Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 17 hari yang lalu
ronniefinancehome: 28 hari yang lalu
MTMKi: 38 hari yang lalu
usop79: 39 hari yang lalu

Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
 Posted on Khamis, 09 Oktober 2003 @ 20:29:12oleh SaLaFiaN
Umum library_boy menulis Maaf andainya terkasar bahasa...
untuk pengajaran bersama...
Andai ada yang terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian bersama...
Saling ingat mengingati...

Antara perkara yang ber"manfaat" daripada ber'couple' ;

1) Seronok (dapat fitnah)...

2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...

Lebih mengutamakan awek daripada org lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi ;

1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia org untuk melepaskan diri. org kata kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama-lama dia akan sedar...

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sebagainya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih-lebih lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...

Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. mula-mula perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul... ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept lah mat tu. Ada juga awek yang manja sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan lah perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kasihan bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...

10) Fakta yang kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. yang haram akan tetap haram, sebagaimana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)

Hamba Allah..

 

  Umum


Komen


"Anda CouPLiNG? Baca ni!!!" | Login/Mendaftar | 56 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


assalamualaikum a'lal muslimiin
oleh wazier ([email protected]) pada Isnin, 01 Oktober 2007 @ 9:42:01
(Info AHLI)


pada pandangan ana, berlainan pula kerana ianya sudah menjadi suatu keharusan disebabkan terlalu banyak pergaulan bebas di kalangan umat islam sekarang ini terutamanya pemuda pemudi. demi menjaga nasab keturunan, bagi ana, ia menjadi keharusan disebabkan kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih lnjut tentang latar belakangnya. tetapi sememangnya perlu mempunyai iman yang kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang dan sememangnya perlu sangat-sangat bersedia dengan iman yang kuat. bayangkan jika kita dijodohkan dengan gadis yang sudah rosak. memandangkan budaya seks bebas sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita kini, apa perasaan kita? dan apa pula yang akan terjadi pada keturunan kita? ibu bapa yang baik pun kadang melahirkan anak yang 'kurang baik'.bagaimana pula ibu bapa yang "kurang baik"? akan melahirkan apa pula mereka ini?

Ana memohon seribu kemaafan sekiranya pandangan ana ini mendatangkan ketidaksenangan pada pihak lain..
sesungguhnya ana adalah insan yang lemah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Erm...
oleh SaLaFiaN ([email protected]) pada Khamis, 09 Oktober 2003 @ 23:29:36
(Info AHLI)


Artikel ini dapat sambutan hangat! Alhamdulillah... Lepas baca artikel ini, baca artikel mengenai TAUBAT pula ye...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

  • Re: Erm... oleh islam pada Jumaat, 10 Oktober 2003 @ 21:14:16


  • Re: Erm... oleh darul_numan81 pada Ahad, 12 Oktober 2003 @ 9:11:31


  • urmmmmmm oleh Tetamu pada Selasa, 21 Mac 2006 @ 12:15:18


  • Re: Erm... oleh tqa pada Selasa, 20 November 2007 @ 0:39:02




  • [Tiada Subjek] oleh fi_amaanillah pada Sabtu, 11 Oktober 2003 @ 0:15:54


  • insaf la.... oleh zirwatul_najiha pada Ahad, 12 Oktober 2003 @ 23:03:24










  • Re: Erm... oleh nurizzah pada Ahad, 09 November 2003 @ 16:00:29


  • Re: Erm... oleh mawarnanmerah pada Isnin, 25 Disember 2006 @ 20:26:59




  • peeergh!!! oleh biru pada Selasa, 16 Disember 2003 @ 15:42:10










  • Re: Erm... oleh imannoraina pada Rabu, 27 Oktober 2004 @ 13:54:29


  • memang patut oleh tou_aii pada Sabtu, 21 April 2007 @ 19:32:13


  • Re: Erm... oleh Nuranys pada Selasa, 16 Oktober 2007 @ 15:58:20




Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh Tetamu pada Khamis, 19 Februari 2004 @ 15:23:59


secara peribadi saya setuju walaupun saya pun coupling gak.cople ni sebenarnya memeningkn kepala.tp depend pasangan tu klu iman dan prinsipal kuat ape salahnya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]









Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh rina_emisya pada Selasa, 29 Jun 2004 @ 10:57:09
(Info AHLI) http://-


askum...selepas membaca artikel nih,hati terasa insaf tiba2. Entahla....setelah mensurvey kpd rakan2,macam2 pendapat yg saya dapat.Hmmm.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh Tetamu pada Sabtu, 21 Januari 2006 @ 12:08:36


assalamualaikum....

i think you need to adjust that title but still it still catchy....

em...nice article library boy....
trust me i know what you mean....
dalam agama islam tiada istilah couple ikut syariat tapi itulah alasan yang sering digunakan oleh kebanyakkan orang terutamanya yang pakar bab2 agama..lantas ianya seolah-olah jadi satu trend kiranya bercouple itu boleh asalkan ikut syariat....well sadly to inform there's no such things...hukum couple tu sebenarnya HARAM....but still many people make that mistake.....astagfirullah....semoga kita semua tidak termasuk didalam gologan yang dimurkai...perkataan cinta hanya boleh didapati dalam perkahwinan so why not we hanya wait for that moment....jagn kata takut buat silap dan salah pilih pasangan bergantunglah padaNya dan percaya serta yakin dengan pilihanNya...sesiapalah kita ni....ingat itu SIAPALAH KITA....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh akwa pada Rabu, 08 Februari 2006 @ 3:59:11
(Info AHLI)


artikal ni menyatakan banyaknya keburukan bila kita bercouple..
saya amat bersejutula..sebab memang betul,keburukkan tu lebih banyak..dan ramai remaja zaman sekarang menyalah gunela istilah "bercoulpe" ni...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh are-deq pada Khamis, 30 Mac 2006 @ 14:22:32
(Info AHLI)


selepas baca artikel ini kita dapati sebenarnya banyak keburukan yang kita perolehi daripada kebaiakan.......bercouple ini melalaikan kita dalam banyak perkara....sama-samalah kita muhasabah diri dan ambillah iktibar dari artikel ini.......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh pejuang_syahid ([email protected]) pada Jumaat, 14 April 2006 @ 18:22:49
(Info AHLI)


tak payah cakap banyak2...kan jelas dalam Al-Quran kata couple itu haram (rujuk surah Al-Isra' ayat 32)...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

  • iye ke?? oleh muslimah89 pada Khamis, 17 Mei 2007 @ 9:43:17


Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh jasadkudisini ([email protected]) pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 18:24:37
(Info AHLI)


aku rasa ada baik.. ada burukk...
tapi aku tak pernah kapel lagi....
bukan orang tak hendak... ramai juga aku minat... but sekladar kawan cukuplah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh cueniey (NON.YAHOO.COM) pada Selasa, 19 September 2006 @ 15:15:36
(Info AHLI)


Memang pun...coupling ni macam dah jadi trend lah pula..rata2 org yang bercouple 2 macam 2 lah feelnya, kalau tak pegang xsah..yang tahu agama pun macam yang tak thu agama.......yang mereka fikr, nyam!nyam saja..........dosa pahala tolak tepi.......apa nak jadi lah remaja2 sekarang ni
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Khamis, 21 Disember 2006 @ 14:41:27
(Info AHLI)


sungguh menginsafkan..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh aL-azyM ([email protected]) pada Rabu, 27 Disember 2006 @ 23:38:56
(Info AHLI)


Kebenaran dah terbongkar..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh mardhiyyahazmi pada Selasa, 16 Januari 2007 @ 12:09:58
(Info AHLI)


memang betul..couple2 ni tak ada faedah pun..kalau betul perlukan teman hidup, kawin saja, yang laki, suruh mak ayah masuk meminang perempuan yang dia suka 2...kalau dia betu2 serius dengan kita, ajak kawin dia nak tak?kalau dia tak hendak, tinggalkan dia, jangan cari masalah yang sememangnya boleh dielak kalau nak.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh wardiah_alwani ([email protected]) pada Ahad, 11 Mac 2007 @ 17:57:29
(Info AHLI) http://www.wardiah.com/


sememangnya couple itu merupakan perbuatan yang menghampiri zina...so jauhkanlahhh....kalau teringin benor pun..kawin sahaja..lebih baikperhubungan yang halal.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh safiya06 pada Ahad, 22 April 2007 @ 11:55:49
(Info AHLI)


ALHAMDILILLAH...
lepas baca artikel ni, tiba-tiba rasa insaf...
thanks library_boy..
artikel anda menginsafkan sesiapa yang membacanya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh sitishairah pada Selasa, 22 Mei 2007 @ 11:24:55
(Info AHLI)


Selepas baca ni memang dah tak ada hati dah nak bercouple....nak terus kahwin saja....Semoga Allah temukan jodohku dengan lelaki yang beriman....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh kestari pada Ahad, 29 Julai 2007 @ 0:38:05
(Info AHLI)


couple ni bukan setakat memeningkan tetapi agak menyusahkan. ... artikel ni memang berharga dan bermakna. syukran si pengirim.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh ayass pada Rabu, 26 Mac 2008 @ 7:57:29
(Info AHLI)


best juga artikel ni..sure ramai yang terasa..huahuahua....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:38:19
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/


nanti fwd2 kepada mereka yang masih bergelar Islam & mereka yang xfhm apa itu Islam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh aneezsha pada Jumaat, 01 Ogos 2008 @ 11:22:01
(Info AHLI)


cinta ALLAH S.W.T....sentiasa ada untuk hambanya tak pernah hilang walau sesaat
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Anda CouPLiNG? Baca ni!!!
oleh ikrimah ([email protected]) pada Jumaat, 26 Disember 2008 @ 11:58:53
(Info AHLI)


Assalamualaikum..

ana pun nak kongsi pendapat juga bab ni..
segala kelemahan harap abang-abang semua boleh betulkan..
setakat yang ana tau dr banyak pendapat org sekarang..
alasan mereka bercouple ialah nak kenal.. nak kenal.. bimbang kalau dah kawin esok2..dan timbul masalah
..menyesal pasal tak kenal lebih dalam pasangan kita..
bagi ana kalau kita ambil dr perspektif agama kita..

takderlak pula anjuran agama supaya kita bercouiple..
ni semua dr budaya org kafir..

senang saja cerita....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: serah pada takdir...
oleh mirwana_87 (cahaya_raudhah) pada Jumaat, 27 Januari 2006 @ 13:39:00
(Info AHLI)


sebenarnya sudah lumrah setiap yang allah ciptakan kat dunia ni berpasang-pasangan...cuma teroulang pada diri kita macam mana kita nak mengatasinya..binalah perhubungan yang suci yang berlandaskan batas2 syariat....ingat,itu semua bergantung pada kita macam mana kita nak mengawalnya,yang penting peliharalah maruah kita sebagai khalifah sekalian alam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

saya sokong!!!!
oleh nurulsya_87 ([email protected]) pada Jumaat, 25 Ogos 2006 @ 17:31:23
(Info AHLI)


so...ingatlah wahai laki2 sekelian..
jangan nok lbih2...ssh2 chop saja..pah 2 kawin terus..hahaha..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]









Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.176851 saat. Lajunya....