Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 12 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

BICARA KITA BICARA SUFI
 Posted on Sabtu, 27 September 2003 @ 18:46:16oleh Hanan
Tazkirah Kakyong menulis Cinta antara makhluk itu merupakan satu fitrah. Semua orang pasti merasainya. Namun begitu, kita tidak mahu cinta itu disalurkan ke jalan yang tidak diredhai Allah atau dengan kata lain kita tidak memanfaatkannya dengan cara yang hak. Kita tidak mahu cinta kita diselaputi dosa-dosa yang merenggangkan hubungan kita dengan Allah.

Tapi bagaimana untuk memiliki cinta yang suci, terpelihara dari segala maksiat?

Kalau boleh kita tidak mahu sebarang pertemuan yang tidak diiringi oleh mahram. Berdua-dua biarpun bukan di tempat sunyi adalah haram kerana boleh menimbulkan fitnah dan syaitan pasti menjadi orang ketiga yang mengajak kepada perlakuan mungkar…

Bercakap melalui telefon pun sekiranya tidak ada perkara penting yang ingin dibicangkan kalau boleh cubalah kita elakkan. Begitu juga dengan surat-surat cinta. Ada orang mengutuskan warkah biru yang direnjis minyak wangi untuk tatapan kekasihnya. Kalau boleh kita tidak mahu menulis atau menerima surat seperti itu kerana kita akan terbuai dalam lamunan dan angan-angan.

Alangkah baiknya jika kita dapat mengemudikan bahtera cinta itu pada jalan yang diredhai Allah. Pertemuan diatur bersama mahram, bercakap melalui telefon bila benar-benar perlu sahaja, surat-surat yang datang adalah surat yang berunsur tazkirah dan mendekatkan kita kepada Ilahi.

Bila rindu menjengah, alangkah baiknya kalau kita tidak mengikut perasaan sebaliknya sujud panjang memohon pada Allah agar kita diberi kekuatan. Ah…! Allah itu Maha Mengetahui apa yang terdetik dalam hati kita. Kita tidak sendirian menahan sakit rindu padanya, Allah juga tahu dan pasti Allah akan membantu kerana Dia tahu kita ingin mencari keredhaan-Nya.

Sememangnya sukar mendidik nafsu. Nafsu itu ibarat taman-taman indah tetapi jalannya menuju ke neraka. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang teguh mengawal diri, kembalilah kepada Allah. Kembalilah kepada Allah sebenar-benarnya dan serahkan diri kita kepada-Nya dengan sebenar-benar penyerahan. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 208, maksudnya:

'Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.'

Maksud ayat ini ialah, kita mesti melakukan apa yang disuruh oleh Allah biarpun suruhan itu sukar untuk kita lakukan. Kesukaran itu selalunya bila hati kita sudah dirantai oleh syaitan, kerana itulah Allah berpesan, jangan kita ikut suruhan syaitan.

Bagaimana hendak menyerahkan diri kita kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan?

Kita berpegang teguhlah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan membersihkan diri kita daripada sebarang halangan kearah mencintai Ilahi. Allah berfirman dalam surah al-Jumuah, ayat 2 maksudnya:

'Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang rasul daripada kalangan mereka yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Dan sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan'

Ayat ini menceritakan bagaimana Rasulullah telah membacakan kitab Al-Quran kepada orang Musyrik dan dengan Al-Quran itu jiwa mereka dibersihkan dan mereka telah diajar kandungan Al-Quran dan kefahamannya. Bila kita memahami Al-Quran, kita akan lebih mencintai Allah dan bila telah cinta, InsyaAllah hubungan kita dengan-Nya bertambah erat.

Bila hubungan kita dengan Allah bertambah kuat, secara tidak langsung kita tidak sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.

Maka jadilah kita seoramg Muslim yang sentiasa teguh memegang amanah-Nya. Lalu cinta kita pada si dia pun tiada lagi pertemuan saban hari, bercakap melalui telefon berjam-jam atau khayal dengan kedatangan warkah biru. TETAPI YANG WUJUD ADALAH TAUTAN HATI YANG BERBICARA TANPA SUARA DAN KATA-KATA…ITULAH BICARA SUFI DAN ALANGKAH INDAHNYA CINTA YANG DIREDHAI-NYA.

(diadaptasi daripada karya Siti Zawiah Ruslan-UMMI Mac 1998)

 

  Tazkirah


Komen


"BICARA KITA BICARA SUFI" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.198735 saat. Lajunya....