Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 110
Ahli: 0
Jumlah: 110




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu

erti MERDEKA (Bahagian 2)
 Posted on Selasa, 30 Ogos 2005 @ 8:50:47oleh istisafa
Tazkirah afizam menulis Janganlah kerana dirimu dedahkan auratmu akan mengujakan sahabatmu terdetik melakukan maksiat, darah kotor mengalir ke seluruh badan, nafsu dan syaitan pula sentiasa berbisikkan tindakan rakus dan ganas ke ambang zina.. biarpun sesama perempuan... meskipun sesama lelaki...apatah lagi tatkala kaum adam dan hawa bersemuka.. aurat tetap aurat.. janganlah biarkan gejala rogol, zina, lesbian, gay, homoseksual dan sebaginya bermaharajalela.

Sesungguhnya tatkala perkara tersebut berlaku, bukanlah sempurna iman manusia tersebut.. Ikutilah syarak Allah untuk menjaga kecantikan yang kita peroleh itu. Biarlah sekadar kita berkongsinya bersama pasangan hidup kita tapi di akhirat kelak ganjaran yang sangat besar akan dihidangkan Allah di depan mata kita. Berkawanlah secara rasional dan yang betul, janganlah menyalahgunakan dan mengaburi rakan yang anda ada dengan keistimewaan yang anda peroleh ini.

Meskipun sesama jantina, lindungilah ia(aurat) dengan baik. Ingatlah sesungguhnya orang yang melakukan kejahatan itu adalah orang yang jahil akan agamanya. Kekufuran pasti tidak akan dilakukan sekiranya diri ini tidak jahil akan agama suci ini, Islam agamaku.. adalah sangat mustahil orang yang berpendidikan agama tinggi sekiranya tidak mengetahui akan keagungan dan keesaan Allah serta berkuasanya Allah di alam semesta ini hingga sanggup mengengkariNya..hanya orang yang jahil mampu melakukannya.

Jadi di mana letaknya kita sekarang? Sekiranya masih jahil, ringankanlah kaki ini menuju tempat ilmuan.. carilah ilmu Islam sebanyak mungkin, selamilah islam itu, selaputilah dan isikanlah hatimu itu dengan roh islam, tangsilah segala dosa yang engkau lakukan, janganlah engkau mimpikan segala perkara yang tak mampu engkau kecapi, perkara yang boleh membawa dirimu ke ambang kemaksiatan dan zina, ibarat berangan - angan di siang hari yang tiada faedahnya. Tapi mimpikanlah engkau akan melakukan perkara yang terpuji di esok hari. Pasti engkau akan ditemani kerahmatan Allah di esok harinya.

Seperkara lagi wahai sahabatku yang disayangi dan yang tercinta. Pilihlah sahabatmu yang dapat memelihara jati diri seorang muslim dan muslimah bertakwa dan bukannya akan menyesatkan kamu. Ingatlah bahawa segala kejahatan di muka bumi ini akan diperlihatkan Allah di bawah telapak kakimu di akhirat kelak.. maka pada saat itu menyesallah kita selama - lamanya yang sesugguhnya tiada gunanya lagi. Nauzubillah.. orang - orang soleh pernah berkata bahawa.. "Sekiranya manusia diberi peluang kedua hidup di muka bumi ini, maka nescaya mereka akan tunduk dan patuh pada ajaran Allah" tapi adakan kita akan diberi peluang tersebut?

Anda semua mengetahuinya yang tiada peluang kedua hidup dimuka bumi ini.. jadi sementara masih bernafas, BERUBUDIAHKANLAH DIRIMU PADA ALLAH, IZZAHKANLAH DIRIMU SEBAGAI SEORANG ISLAM, TELUSURILAH DAN TELADANILAH ALQURAN DAN SUNNAH NABI, BERMUNAJATLAH KEPADA ALLAH, BASAHKAN LDAHMU DENGAN MEMUJI ALLAH, KUMITKANLAH MULUTMU DENGAN SELAWAT KEPADA NABI, PANJATKANLAH DAN POHONKANLAH KEPADA ALLAH DITEMPATKAN DIRI INI DI KALANGAN ORANG SOLEH, RENDAHKANLAH DIRIMU SERENDAH - RENDAHNYA KEPADA ALLAH TANDA BERSYUKURNYA KITA KEPADA-NYA.. SESUNGGUHNYA ISLAM ITU SANGAT CANTIK, SYUMUL DAN SESUAI SEPANJANG ZAMAN.. ALANGKAH INDAH AKULAH UMAT-
MU YA ALLAH yang MENGHUNI SYURGA-MU.........

Aminn...

dipetik dan disuntik kembali dari ceramah Ustz Hadi
Kuliah maghrib, 18 Ogos 2005, Khamis


 

  Tazkirah


Komen


"erti MERDEKA (Bahagian 2)" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: erti MERDEKA (Bahagian 2)
oleh kama_klate ([email protected]) pada Rabu, 14 September 2005 @ 18:22:57
(Info AHLI) http://-/


bila sebut saja merdeka semua orang tau 31 ogos tapi ramai yang tak tau apa pengertian sebenar merdeka tu...........yang tau hanya sekadar melaungkan perkataan merdeka!!!.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08211 saat. Lajunya....