Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 207
Ahli: 0
Jumlah: 207




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Nyah Kaki Berbau
 Posted on Jumaat, 17 Oktober 2003 @ 13:16:08oleh Hanan
Umum puteri_fuza menulis Penjagaan kaki selalu diambil remeh oleh kebanyakan orang. Ramai beranggapan bahawa kaki selalu tertutup, terlindung, tidak dapat dilihat oleh mata secara langsung dan tersembunyi di sebalik stoking dan kasut. Sebenarnya apabila cuaca menjadi bertambah panas, kaki akan berpeluh sama seperti kulit di tangan, badan dan lain-lain. Oleh yang demikian kesihatan, kesegaran dan penampilan fizikal kaki penting bagi mengelakkannya dari mengeluarkan bau.

Untuk pengetahuan, alas atau ‘lining’ kasut yang diperbuat dari fabrik sintetik atau plastik menghalang peluh dari disejat udara. Maka peluh akan kekal dan akan bertindak balas dengan bakteria hingga mengeluarkan bau yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Eeee... busuknya!

Kasut jenis tertutup tidak membenarkan pengaliran udara yang sempurna. Ia menjadikan kaki masam apatah lagi bila cuaca yang sekejap panas dan sekejap lembap. Kaki akan menjadi cepat berpeluh, melekit dan sukar untuk kering. Adalah dinasihatkan agar anda tidak memakai kasut yang sama lebih dari tiga hari berturut-turut.
Memakai stoking yang sama setiap hari juga tidak elok. Tukarlah stoking anda sekurang-kurangnya dua hari sekali. Ini dapat membantu kulit terhindar dari bakteria yang bersarang di celah-celah fabrik stoking.
Jemur kasut anda di bawah sinaran cahaya suria sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu. Ini akan memusnahkan bakteria yang membiak akibat kelembapan dalam tapak kasut.
Peruntukan masa anda di hujung minggu untuk membasuh kasut yang berbulan-bulan menempuh habuk, sampah, najis dan lain-lain selama anda menggunakannya. Selain daripada memastikan kebersihannya, secara tidak langsung, penampilan diri tambah menarik dengan kasut yang bersih
Pastikan kuku kaki di potong dengan sempurna dan sisinya dibersihkan dari kekotoran yang berkumpul. Jika tidak ia boleh mengundang penyakit ‘cagu’.
Gunakanlah semburan anti bakteria pada keseluruhan dalam kasut supaya ia sentiasa harum. Selain itu, ia juga mampu menghindar bakteria.
Sekiranya anda ada masa, sental kulit kaki dengan limau purut yang telah dipotong. Lakukannya dengan kerap. Ini bertujuan untuk mengharumkan kaki selain dari melembutkannya. Dipercayai kandungan asid dalam limau dapat membantu melembutkan kulit yang kasar. Di pasaran juga tersedia pelbagai rumusan penyental kaki yang mudah dan segera digunakan.
Rendamkan kaki di dalam besen dengan campuran air suam dan satu sudu besar garam selama 10 hingga 15 minit. Sebagai alternatif, titiskan minyak aromaterapi sebagai penenang stres. Merendamkan kaki dalam air suam mampu menyegarkan kembali kaki dan juga membantu kulit kaki bernafas dengan baik. Minyak dari pokok teh juga mampu membantu mengharumkan kaki. Ini terbukti bila asid Tannic dari pokok teh berupaya membantu mengurangkan masalah kaki berpeluh dan berbau.

 

  Umum


Komen


"Nyah Kaki Berbau" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118122 saat. Lajunya....