Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 210
Ahli: 0
Jumlah: 210




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Sajak: Doa Untuk ibubapa.
 Posted on Selasa, 07 Februari 2006 @ 9:46:14oleh istisafa
Karya abadaa menulis Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka
memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
saya, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at
untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah
saya memberi syafa'at untuk mereka, sehingga
kami semua berkumpul bersama dengan santunan-
Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang
tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa
kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat
orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang
derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

 

  Karya


Komen


"Sajak: Doa Untuk ibubapa." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Doa Untuk ibubapa.
oleh mellisaleez ([email protected]) pada Khamis, 02 Mac 2006 @ 14:56:03
(Info AHLI)


Ya Allah
Ampunilah dosa kedua orang tuaku
Berkatkan rezeki dan umur mereka
Jadikanlah mereka penghuni syurgaMu
Lindungilah keduanya di bawah payung kebesaranMu
Ameen Ya Rabbal A'lameen...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Doa Untuk ibubapa.
oleh hudahasnan pada Sabtu, 27 Mei 2006 @ 14:09:05
(Info AHLI)


YA ALLAH..
sesungguhnya aku tidak mampu membalas segala jasa orang tuaku..

aku mohon pdMU ya RAHMAN..ya RAHIM
sekiranya aku tidak mampu menggembirakn mereka
KAU gembiraknlh ibubapaku dengan rahmatMU ya ALLAH..
ampunkn segala dosa mereka dan sejahteraknlh mereka di dunia dan akhirat..

amin..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078189 saat. Lajunya....