Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 171
Ahli: 0
Jumlah: 171




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Awasilah FITNAH
 Posted on Sabtu, 30 Ogos 2003 @ 21:20:45oleh Hanan
Tazkirah zunah menulis Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; 'Ya', ada tetapi bercampur dengan "dakhan'".

Huzaifah bertanya, "Apakah 'dakhan' itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, 'Ya' ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah bari tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Marilah kita awasi sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kita, kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Kita sendiri boleh terhakis keimanan dan ketaqwaan dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Maka untuk menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu fahami dua perkara asas:

Ilmu syara' - Islam sebagai ad-din yang syumul dariapada Q & H melalui ulamak-ulamak yang muktabar(yang jelas kefahaman dan keiltizaman mereka dengan ajaran Islam).

Ilmu Waqi' - Keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Fahami reality dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai yang lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?

Allah SWT mengingatkan kita di dalam surah al-Anfal ayat 25 bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dashat siksaan Nya."
Wasalam.

 

  Tazkirah


Komen


"Awasilah FITNAH" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109129 saat. Lajunya....