Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Nilai sebuah persahabatan
 Posted on Isnin, 15 Januari 2007 @ 10:35:47oleh istisafa
Semasa ketenteramanku menulis Begitu mudah untuk mencari teman bergembira tetapi terlalu sukar untuk mencari teman berkongsi duka. Seandainya masih ingat bait-bait lagu Hijjaz tentang kawan. Dipaparkan di sini satu kisah untuk renungan bersama. Terdapat tiga orang sahabat yang bersama-sama ke mana sahaja ketika dalam pengajian di kampus. Mereka menyertai sebuah persatuan yang sama.

Pada hari terakhir di kampus, masing-masing menyatakan hala tuju hidup selepas ini. Dua daripada mereka telah bersetuju untuk bersama-sama bekerja di Selangor. Namun, sahabat yang seorang lagi telah mengambil keputusan untuk kembali ke negeri sendiri dan bekerja di sana. Kedua-dua sahabat ini kecewa kerana sahabatnya ini ingin meninggalkan mereka dan seolah-olah apa yang dirancang sebelum ini adalah sia-sia.

Tiada siapa menyangka, setahun kemudian sahabat ini kembali berjumpa mereka dan menghulurkan bantuan setakat yang mampu. Kedua-dua orang sahabat ini malu dengan diri sendiri kerana berprasangka terhadap sahabatnya. Ukhwah mereka kembali bertaut lantaran kemanisan ukhwah yang dikecap. Kerana kasih sayang yang ada dalam diri mereka. Di mana sekalipun kita berada, sahabat tetap diingati dalam doa. Yang paling penting, ikatan yang dibina adalah kerana –Nya.

Kasih sayang merupakan asas kepada ketenangan. Islam sendiri menekankan konsep kekeluargaan sebagai asas tarbiah yang membolehkan terjalinnya ikatan kasih sayang. Sekiranya kita imbau kenangan lalu bersama teman-teman sudah pasti ia masih terpatri dalam ingatan sekalipun telah bertahun tidak berjumpa. Ikatan kasih sayang sebenarnya dapat menjana kekuatan ingatan. Sehubungan dengan itu, walau jarak memisahkan hubungan kekeluargaan dan ikatan persahabatan masih utuh.

Menyingkap kisah Nabi Yusuf wajar diambil iktibar oleh semua. Bagaimana Nabi Yusuf ditinggalkan oleh adik beradiknya dalam perigi. Ditakdirkan Allah baginda diambil oleh sekumpulan musafir dan dijual kepada raja Mesir. Baginda dianugerahkan kepakaran mentafsir mimpi. Melihat kepada kejujuran dan kepakaran yang ada pada Nabi Yusuf, raja telah melantik baginda sebagai Menteri Kewangan. Ketika memegang jawatan ini, baginda ditakdirkan bertemu semula dengan saudara mara dan kedua ibu bapanya. Lantas mengikat kembali ikatan silatulrahim yang sedia terjalin. Dari kisah ini, Allah berfirman yang bermaksud :

“Maka ketika mereka membawanya dan sepakat memasukkannya ke dasar perigi, dan Kami wahyukan kepada Yusuf : Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan ini, sedang mereka tidak ingat lagi.” (SurahYusuf :15)

Bagi seorang ayah, bau badan anaknya masih segar di ingatan. Sepertimana firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud :

“Pergilah kamu dengan membawa baju hamisku ini, maka letakkanlah ia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku. Ketik kafilah itu keluar (dari Mesir). Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal (tentu kamu membenarkan aku).”    
(Surah Yusuf :93-94)

Sungguhpun lama terpisah, ingatan Nabi Yaakub cukup kuat terhadap Nabi Yusuf iaitu anak kesayangnnya. Bagi Nabi Yusuf, perancangan negatif saudara mara ke atasnya masih segar dalam ingatan. Sirah ini memberikan petunjuk penting kepada kita dalam menjana kekuatan ingatan yang berteraskan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Terasnya ialah perasaaan cinta dan kasih sayang, penyerahan diri kepada Tuhan dan kesediaan menempuh cabaran hidup dengan positif.

Dalam konteks kehidupan kita khususnya dalam persahabatan, adakalanya pertengkaran kecil pasti berlaku. Inilah yang mengeratkan lagi ikatan antara sahabat dan lebih mengenali diri masing-masing. Sekalipun ada hati yang terguris, lantaran kasih sayang yang wujud dalam diri berjaya menangkis segalanya. Kita akan memaafkan kesalahan sahabat kerana kasih akan sahabat. Ibarat manusia ini adalah satu anggota tubuh yang mana apabila salah satu anggota itu sakit, anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Oleh itu, hendaklah kita menerima sahabat seadanya dan saling melengkapi.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, adakalanya tekanan melanda diri. Lantaran beban kerja yang menimbun dan masalah yang bertali arus datang dan pergi. Tika ini sahabat diperlukan untuk mencurahkan isi hati yang terpendam. Bersama renungkan analogi ini. Sekumpulan alumni yang mempunyai kerjaya yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang profesor. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, profesor tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.

Profesor tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata : “ Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan ‘stress’ yang anda semua hadapi.

Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain. Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.

Bagaimana penulis ingin mengaitkan dalam apa situasi sekalipun kita memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberikan sokongan di kala diri lemah. Bagaimana pelajar-pelajar tadi saling memerlukan antara mereka. Sebagai penasihat dan pembimbing tika diri sedang leka dibuai mimpi indah. Oleh itu, janganlah mengabaikan atau memutuskan ukhwah yang terjalin kerana kesibukan duniawi. Hargailah sahabat yang berada di sekeliling kita.

Teliti kembali, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai sahabat sebaik mungkin. Atau sekadar teman untuk minum kopi dan teh sahaja. Renungi diri. Jadilah sahabat yang baik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya. Jujurlah dalam bersahabat. Sebelum meneruskan persahabatan yang mendalam mohonlah petunjuk Allah agar tidak tersalah pilih. Terimalah sahabat anda sebaiknya dan maafkanlah kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Persahabatan yang dijalin kerana Allah pasti berkekalan. Nilai sebuah persahabatan itu tidak mampu dibeli dengan wang dan harta lantaran harganya yang tidak terungkap.

 

  Semasa


Komen


"Nilai sebuah persahabatan" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Nilai sebuah persahabatan
oleh sahlon pada Rabu, 31 Januari 2007 @ 21:31:58
(Info AHLI)


sahabat adalah anugerah. hargai apa yang anda dapat daripadanya, jangan mencungkil apa yang tak mampu diberikan padamu, nescaya tenang jiwamu
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Nilai sebuah persahabatan
oleh Imaniera pada Selasa, 17 April 2007 @ 12:06:35
(Info AHLI)


persahabatan itu buahnya manis andai kita tahu menghargai. walaupun dia jauh di mata, asalkan dia sentiasa di hati, persahabatan itu akan kekal abadi.
bagi saya, apa yang penting adalah kedua-dua belah pihak berusaha untuk menjaga perhubungan itu. tidak hanya ketika bersama, ketika berjauhan pun perlu saling mengingati.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Nilai sebuah persahabatan
oleh norlaili pada Ahad, 22 April 2007 @ 12:06:32
(Info AHLI)


kawan...teman...sahabat...banyak lagi perkataan yang terdapat perbezaannya yang tersendiri.....
bila kita berada jauh dengan keluarga sahabatlah tempat kita luahkan rasa.......tempat kita bercerita....
waktu kita belajar kita akan banyak masa bersama sahabat yang kita pilih....
jadi carilah sahabat yang boleh memimpin kita supaay menjadi individu muslim........
cari kawan ramai......tapi nak iktiraf sebagai sahabat hanya Allah yang tahu....... jazzakillah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Nilai sebuah persahabatan
oleh RaudhatuL_Muttaqin pada Selasa, 22 Mei 2007 @ 12:29:25
(Info AHLI)


ALWAYS MIS MY friend...EM... DAH habis study NEH, HANYA MEMORI, GAMBAR2 , KENANGAN MANIS DAN PAHIT yang MENYEGARKAN INGATAN INI TERRHADAP SAHABAT2.... EHEM..MANISNYA RINDU.... :(
-DYNA,tak-kuitthonian
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10008 saat. Lajunya....