Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu

Kebahagiaan Seorang Ulama'
 Posted on Khamis, 04 September 2003 @ 10:41:15oleh Kang
Tazkirah MeowHidayah menulis Ada dua pesanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya. Pertama, "Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan kebenaran kepada Sultan yang zalim". Kedua, "Katakanlah kebenaran itu walaupun pahit".

Adalah menjadi satu kebahagiaan bagi umat Islam, khasnya para ulama', bila mereka telah dapat merealisasikan pesanan Rasulullah tersebut. Bila kita masih belum juga melaksanakan pesanan tersebut, baiklah kita baca riwayat berikut.

Sekitar abad keempat Hijrah atau kesepuluh Masihi, hiduplah di Mesir seorang ulama' sufi, Abu Hasan. Yang berkuasa di negeri itu adalah seorang penguasa yang zalim, Ahmad Ibnu Thulun.

Ibnu Thulun telah membunuh seramai 18 ribu orang dengan cara tidak memberi mereka makan dan minum. Kerana kezaliman penguasa itu sudah demikian teruknya, maka Abu Hasan teringat akan pesanan Nabi di atas, "Jihad yang paling utama adalah mengatakan kebenaran di depan penguasa yang zalim".

Semangat iman Abu Hasan tiba-tiba melonjak. Tanpa merasa gerun sedikit pun dia tampil ke hadapan Ahmad Ibnu Thulun. Dengan berani Abu Hasan berkata: "Innaka zhallamtar ra'payah" (Engkau telah menzalimi rakyat...!).

Ahmad Ibnu Thulun marah luar biasa mendengar kata-kata itu. Dia segera menangkap Abu Hasan dan memenjarakannya. Di dalam tahanan, seekor singa yang kelaparan dilepaskan.

Inilah gelanggang yang tidak seimbang. Mereka melepaskan singa yang lapar untuk memakan Abu Hasan.

Tetapi mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku. Singa itu maju selangkah dan mundur, mendengus dan kemudian diam. Kemudian binatang buas itu menundukkan kepalanya sambil mendekati Abu Hasan, kemudian menciumnya. Setelah itu ia pergi dengan tenang meninggalkan Abu Hasan.

Ahmad Ibnu Thulun menyaksikan peristiwa itu dengan berdebar. Dia tiba-tiba tersentak dari tempat duduknya apabila singa itu tiba-tiba memandangnya dengan tajam!

Orang-orang yang menyaksikan peristiwa yang mengerikan itu merasa kagum dan hormat kepada Abu Hasan, dan mereka pun bertakbir beramai-ramai.

Tetapi ada kisah yang lebih menakjubkan daripada itu. Setelah Ahmad Ibnu Thulun menyaksikan peristiwa ajaib itu, dia segera memanggil Abu Hasan dan menyoalnya.

Ibnu Thulun: "Ceritakan kepadaku apa yang engkau fikirkan pada waktu singa itu mendekatimu. Engkau tidak sedikitpun melihat dan engkau tidak peduli kepadanya!"

Abu Hasan: "Saya hanya memikirkan tentang air liurnya. Bila singa itu menyentuh saya, apakah itu suci ataupun najis?".

Ibnu Thulun: "Apakah engkau tidak takut kepada singa?"

Abu Hasan: "Tidak, kerana Allah telah melindungiku dari kejahatannya".

Kita berasa kagum dengan keberanian Abu Hasan. Cuba bandingkan dengan sikap para ulama' sekarang. Barangkali, berpeluh pun kita mencari ulama' sebegitu tak akan jumpa.

Dengan itu, seolah-olah pesanan Rasulullah di atas terpaksa diketepikan. Setidak-tidaknya untuk menyelamatkan "asap" di rumah.



- Abu Hikmah, Dunia Islam Oktober 1994/Jamadil Awwal 1415, Bil 52.

meow: Insya-Allah, mudah-mudahan ada lagi ulama' yang bersikap sedemikian....

 

  Tazkirah


Komen


"Kebahagiaan Seorang Ulama'" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.156303 saat. Lajunya....