|
Nabi Muhammad Tersenyum Jua
|
|
|
Posted on Isnin, 22 Februari 2010 @ 18:39:50oleh Hanan
|
|
|
durratulmuqriah menulis Seorang sahabat Nabi Muhammad sangat suka bergurau. Beliau adalah Nuaiman yang juga menjadi tentera, ber-perang dalam peperangan Badar. Namun begitu, beliau juga merupakan antara sahabat yang miskin. Walaupun Nuaiman miskin, beliau mempunyai hati yang mulia dan suka menolong orang lain. Sekiranya mempunyai lebihan wang, beliau akan menjamu orang miskin di masjid.Nuaiman.
Pada suatu hari sedang Nuaiman berjalan-jalan, beliau bertemu dengan seorang penjual madu. Pada masa itu, penjual madu sedang melalui jalan yang dekat dengan rumah Nabi Muhammad. Nuaiman terfikir hendak membeli madu itu, namun beliau tidak mempunyai wang. Akhirnya beliau mendapat satu idea.
“Wahai penjual madu!” panggil Nuaiman.
Penjual madu itu datang menghampiri Nuaiman sambil membawa beberapa botol berisi madu.
“Tuan memanggil saya?” tanya penjual madu.
“Berikan saya satu botol madu,” kata Nuaiman.
“Baiklah. Ini dia, tuan,” kata penjual madu sambil menghulurkan sebotol madu kepada Nuaiman.
Sambil mencapai botol madu yang dihulurkan itu, Nuamain berkata, “Saudara tunggu di sini. Nanti duit madu ini akan dibayar oleh tuan rumah ini,” kata Nuaiman sambil menunjukkan rumah Nabi Muhammad.
Nuaiman membawa botol madu itu lalu pergi ke rumah Nabi Muhammad. Nuaiman mengetuk pintu dan memberi salam. Nabi Muhammad keluar sambil menjawab salam Nuaiman.
“Wahai kekasih Allah, terimalah hadiah daripada saya,” kata Nuaiman, sambil memberikan botol madu yang di-pegangnya kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad yang tidak tahu apa-apa itu mengucapkan terima kasih kepada Nuaiman. Nuaiman tersenyum lalu pergi dari situ.
Apabila melihatkan Nuaiman pergi jauh tanpa membayar harga madu yang dibelinya, penjual madu itu naik marah. Lantas beliau pergi mendapatkan Nabi Muhammad.
“Tuan, tuan sudah mendapatkan madu daripada saya, tetapi tuan belum membayarnya,” kata penjual madu.
Tahulah Nabi Muhammad yang Nuaiman bergurau dengan beliau. Nabi Muhammad tersenyum sendirian dan terus membayar harga sebotol madu yang dibeli oleh Nuaiman itu. Penjual madu itu berlalu selepas mendapatkan wangnya.
Keesokan harinya Nabi Muhammad meminta sahabat memanggil Nuaiman. Nuaiman akhirnya datang berjumpa Nabi Muhammad dalam keadaan takut. Nabi Muhammad tidak marah kepada Nuaiman, tetapi beliau ingin tahu Kenapa Nuaiman tidak membayar harga madu yang dibelinya.
Nuaiman pun berkata, “Wahai kekasih Allah. Saya ingin sekali melakukan kebaikan kepada tuan. Tetapi saya tidak mempunyai wang pada masa itu. Maafkanlah saya.” Nabi tersenyum mendengar kata-kata
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh SNMA pada Isnin, 01 Mac 2010 @ 7:03:39
(Info AHLI)
Tingginya budi pekerti Rasulullah ye? Kalau Wawa yang kena macam tu, dah lama Wawa kejar org tu, and then, siram dia dengan madu tu..
oleh asyieqien_eqin ([email protected]) pada Ahad, 28 Mac 2010 @ 21:09:25
(Info AHLI)
kalau kita..org bergurau macam ni...tak lama nak kena sound lah..begitu mulia keperibadian baginda..soollu ala naabiiyuna...
oleh miftahul_jannah pada Isnin, 29 Mac 2010 @ 12:08:16
(Info AHLI)
salam alaiykh... seronok dengar cerita sahabat RASULULLAH ini.. dan melihat akhlak RasululLLAH yang mulia dengan sahabat baginda.
oleh ibtisam_nisa pada Rabu, 31 Mac 2010 @ 15:16:17
(Info AHLI)
tingginya pekerti rasul junjungan allah ni... sehebat al quran dan as sunnah yang ditinggalkannya...