Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 95
Ahli: 0
Jumlah: 95




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 8 hari yang lalu

Korban manifestasi kecemerlangan ummah.
 Posted on Ahad, 07 November 2010 @ 18:12:12oleh Hanan
Tazkirah MohdHanafi menulis Bulan Zulhijjah yang dilalui mempertemukan kita dengan hari bersejarah yang diraikan dengan kegemberiaan iaitu Hari Raya Aidiladha. Malah sambutannya perlu dihayati melebihi sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana konsep pengorbanan yang terkandung di dalamnya. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidiladha dan hari-hari tasyrik (11-13 Zulhijjah), umat Islam disarankan menyembelih haiwan korban sebagai mana firman Allah dalam surah al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud, "Maka solatlah dan sembelihlah (haiwan korban)."

Tuntutan ibadah korban yang dapat dihayati dan ditunaikan oleh individu muslim menunjukkan bahawa tahap kesyukurannya kepada Allah telah mencapai satu tahap yang bermakna. Erti kesyukuran terhadap rezeki yang melimpah diterjemahkan dengan mengorbankan sebahagian daripadanya untuk dikongsi bersama-sama saudara seagama. Selain mendekatkan diri kepada al-Khalik selaku Pencipta, invidividu muslim yang melakukan pengorbanan dapat merapatkan persaudaraan melalui daging-daging korban yang disedekahkan. Amalan ini boleh ditunaikan dengan mengorbankan seekor kambing bagi satu keluarga atau tujuh orang bagi seekor lembu.

Falsafah yang tersembunyi di sebalik ibadah korban mengajar kita bagaimana manifestasi kecemerlangan ummah dapat dicapai. Kesanggupan melakukan pengorbanan bermakna orang-orang yang berharta rela membenamkan sifat-sifat mazmumah di dalam diri seperti berprasangka, ego, kedekut, tamak haloba dan memencilkan diri dari masyarakat. Ummah yang cemerlang dilahirkan dapat dilihat apabila semua orang yang terlibat dalam ibadah korban melakukan upacara penyembelihan dalam suasana mahabbah. Pihak yang berkorban bergembira dengan pengorbanannya manakala orang yang menerima bahagian daging korban terhibur hatinya dengan rezeki yang baik. rumah yang dapat hidup dalam kerukunan akan melahirkan nadi-nadi yang menggerakkan kesinambungan nur Islam ke seluruh alam. Selain ibadah korban ini, perkara-perkara lain dalam agama turut dapat dihayati dengan lebih baik sebagai simbolik kecemerlangan tersebut.

Namun begitu, Allah tidak memandang kepada haiwan yang dikorbankan sebaliknya nilai ketaqwaan hamba. Firman Allah,

"Dan Allah tidak melihat kepada daging (haiwan korban), dan tidak pula kepada darahnya. Akan tetapi Allah melihat kepada taqwa kamu kepada-NYA." (al-Hajj: 37)

 

  Tazkirah


Komen


"Korban manifestasi kecemerlangan ummah." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077304 saat. Lajunya....