Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
ronniefinancehome: 30 hari yang lalu
MTMKi: 40 hari yang lalu
usop79: 41 hari yang lalu

Cerpen: Deraian cinta...
 Posted on Rabu, 05 Oktober 2005 @ 13:06:23oleh istisafa
Karya dairy menulis Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.

Satu...
Resah memikirkan kehendak ibunya. Zul berjalan mengelilingi taman mini belakang rumah. Mati saya. Kalau iyapun tunggulah panas sikit kerusi Pengurus Besar tu saya duduk. Ni tidak, apa entah yang digesakan sangat ibu.

Majlis pertunangannya akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Bakal tunangannya adalah pilihan pertama ibunya. Perfect sangat ke perempuan tu agaknya, sampaikan ibu kata pilihan pertama dan terakhir. Malas mempersoalkannya lagi. Andai ini satu suratan...

Nadzirah Anisa kelihatan begitu ayu dengan baju kurung Johor polos warna peach. Ramai yang memuji kecantikannya. Padan sungguh jika digandingkan dengan Zulhairy Adham.

"Nadz, cantiklah kau malam ni. Jeles saya tengok," ujar Nini, teman sekuliahnya.

"Mana ada. Jangan nak merepekla, hodoh saja saya tengok. Ei... saya rimas lah calit-calit make-up sana sini. Geli. Melekit pulak tu," rungut Nadzirah.

"Alah, normallah ini semua. Mama kau kan cerewet bab-bab solek-menyolek macam ini..." pujuk Nini.

"Hah, Nadz dah siap? Cepat sikit. Bakal mak mertua awak tu dah nak masuk sarung cincin nanti," ngomel Datin Wahidah, mama Nadzirah. Selepas menunggu beberapa minit, muncul rombongan Zulhairy.

Datin Rohana, ibu Zulhairy menyarungkan cincin pertunangan di jari Nadzirah. Dalam satu keadaan yang begitu memaksa, dia terpaksa senyum ke arah para tetamu yang hadir.

Selesai upacara, Nadzirah lekas-lekas menukar pakaian dan mengelap mekapnya yang tercalit di wajahnya.

"Hai, tak dapatlah tengok engkau pakai make-up lama-lama, ya," giat Nini yang masih belum pulang.

"Rimaslah, Cik Nini oiii... Sabar sajalah kau ni," ujar Nadz sambil mengelap saki baki pewarna pada matanya.

"Okeylah, jangan lupa kad jemputan kahwin nanti," sengaja Nini mengusiknya lagi. Nadz malas melayan. Dibiarkan sahaja Nini berlalu. Makin dilayan makin menjadi. Nadz termangu seorang diri.

Apa pula yang bakal ditempuhinya selepas ini? Berharap dan terus berharap agar segala impian menjadi nyata walaupun sedar, harapannya bagai mencurah air di tanah tandus. Kering sepanjang musim.

****************
Dua...
Ukiran indah kad itu dipandangnya.

Nadzirah Anisa Zulhairy Adham

Ada lambang hati di antara keduanya. Apa maknanya? Tiada. Perkahwinan yang dibina nanti adalah berdasarkan satu paksaan semata.

"Nadz, cepatlah. Dah pukul berapa ini. Tertunggu-tunggu pulak nanti Datin Rohana. Mari cepat! " arah mamanya. Nadz diam tak bersuara.

Sampai di Azwana Bridal Collection, Datin Rohana telahpun sampai terlebih dahulu.

"Maaflah, Ana. Terlewat sikit," ujar Datin Wahidah mengambil hati bakal besannya.

"Assalamualaikum, ibu," Nadz cuba memperbetul keadaan.

"Hm... waalaikumussalam," Seolah tak menyenangi sahaja lagak Datin Rohana menjawab salam. Nadzzirah tak kisah semua itu. Zulhairy yang duduk di sebelah ibunya sekadar menjadi pemerhati. Pekerja yang bertugas di situ mempelawa mereka masuk ke dalam butik dan memilih pakaian.

Katanya, setiap orang mesti memilih satu set baju buat pengantin. Bermakna, mama pilih satu, ibu pilih satu, Zul dan Nadz masing- masing mesti memilih sepasang baju. Mama dan ibu sudah membuat pilihan mereka sendiri. Kini, tinggal Zul dan Nadz yang masih mencuba pakaian.

"Saya ambil yang ini," serentak Nadz dan Zul membuat pilihan. Mama dan ibu senyum. Pada Nadz, tak ada apa yang melucukan begitu juga Zul.

"Wah kamu memang secocoklah, tengok buat pilihan pun sama. Ada harapan nak jadi soulmate ini, " usik mama. Nadz senyum paksa. Zul juga. Selepas memilih aksesori yang lain, mereka pulang.

Tawar... hambar...

Majlis perkahwinan Nadz dan Zul disambut penuh kemeriahan. Maklumlah, telah tercipta satu hubungan antara mereka yang sekadar mengikat hubungan kekeluargaan. Nadz dan Zul setia memberikan senyuman seadanya pada kamera. Keduanya bersikap sporting ketika beraksi depan kamera.

Selepas selesai, mereka bertungkus lumus mengemas rumah.

"Nadz nak kemas sikit bilik tu, lah mama. Bersepah sangat, " ujar Nadz, manja.

"Hm... yalah, suruh Zul tolong sekali,"

"Takpelah mama, Nadz boleh buat sendiri," cepat sahaja dia berlalu dari situ. Lepas kemas hadiah, bolehlah rehat-rehat sikit, rancang Nadz.

Ketika mengangkat sebuah hadiah yang agak berat, Nadz sememangnya tak perasan kehadiran Zul. Begitu juga sebaliknya.

Prang...

Bunyi itu yang pasti kedengaran setelah keduanya berlanggar.

" AAduhh.... sakitnya mama!!!" jerit Nadzz.

"Oh my God! I'm really sorry.Tak perasan," riak muka Zul tampak cemas. Dia cuba membantu.

" Ah, tak mengapa...tak mengapa. Saya still boleh jalan lagi," keras Nadz. Baru dia cuba hendak bangun, tubuhnya rasa tak seimbang. Pantas Zul menyambut. Tiada suara keluar. Mama sibuk mencari kotak First Aid.

Bahasa mata banyak memainkan peranan. Jangan ingat kau dah selamatkan saya. saya terhutang budi kat kau! Harap kau dapat terima saya seadanya dan saya harap hubungan kita berkekalan, Nadz ! Dua hati berbicara sendiri.

Senyuman & tawamu mengusik kalbuku!

Kenapa Nini kata saya terlalu ego kerana tak mahu menerima Zul? Biarlah dia. saya punya sebab yang tersendiri. Desis Nadz. Perkahwinan yang terjalin selama sebulan itu tak menunjukkan apa-apa perubahan positif. Hari ini Zul cuba memancing minatnya dengan mengajaknya pergi ke Cameron Highlands.

Mahu tak mahu, Nadz turuti juga kehendak Zul. Bas yang mereka naiki tiba pada pukul 11 malam dan bertolak kira-kira pukul 11.30 malam.

Sepanjang perjalanan, tiada apa yang mereka bualkan. Sekali-sekala, menjeling antara satu sama lain. Lama-lama berada dalam bas itu membuatkan Nadzz rasa sejuk yang teramat. Dia menggosokkan kedua belah tangannya.

"Sejuk?" tanya Zul penuh prihatin. Anggukan sahaja jawapannya. Lantas, tangan Zul melingkari tubuh Nadz. Dibiarkan sahaja. Beberapa ketika, mereka berhenti di hadapan sebuah traffic light. Kelihatan beberapa kutu rayap melambaikan tangan pada Nadz. Nadz tersenyum sambil melambai mereka kembali.

"Hm... layan juga awak orang macam tu," bisik Zul pada telinga Nadzz.

"Em... bukan mereka kenalpun," nak tak nak sahaja jawapannya.

Sepi terus mencengkam hingga bas berhenti di perhentian Tapah, perhentian terakhir mereka sebelum bas mendaki Tanah Tinggi Cameron.

"Saya nak pergi tandas. Tumpang lalu," ujar Nadz.

" Jom lah, " Zul menarik tangan Nadz.

Mereka berpisah di simpang yang memisahkan tandas lelaki dan perempuan.

Selepas itu, mereka bertemu kembali.

"Jom pergi beli makanan dan air sikit," ajak Zul.

" Hm... jomlah," Nadz mengikuti langkah Zul ke kedai berdekatan.

"Pilihlah apa yang awak nak," Zul terus menuju ke fridge dalam kedai itu.

Nadz pula sibuk membeli coklat dan snek tak lupa juga asam untuk menghilangkan rasa pening dan mabuk perjalanan. Zul membayar semua barang yang mereka beli setelah bergaduh kecil dengan Nadz.

Nadz menaiki bas semula dengan wajah yang agak mencuka. Zul tetap tenang menghadapi kerenah Nadz yang degil.

" Hm... chocolate sesuai meredakan marah seseorang," ujar Zul separuh berbisik sambil membuka bungkusan coklat Cadbury. Disuakan coklat itu ke mulut Nadz. Nadz berpaling.

"Tak ada apalah, tak mabuk punya kalau makan coklat ini. Kalau selalu marah-marah, boleh kena serangan jantung tau. Tak elok tu. Muka pun nampak macam tak bermaya aje," nasihat Zul.

Nadz senyum Entah apa-apa aje lelaki ini lah. Zul ceria kerana dapat melihat senyuman Nadz buat pertama kali dalam hidupnya. Coklat itu dipatahkan dan disuapkan untuk Nadz. Nadz membuka mulutnya perlahan dan mengunyah coklat itu sambil tersenyum memandang suaminya. Bas bertolak kemudiannya.

Nadz tak sedar bila dia tertidur dan terlentok di bahu Zul. Sedar-sedar dia terhantuk kepala Zul dan bas yang mereka naiki bergerak ke kiri dan ke kanan. Nadz ngeri melihat cerun bukit itu. Mesti sebelum ni, dah ada orang mati jatuh gaung. Hei... minta dijauhkan. Tanpa sedar, dia memaut kuat lengan Zul.

"Insya-Allah kita takkan masuk gaung tu," sempat lagi Zul berseloroh.

"Hei... janganlah cakap macam tu !" takut juga Nadz. Dia mencubit lengan Zul yang masih bersikap selamba.

Nadz mulai rasa pening melihat jalan yang bengkang-bengkok.

"Awak, saya rasa peninglah " rungut Nadz.

"Alah, sekejap saja lagi. Tahanlah sikit. Kalau tak pun awak tidur sekejap. Nanti kalau dah sampai saya kejutkan," Zul mengusap lembut kepala Nadz yang dilitupi tudung putih. Terlena juga Nadz akhirnya. Pemandu bas itu menghentikan kenderaannya di apartmen yang ditempah pengurus pelancongan itu. Setiap keluarga disewakan dengan sebuah apartmen.

Zul kasihan melihat Nadz yang mesih lena. Diangkat tubuh isterinya masuk ke dalam apartmen sewaan mereka. Selepas itu, Zul memindahkan pula barang-barang mereka. Nadz yang tersedar kemudiannya kasihan melihat suaminya yang terlena di sofa panjang. Kesejukan yang mengejutkannya benar-benar meresap dalam seluruh urat saraf. Dikejutnya Zul yang terlena.

"Awak, bangun. Sejuk kat sini. Bilik tu ada selimut tebal," Zul bangun sambil memisat-misat matanya.

"Jomlah. Bas tu bertolak pukul 2 petangkan?" ujar Zul lalu menarik Nadz sama.

"Sedap tak ? Selimut ini tebal betul," Zul memeluk Nadz di sebelahnya. Nadz menggeliat kecil lalu tersenyum.

"Saya ingat saya dah tak dapat terima awak lagi. Tak sangka awak sebaik dan semulia ini," Nadz mengeratkan pelukannya, merasai kehangatan yang mulai meresapi tubuhnya. Sayangnya, Zul sudah belayar terlebih dahulu ke lautan mimpi. Alangkah indahnya jika Zul mendengar butir bicara Nadz seterusnya.

Petang itu, mereka melawat Rose Valley dan pasar. Nadz tertarik dengan bola strawberi yang comel lalu membelinya.

"Apalah awak ini, macam budak-budak " Zul meluahkan pendapatnya.

"Tak apalah. Benda ini comel apa," Nadz mempertahankan pilihannya.

"Eh, jom beli buah cinta itu. Looks interesting," usul Zul. Mereka mendapatkan kedai yang menjual buah cinta itu. Nadz mencadangkan agar mereka membeli sebungkus sahaja. Tapi, kedegilan Zul tak boleh dilawan lagi. Dibelinya sampai lima bungkus. Entah apa-apa aje. Selepas membeli sedikit sayuran, mereka pulang ke apartmen. Nadz sibuk memasak memandangkan perut sedah berkeroncong. Zul pula sibuk mengupas buah cinta yang dibelinya. Disuapkan buah itu pada Nadz. Tak sampai tiga kali kunyahan, Nadz meluahkan buah itu ke dalam tong sampah.

"Ei... pahitnya ! Tak sedap pun," rengek Nadz.

"Entahlah, kata amoi itu, buah ini rasa dia macam cinta. Ada pahit, ada manis macam itu lah,” terang Zul panjang lebar. Bersemangat dia mengupas buah-buah itu. Hingga kupasan buah yang terakhir, rasa buah itu tetap serupa.

"Hm... saya dah kata beli sebungkus saja... tapi awak degil. Tengok, dah membazir. Bagi kat orang lagi baik," ngomel Nadz.

Wajah Zul yang kelihatan kecewa dipandangnya. Mereka menikmati makan malam itu dengan tenang. Kesejukan tempat itu memang tidak dinafikan. Selepas solat jemaah Isyak, Nadz dan Zul masuk tidur. Terlalu sejuk cuaca saat itu.Tidur lena hingga ke pagi. Takkan menyedari apa yang akan berlaku seketika nanti.


Musim sejuk, London.
Zul menikmati sepenuhnya panorama indah kota London. Kota tempat dia membawa suka dukanya kehilangan kepercayaan seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya yang amat dicintai.

Mengakui sesuatu yang tidak dilakukannya adalah sesuatu yang mustahil. Apatah lagi dituduh merosakkan anak dara orang. Kasihan Nadzirah. Rindukah dia di sana sepertimana saya merinduinya?

Deritakah dia di sana? Sihatkah ? Gembirakah ? Tiada jawapannya.

Musim bunga, Jepun.
Nadz termangu sendiri melayan perasaan. Tak terduga olehnya Zul sanggup mengakui satu kenyataan yang hakikatnya palsu semata! Tahukah dia betapa saya cinta dan rindu padanya ? Terseksa batin tatkala mengakui yang Zul berlaku khianat padanya. Perut yang kini berisi janin cantuman kasihnya dengan Zulhairy diusap perlahan.

Ummi pasti papa akan ketemu kita juga satu hari nanti, sayang. Sabar ya.


Cameron Highlands, musim panas.
Zul berehat-rehat dibangku tempat dia dan Nadz meluahkan rasa hati masing-masing. Terasa bagai semalam terdengar suara halus Nadz membisikkan kata cinta. Serentak itu, dia menjerit kuat nama Nadzirah, permaisuri hatinya.

Nadz yang memerhati sejak tadi turut melaungkan nama Zulhairy. Tak tersangka mereka akan bertemu dalam waktu itu.

"Zul, maafkan Nadz sebab tuduh Zul yang bukan-bukan," lirih suara Nadz pada pendengaran Zul.

"Nadz tak pernah buat salah apa-apa, sayang. Zul yang bersalah. Biarkan Nadz dan baby kita sendiri. Zul rasa berdosa sangat. Maafkan papa ya, sayang," luah Zul sambil mengusap perut Nadz yang kian memboyot. Zul terus berlalu meninggalkannya. Membawa semua caci maki manusia sekembalinya dari London. Terus menyepi.


EPILOG YANG BERTERBANGAN...
Tangisan bayi lelaki bernama Zul Elmy Hariz mematikan lamunan. Bayi itu didodoi penuh kasih. Peristiwa 6 bulan lalu sudah lama menjadi sejarah. Tapi, harapannya pada Zul tetap mekar dan hidup selagi ada nafas anaknya.

Tiba-tiba, pintu apartmen diketuk orang. Nadz membukanya perlahan. Betapa terkejutnya dia melihat lelaki yang berada dihadapannya.

Lelaki yang menanggung segala tohmahan dan fitnah teman. Lelaki yang memiliki cinta dan rindu Nadzirah. Lelaki yang menjadi bapa kepada Zul Elmy Hariz. Harapannya terlaksana dalam igauan 4 musim. Sebuah deraian cinta yang terhalang bercantum kembali .

Hujan yang berlabuh pagi ini
Membawa seribu satu erti
Bukan suatu yang perlu ditangisi
Cinta dan kebahagiaan yang hakiki
detik pertemuan yang sementara
tawa,tangis, senyuman menggoda
mengimbau kenangan lama
bercantum kembali deraian cinta


Nadzirah Anisa & Zulhairy Adham bahagia akhirnya...

 

  Karya


Komen


"Cerpen: Deraian cinta..." | Login/Mendaftar | 15 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Deraian cinta...
oleh chibi_maruko pada Khamis, 06 Oktober 2005 @ 1:09:21
(Info AHLI)


best..best
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]











Re: Deraian cinta...
oleh hairi_ckw11 pada Jumaat, 28 Oktober 2005 @ 9:37:06
(Info AHLI)


assalamualaikum..
hallow!!
jz one word...SWEET!!...teruskan berkarya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Deraian cinta...
oleh Bukhara ([email protected]) pada Isnin, 20 Februari 2006 @ 23:21:43
(Info AHLI)


eNTAH LA....XSEMPAT NAK baca PUN...
tengok ramai komen xmenarik...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Deraian cinta...
oleh zahrah_asrar ([email protected]) pada Selasa, 21 Februari 2006 @ 11:47:55
(Info AHLI)


menarik tapi konflik dia xnmpk sangat la.kalau xbaca tol2 mesti tak faham
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Deraian cinta...
oleh khalifah_85 ([email protected]) pada Selasa, 28 Februari 2006 @ 6:46:00
(Info AHLI)


alhamdulillah saya dah baca secara keseluruhan cerpen yang saudari tulis...

jalan ceritanya sudah cukup bagus cuma kurang dari segi menerangkan aspek permasalahannya...apa yang terjadi diantara watak zul dengan nadz tak dapat diketahui dengan jelas oleh para pembaca..mungkin sekiranya saudari mendalamkan lagi penceritaan tentang konfliks tersebut maka ianya sudah pasti berjaya menambat hati semua pembaca..

cadangan saya lah kan,kalau cerpen ini terus dimulai denagn keadaan zul masa dah kecewa dan berada dilondon pasti akan lebih memberi gimik..lepas itu kat sana baru dia terkenang apa yang berlaku dan teringat kenangan bersama isterinya nadz..jadi pembaca dapat gambaran penuh kisah ini..just pandangan dari syaa,tak semestinya betul...

walau apa pun,tahniah kerana usaha yang cukup bagus...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Deraian cinta...
oleh zinnirah_afiqah pada Jumaat, 19 Mei 2006 @ 22:42:22
(Info AHLI)


Alhamdulillah,nice :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Deraian cinta...
oleh ima280387 pada Jumaat, 09 Mac 2007 @ 10:27:50
(Info AHLI)


Assalamualaikum..
pertama sekali, tahniah atas karya yang dihasilkan..
cerita agak menarik, cuma perlu jelaskan penceritaan konflik..
agak tergantung sedikit..
apa-apa pun.. tahniah sekali lagi atas segala usaha untuk menyiapkan karya ini..
Teruskan berkarya.. =)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Deraian cinta...
oleh MARIAH_SMILE ([email protected]) pada Selasa, 27 Mac 2007 @ 13:02:57
(Info AHLI)


setuju dengan pandangan khalifah_85
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Deraian cinta...
oleh Wuddah pada Khamis, 01 November 2007 @ 12:14:46
(Info AHLI)


Assalamualaikum...bagus ceritanya tapi confius sikit..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08235 saat. Lajunya....