktu ini adalah waktu yang sangat diberkati. Mereka yang beribadah pada malam-malam ini dijanjikan keampunan Tuhan dari segala dosa, dikurniakan pahala yang berlipat ganda serta dirahmati olehNya.

Salah satu malam daripada malam-malam kesepuluh terakhir ini juga merupakan malam Lailatul Qadar, iaitu satu malam suci yang hanya dapat ditemui oleh mereka yang terpilih sahaja.

Malam Lailatul Qadar yang cukup misteri ini tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir kepada Allah, atau orang yang berusaha mendapatkan malam mulia itu sahaja yang berkemungkinan untuk menemuinya. Mereka yang dikurniakan Allah akan malam Lailatul Qadar akan memperolehi keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, serta mendapat keredaan Allah dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

 

  Tazkirah


Komen


"Ramadhan Karim" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139266 saat. Lajunya....