Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 8 hari yang lalu
Kang: 26 hari yang lalu
lidah-penghunus: 28 hari yang lalu
muslimin23: 37 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Hati sebagai raja...
Disiarkan pada Ahad, 06 Julai 2003 @ 14:25:55 oleh Hanan

Tazkirah Nur_Furqan menulis: "“Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik, maka baiklah badan seluruhnya,dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya.Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati”
(H. Bukhari dan Muslim)

Kebaikan dan kejahatan seseorang bergantung kepada hatinya. Hati adalah sebagai pusat yang menerbitkan tenaga perbuatan menurut arahannya, sedang anggota-anggota lain hanya berbuat sesuatu dan bekerja sebagai. Khadamnya. Walaupun Cuma seketul daging, tetapi hati memainkan peranan penting dalam menggerak atau memberhentikan, memperelokkan atau mencederakan perbuatannya.

Hati yang baik menyebabkan seluruh badan menjadi baik. Demikian pula sebaliknya. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat kepada Allah dan mematuhi segala perintah-Nya. Manakala hati yang rosak adalah hati yang dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat, hingga tidak diendahkan lagi segala yang haram. Maka rosaklah seluruh badan akibat daripada hati yang rosak, yang menyebabkan bencana bagi diri dan kehormatan.

Pendek kata hati adalah raja bagi sekelian anggota. Sekelian anggota mentaatinya, tidak menyalahinya. Kalau ia menjadi raja yang baik, sekelian anggota akan menjadi baik. Sebaliknya, kalau ia menjadi raja yang rosak, maka sekelian anggota turut menjadi rosak.

Justeru itu, perlulah keatas kita memelihara kesucian hati kerana hati menjadi punca segala sesuatu.Malahan di hati pula di pusatkan keimanan dan keyakinan.

Sabda Nabi Muhamammad S.A.W:
“Tidak akan lurus iman seseorang hamba hingga lurus (lebih dahulu) hatinya.”

Inilah yang dikatakan oleh Ibrahim Bin Adham:
“Hati orang yang beriman adalah bersih seperti cermin, kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia lebih dahulu melihatnya. Tetapi, apabila ia sekali melakukan dosa, Allah campakkan ke dalam hatinya satu tompok yang hitam. Kalau ia bertaubat, hilanglah warna kehitaman itu. Andaikata ia kembali berbuat dosa dan tidak bertaubat, timbullah semula tompokan hitam itu hingga keseluruh hatinya menjadi hitam. Waktu itu tidaklah berguna lagi nasihat yang diberikan kepadanya.”

Wallhu A’lam…

(dipetik dan diubahsuai dari buku: ‘40 akhlaq yang mengubah dunia’-halaman 158)

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Hati sebagai raja..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109996 saat. Lajunya....