|
Air mata taubat
|
|
 |
Posted on Rabu, 19 Julai 2006 @ 14:12:24oleh istisafa
|
|
|
afizam menulis Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya kelangit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalirdi jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
#Apa Yang Akan Ditanya: * Dalam sehari ada 24 jam. * Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. * Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?
#Tiga Cahaya Di Hari Kiamat.
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
* "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. * Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. * Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
#Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun enjawab, "saya mahu mencari lima orang.
* Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. * Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. * Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. * Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. * Kelima, orang yang suka minum arak."
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh raudhah84 ([email protected]) pada Sabtu, 22 Julai 2006 @ 13:53:59
(Info AHLI) http://-/
subhanaAllah....kita manusia sering leka...syukran afizam atas info...renung2kan wahai sahabat2..
oleh Marziana_ pada Jumaat, 28 Julai 2006 @ 22:43:06
(Info AHLI)
syukran jazeelan atas info ini...
oleh qibtiyah ([email protected]) pada Jumaat, 11 Ogos 2006 @ 12:33:53
(Info AHLI)
alhamdulillah...
walaupun ana dah pernah baca banyak kali dah kisah ni...
tapi bila ada sahabat2 yang masukkan dalam portal ni..
dapat membuatkan hati yang lalai & alpa kembali tersedar...
oleh nurcinta pada Selasa, 15 Ogos 2006 @ 20:22:00
(Info AHLI)
assalamualaikum...sedangkan nabi adam a.s. mengambil masa 300thn untuk menangis memohon keampunan Allah atas satu kesalahan baginda..bagaimana pula kita? manusia yang selalu lalai, yang hidup tidak sampai 100thn yang hari2 bergelumang dengan noda...renung2kanla..
ya allah...ampunkanla dosa hambamu ini
oleh mas2ra pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 13:45:50
(Info AHLI)
syukran jazilan afizam...
oleh qudwah ([email protected]) pada Isnin, 16 Oktober 2006 @ 21:48:12
(Info AHLI)
moga allah mengampunkan dosa2 yang lalu.....
oleh affenry pada Khamis, 19 Oktober 2006 @ 2:49:41
(Info AHLI)
salam...........
bumi ini Allah yang pnya...............
tiada apa yang boleh elakkan kita dr Nya.....
kita hanya pelakon di dunia ini...
pelakon yang berjaya akan ke syurga............
tapi,
pelakon yang gagal akan ke neraka.......
nauzubillah............