Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 9 hari yang lalu
lidah-penghunus: 11 hari yang lalu
muslimin23: 20 hari yang lalu

Cerpen: HANYA NUR ALIYA SEORANG [2]
 Posted on Selasa, 30 Ogos 2005 @ 14:21:22oleh Kang
Karya cahaya82 menulis Ruang fikirannya memutar semula satu demi satu episode manis yang menemukan dirinya dengan Zahid. Ya, mereka pernah berjanji, hidup bersama kasih sayang dan cinta yang dibina hinggalah tiba tentuan Allah. Mereka juga pernah berjanji, akan menjaga keutuhan mahligai yang dibina agar kekal bahagia, bahagia hingga anak cucu. Sekali lagi Aliya sebak apabila mengenangkan gurauan Zahid yang mahukan anak yang ramai.

“Abang….”Aliya mencari kekuatan yang sering kali hilang sejak akhir-akhir ini.
    “Abang, Aliya tahu abang kasihkan Aliya. Namun, abang jua perlukan zuriat. Kahwinilah dia bang! Aliya kenal dia. Malah bagi Aliya, itulah mampu yang terbaik yang mampu Aliya persembahkan untuk abang…..”
    Kalau abang ternyata tidak mampu berlakua adil, bagaimana?Aliya bersedia menerima? Aliya , persoalan ini amat berat, terlalu berat buat abang!
    “Tidak abang! Aliya yakin dan kenal siapa abang. Abang, Aliya rela berkorban, untuk kebahagian abang!”. Semakin hebat tangisan Aliya mengiringi pengakuannya. Zahid tidak mengerti, bukan mudah untuk seorang isteri melakukan pengorbanan seperti Aliya.
    Langit yang mendung malam itu bagaikan mengerti bagaimana perasaan seorang isteri yang ditingagalkan keseorangan. Aliya membelek album kenangan sewaktu bermulanya kenangan indah bersama Zahid. Kadang- kala tersenyum bila mengingati dan bagaimana kemanisan cinta mereka be4rmula yang berakhirnya ke jinjang pelamin. Malam itu,cukup sejuk diiringi dengan hembusan angina yang seolah-olah mengundang turunnya hujan yang lebat dari langit. Namun, gundah di hati Aliya lebih hebat dari itu.
    Malam itu, dalam satu majlis yang serba ringkas Zahid dijadualkan akan diijab kabulkan dengan Insyirah, insane yang akan menjadi madu Aliya. Petang tadi, Aliya sudah mempersiaojan Zahid untuk menjadi bakal pengantin. Suaminya turun dari rumah dengan langkah yang berat. Aliya tahu, hati Zahid masih berbelah bahagi.    
    Insyirah, bekas junior Aliya semasa di kampus dicadangkan Aliya sendiri untuk diperisterikan oleh suaminya. Insan yang bakal berkongsi kasih dan saying dengannya disepanjang hayat. Aliya kenal siapa Insyirah dan cukup menyenanginya. Cuma, kadang-kadang Aliya termangu sendirian, betulkah apa yang dia lakukan? Dan mampukah dia mengahadapi hidup ini kelak? Biarpun sesekali penyesalan bertandang, namun Aliya yakin, itulah pengorbanan yang paling agung yang dapat dilakukan olehnya seorang isteri. Dan sekali lagi, Aliya merasakan, manik-manik halus terasa suam menuruni pipinya. Aliya cukup pasti, waktu ini tentu suaminya sudah tidur lena dengan mimpi indah. NAmun, biarlah dia pula menikmati pula kelazatan bermunaj dengan Tuhan.
    Bagaimana pun langkah Aliya terhenti seketika. Ada seseorang yang cuba membuka pagar dan memasuki halaman rumahnya.
    “Abang….!Aliya terkejut kepulangan suaminya di waktu yang tidak sepatutnya. Lantas spontan dia tunduk mencium tangan suaminya, namun kali ini tidak seperti biasa, Zahid tidak ingin melepaskan tangannya.
    “Aliya…….!”
    “Abang berbincang panjang dengan Insyirah dan ayahnya. Abang tak akan berkahwin lain!Aliya, dalam hidup abang, Aliya hanya seorang…..!Serentak dengan itu, Aliya teresak-esak di dada suaminya…

 

  Karya


Komen


"Cerpen: HANYA NUR ALIYA SEORANG [2]" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [2]
oleh farhanna pada Khamis, 15 September 2005 @ 9:32:23
(Info AHLI) http://www.farhanna.blogdrive.com


satu kisah yang sungguh mamyayat hati..... berilah kesetiaan sepenuhnya kepada insan yang bernama isteri walaupun dia tidak seindah yang diimpikan.... hati seorang wanita sangat lembut nalurinya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [2]
oleh reyn pada Jumaat, 14 Oktober 2005 @ 20:35:33
(Info AHLI) http://www.yahoo.com


assalammualaikum wbt
alhamdulillah jika kita sebagai wanita mendapat seorang suami seperti zahid
tetapi kadangkala ianya hanya dugaan dan ujian dari ALLAH yang sementara sahaja
mungkin di suatu masa pasangan tersebut akan memperoleh zuriat, insyaALLAH..
wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: HANYA NUR ALIYA SEORANG [2]
oleh MARIAH_SMILE ([email protected]) pada Selasa, 27 Mac 2007 @ 13:55:07
(Info AHLI)


huhu, sedihnya cerita ni....

alhmdulillah, ada juga suami sesetia zahid...

moga ana jumpa adam seperti zahid menjadi teman meniti hari menuju kejidupan abadi
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082248 saat. Lajunya....