Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 118
Ahli: 0
Jumlah: 118




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu

Muslim beriman senang lihat orang lain gembira
 Posted on Isnin, 22 Oktober 2007 @ 10:07:37oleh istisafa
Tazkirah mas2ra menulis Ajaran Islam menganjurkan hidup berkasih saying dalam iman dan takwa.

As-Salammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh...
Ajaran Islam menganjurkan hidup berkasih saying dalam iman dan takwa. Kita perlu menyedari bahawa kehidupan dunia hanya sementara. Oleh itu, kita mempersiap bekalan untuk perjalanan hidup yang lebih panjang dan abadi iaitu kehidupan akhirat.

Hendaklah kita selalu berbuat baik, memainkan berperanan sebagai hamba ALLAH dengan mempraktikkan nilai-nilai rohaniah dan lahiriah.

Orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada ALLAH tidak mengharapkan balasan ataupun upah melainkan daripada ALLAH sahaja.

ALLAH berfirman bermaksud:
“Katakanlah. Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanKU kecuali kasih saying dalam Kekeluargaan. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan KAMI tambahkan bagi kebaikan pada kebaikan itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Asy-Syuura:23)

Ayat diatas penegasan bahawa orang yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH senantiasa berusaha mencipta suatu suasana sihat dalam kehidupan masyarakatnya berdasarkan kasih saying dalam persaudaraan.

Tidak keterlaluan untuj mengatakan bahawa apabila seluruh masyarakat telah dihiasi jiwa persaudaraan yang penuh kasih saying, akan wujudlah suatu keadaan masyarakat yang aman, damai dan bahagia lahir dan batin.

Itu semua dapat diusahakan dengan terlebih dahulu memelihara iman serta meningkatkan takwa kepada ALLAH.

Umpamanya, apabila kita merasakan sakit yang diderita orang lain, itulah akan mendorong kita untuk turut serta menghilangkan penderitaannya, bak kata pepatah Melayu, cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.

Dalam keadaan demikian, hati kita tidak merasa tenang sebelum penderitaannya hilang sembuh. Hati kita berasa tenang dan tenteram setelah kita berhasil menghilang penderitaannya dan melihat dia dalam keadaan sihat sejahtera kembali.

Rasulullah Salallahualaihiwasalam bersabda bermaksud:
“Seseorang Muslim itu menjadi saudara Muslim lainnya.
Kerana itu, tidak diperbolehkan seorang Muslim menganiayai saudaranya, juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslimnya.”

“Dan sesiapa memberikan pertolongan (memenuhi hajat keperluan saudaranya), maka ALLAH pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya. Dan sesiapa yang memberikan kemudahan, memberikan kelapangan bagi kesusahan seseorang Muslim, nescaya ALLAH melapang kesusahannya di akhirat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadiths ini dinyatakan orang Islam dipandang sebagai saudara dan persaudaraan itu menghendaki setiap orang Islam tidak boleh bersikap membiarkan saudaranya dalam kebinasaan.

Contoh lainnya, apabila seseorang menderita kelaparan wajiblah kita menolongnya melepaskan dirinya daripada penderitaan itu.

Antara tanda hubungan ukhwah Islamiah ialah perasaan senang memberi manfaat kepada saudara kita dan berasa senang serta gembira melihat mereka mendapat nikmat dan kebaikan, bagai kita sendiri yang memperolehnya.

Apabila perasaan ini telah tertanam dalam hati kita dengan suburnya, bererti kita telah berhasil mendekatkan diri kepada ALLAH dengan ibadah yang besar pahalanya.

ALLAHualam.
Wassalam.
- Ahmad Mustafa

 

  Tazkirah


Komen


"Muslim beriman senang lihat orang lain gembira" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082946 saat. Lajunya....