Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu

Cerpen: Terima kasih mak, ayah
 Posted on Jumaat, 19 Januari 2007 @ 17:31:58oleh istisafa
Karya wihdatul_asrar menulis Mak, ayah.
Kakak minta maaf banyak-banyak... kakak tahu kakak dah banyak kecewakan mak dan ayah. Kakak tak mampu nak tunai kan hasrat mak dan ayah. Kakak ingat lagi masa keputusan spm diumumkan tahun lepas. Keputusan kakak tak secemerlang yang mak dan ayah impikan. Kakak nampak muka ayah kecewa tapi ayah tetap senyum. Kakak nangis depan ayah. Bila kakak tunjukkan kat mak, mak pun senyum.

Mak kata,"tak apa lah, kakak dah usaha. cuba lagi."

Walaupun ada yang kata keputusan kakak bagus tapi kakak rasa itu tak cukup. Bukan kakak tamak mak, bukan kakak tak syukur ayah tapi kakak rasa itu tak cukup dengan pengorbanan mak dan ayah. Dulu, masa cikgu kata, pelajar tingkatan 5 perlu kan komputer untuk belajar, ayah tanya kakak sama ada kakak nak ke tak. Kakak kata tak payah lagipun kakak tahu masa tu ayah tak ada duit. Kita pun bukan orang kaya. Tapi seminggu lepas tu, ayah suruh kakak kemaskan bilik, cari tempat sesuai untuk letakkan komputer. Rupanya dalam diam ayah belikan kakak komputer!! Tapi lepas itu kakak leka, kakak guna komputer untuk main game saja. Ayah, kakak minta maaf...        

Bila keputusan ke IPTS diumumkan, kakak tak dapat masuk. Malam itu kakak tak balik rumah. Bukan niat kakak nak buat mak dan ayah risau tapi kakak tak dapat terima kenyataan. Kenapa orang yang dapat keputusan yang lagi teruk dapat masuk??? Malam itu, angah, acik dengan atih call kakak. mereka pujuk kakak, mereka suruh kakak usaha lagi, buat rayuan. Tapi kakak dah putus asa.
    
Kakak apply masuk tingkatan 6. Kakak tekad nak
belajar. Kakak tak nak kecewa kan mak dengan ayah lagi. Sungguh!! kakak tak sanggup. Kakak nak tunaikan impian ayah. Ayah dah lama simpan hasrat nak kakak jadi doktor. Kakak ambik medic masa tingkatan 6. Kakak cari rumah sewa yang dekat dengan sekolah. Kakak tak nak susah kan ayah sebab jalan ke sekolah dengan jalan ke tempat kerja ayah tak sehala. Bila kak long bagitau yang ayah letakkan harapan yang tinggi pada kakak, airmata kakak menitik. Kakak tak pasti sama ada kakak dapat tunaikan ke tak harapan ayah. Ayah, kakak berusaha demi ayah. Kakak nak jadi doktor, macam yang ayah nak. Tapi, satu hari kakak dapat panggilan telefon.

Mak, ayah, kakak dapat masuk upm dalam jurusan diploma pertanian. Rupanya dalam diam acik buat rayuan untuk kakak. Syukur alhamdulillah, impian kakak dimakbulkan Allah. Tapi macam mana dengan impian ayah? Mak suruh kakak balik, bincang dengan mak dengan ayah. Ayah tak galakkan kakak pergi sebab jauh. SARAWAK, tak pernah akal ini terpikir untuk sampai ke sini. Mak pula galakkan kakak pergi. Kakak tahu mak nak kakak berdikari. Adik beradik yang lain boleh belajar jauh dari family, Kenapa kakak tak boleh? kakak bagitahu kawan kakak yang belajar kat sarawak. Dia setuju nak jemput kakak kat upm. Kali ini kakak dapat tengok lagi pengorbanan mak dengan ayah.

Betapa mak dengan ayah sayang kan kakak. Mak sanggup tebal kan muka, pinjam duit dengan mak ngah. Ayah pula siang malam kerja. Nak dapat gaji lebih, nak beli tiket flight, nak buat duit belanja. Terima kasih mak, terima kasih ayah... ayah sanggup lupakan impian ayah semata-mata untuk tunai kan impian kakak. Kakak tak kan lupakan pengorbanan ayah dengan mak. Sekarang kakak kat bumi Sarawak. Buat kali pertama kakak beraya kat sini. Raya tanpa family, tanpa suasana riuh rendah keluarga, tanpa ketupat dengan lemang tapi kakak tak nangis mak, kakak tak nangis ayah. Kakak tekad kakak nak belajar. Kakak kena terima apa saja dugaan.

Result final exam kakak memberangsangkan. Kali ini kakak dapat tengok cahaya kegembiraan pada muka mak dengan ayah. Kakak bangga mak, ayah. Kakak akan cuba naikkan pointer kakak untuk semester ni. Kakak nak tengok mak dengan ayah bangga.

Buat pengetahuan kawan semua, saya sekarang belajar kat UPM, Sarawak. Cerita ni saya tulis untuk dijadikan pengajaran, untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri. Jangan lah kita leka dengan nikmat dunia, ingat lah pengorbanan mak dengan ayah. Selagi terdaya, jangan lah hampa kan harapan mereka. wassalam.....

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Terima kasih mak, ayah" | Login/Mendaftar | 12 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


hendak seribu daya,mahu seribu cara
oleh dueramiela pada Isnin, 29 Januari 2007 @ 10:48:51
(Info AHLI)


salam..setiap kejayaan perlukan pengorbanan.gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.setiap usaha yang bersulamkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah pasti akan diberkati Allah kejayaan yang dimiliki.sesungguhnya setiap yang berada di langit dan di bumi adalah hak mutlak Allah SWT.
wassalam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terima kasih mak, ayah
oleh nurul_huda3110 pada Rabu, 24 Januari 2007 @ 11:01:01
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


salam..
ana doakan penulis beroleh kejayaan.
macam dari true story...menangis dalam hati..
semoga kami adik beradik dapat membahagiakan ibubapa kami...
.............................kami sayang bonda.....................................
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Terima kasih mak, ayah
oleh wanhusni pada Sabtu, 20 Januari 2007 @ 14:44:28
(Info AHLI)


Assalamualaikum...
..InsyaAllah..mudah-mudahan usaha anda diberkati oleh yang Maha Esa..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: terima kasih buat mereka....
oleh bayti_jannati ([email protected]) pada Ahad, 21 Januari 2007 @ 11:00:28
(Info AHLI)


menyentuh sanubari....jalan cerita best... usaha lagi untuk hasilkan karya yang lebih bermutu dan menyentuh jiwa..tahniah!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terima kasih mak, ayah
oleh zahrah_asrar ([email protected]) pada Ahad, 21 Januari 2007 @ 11:18:55
(Info AHLI)


sedih nya... T_T

p/s: lepas ni boleh r cerita kan pula tentang suasana kat sna pula. pasal karenah kawan-kawan ke ex roomate ;-) ke
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Terima kasih mak, ayah
oleh pencintamu pada Selasa, 02 Oktober 2007 @ 10:28:59
(Info AHLI)


jalan cerita nak sama dan pengalaman hidup saya..sedih baca.result stpm tak ok sangat....tapi alhamdulillah akhirnya saya dapat smbung study kat KUSZA>>>>......tnx untuk mama dan bapa.juga buat abang tersayang yang terlalu banyak berkorban untuk adikmu ini........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Terima kasih mak, ayah
oleh siti_rabiatul88 pada Jumaat, 16 November 2007 @ 22:16:13
(Info AHLI)


best3..hargailah pengorbanan mak dan ayah,balaslah jasa mereka..jangan lah cepat putus asa,berusahalah bersungguh sungguh..pasti kejayaan akan muncul..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Terima kasih mak, ayah
oleh jannahnobel pada Jumaat, 25 Januari 2008 @ 15:49:38
(Info AHLI)


menyentuh perasaan...
hanya memesan...
berbaktilah pada mak ayah selagi mereka ada...
selagi kita boleh menatap wajah manis mereka..

tak ada manusia lain yang dapat menggantikan mereka...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.075485 saat. Lajunya....