Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 224
Ahli: 0
Jumlah: 224




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Cerita Bersiri: Rizal Hafizuddin [5]
 Posted on Isnin, 29 Ogos 2005 @ 22:58:47oleh Kang
Karya sanada_yukimura menulis 11:07:17 PM
Isnin, 26 April 2002

Semalam aku mimpi abah. Sudah lama aku tak teringatkan abah tapi entah Kenapa ketika terjaga awal pagi tadi aku terasa begitu sayu. rasa macam nak menangis seorang-seorang. Aku tak ingat apa mimpinya tapi yang aku ingat hanya perasaan nak menangis sungguh-sungguh. Aku kuatkan jugak hati, dan seperti biasa aku pergi basuh muka, gosok gigi dan capai pen. Ini saja yang dapat aku lakukan untuk kuatkan hati diwaktu aku terasa sendirian. Bukannya ada orang nak pujuk hati ni selain diri sendiri.

aku cukup suka bangun awal2 pagi macam tadi. Suasananya lain, udaranya segar. Roomateku yang lain masih lagi pengsan kecuali si Shahrul. Shahrul awal lagi2 dah pergi ke surau. Bukan hari ni saja, hari2 dia kejut aku dan budak2 lain pukul lima setengah. Kalau dia balik surau tengok aku masih terbongkam saja atas katil dia gerak lagi. Pagi tadi balik dari surau bila dia tanya samaada aku dah solat belum, free2 aku tipu sudah smayang. Dia yang betul bendul conform percaya. Cuma rasa bersalah dalam hati aku tak pernah hilang. Bila lah aku nak jadi macam ‘Rizal Hafizuddin’ yang dulu...

Masa lepas aku jumpa Prof Rasyid, si Nana, seorang lagi jr yang seclassmate dengan aku panggil aku. Katanya aku terpaksa keluar dari group mereka kononnya sebab dah cukup lima orang ahli. Aku tergelak sorg2 lepas dia tinggalkan aku. mereka ni memang lawak. Nak tipu memang reti langsung. Aku mati2 boleh tau Nana menipu sekalipun aku tak tau yang bf dia benci kat. Itulah kelebihan aku sejak dari kecil. Aku berkebolehan baca gerak badan orang. Semuanya nyata bagi aku. Mulut cakap lain, sedangkan matanya , jari-jarinya, keningnya, semua bercakap lain. Dan seperti biasa setiap kali aku mengkantoikan orang yang cuba tipu aku. Aku akan berasa sedih. Mereka boleh katakan yang sebenarnya aku tak kisah. Tapi mereka pilih untuk menipu. Kenapa?

Hm... aku pun apa kurangnya... Fatin. Fatin pun...

“Rizal!”

aku toleh dan nampak Anis berjalan ke arah aku.

“Kenapa?”

Dari jauh tadi aku nampak senyum kat bibir Anis. Anis ni boleh di kategorikan sebagai sangat lawa lah walaupun aku tak berapa suka kulitnya yang nampak kemerah-merahan. 9.1/10 rating pada skala aku. Dengar khabar Anis ni darah campur Canada. Itulah sebabnya lain semacam kulit dia. Lainlah Fatin. Walaupun tak seputih tu tapi... tiba-tiba aku terperasan senyuman Anis makin melebar. Sedar tak sedar rupanya aku tersenyum masa teringatkan Fatin Syahira. Ah, sudah! Dia ingat aku senyum kat dia! Kenapa lah teringat saja Fatin automatik aku tersenyum ni?? ‘Pap!’ aku tampar pipi sendiri.

“Awak... Kenapa?”

aku tersengih macam orang bodoh. “Tak ada apa-apa. Nyamuk...” betapa bodoh tak bodohnya alasan aku kan...

“Nyamuk apa siang-siang ni? Awak, jom ajar saya QMC...?” tangan Anis tak segan silu paut lengan aku. Walaupun tak ada orang kat situ tapi terasa aku bahangnya. Cepat-cepat aku tarik. Ye lah, sejahat-jahat aku tak pernah sentuh anak dara orang oo... bagi aku buat jahat biar sendiri-sendiri, jangan babitkan orang lain. Especially bila aku ingat kat adik aku. Kalau aku nampak mana mamat sentuh saja Fiza... dah tentu rasa pelempang aku punya mamat tu.

Mahu mengaku atau tidak hakikatnya jantung aku memang kencang sekejap. Lebih kencang dari masa duduk sebelah Fatin Syahira hari tu. Nafsu memang dok kena bisik dek syaitan tadi... Ye lah, Anis tu lawa!! Siapa tak cair. Kalau ‘ustaz Shahrul’ tu sekalipun boleh cair!

“Kenapa awak berkerut dahi? Tak nak ajar Anis ke?”

aku tarik nafas dalam-dalam. Sampai hari ni aku ingat azam aku lepas dapat anugerah dekan first time dulu. Aku janji dengan diri aku sendiri yang aku tak kan reject siapa-siapa yang nak minta tolong dalam hal pelajaran. Itu saja aku mampu sebagai tanda nak balas nikmat kepandaian yang Allah bagi ni. Tapi bila yang datangnya cubaan macam ni, bergegar aku. Dalam hati mahu saja aku tolak budak ngada-ngada begini. Tapi...

“Anis tak ada kelas ke?”

“Tak. Rizal pun sama kan? Jom lah pergi library kejap..?”

aku angguk lemah. Kadang-kadang aku menyesal sebab flirt dengan dia dulu. Ehemmmm... dengan ‘semua budak perempuan batch aku’ actually. Kesannya terasa sampai ke hujung degree. Toksah cakap lah pasal berapa banyak yang nak “declare” dengan aku sehingga kini. Bukan nak berlagak dan jual mahal. Dan bukan pulak kat satu fakulti aku ni tak ada yang lawa, cuma definasi “couple” mereka ni menakutkan aku. Kalah suami-isteri.

aku juga ada keinginan ke arah tu tapi bila teringat arwah mak, abah. Aku jadi was-was. Dan bila aku teringat Fiza yang baru remaja aku terus surrender. Kalaulah Kak Iza boleh berkorban untuk aku, apa salahnya aku berkorban untuk Fiza...? Kak Iza...
aku rindu kat Kak Iza...

“Awak ni macam tak ikhlas saja...” dahi Anis mengerut.

aku teringat kata-kata abang Faiz. ‘Perempuan, boleh baca fikiran lelaki 10 kali lagi bagus dari kita baca fikiran mereka... mereka tau apa dalam kepala otak kita...’ Betul. Memang betul. Masaalahnya aku bukan lelaki biasa. At least dari segi ni.

“Saya ada kerja sebenornya, tapi kali ni saya kasi excuse, saya ajar Anis. Dengan syaaarat... Jangan kasi tau kat sapa-sapa. Kalau ada orang nampak, awak cepat-cepat sembunyi bawah meja. Saya malu duduk dekat dengan awak!”

Dua tiga kali pukulan di bahu aku. Mengkekek gelak minah seorang ni. Malu aku mendengarnya. Tabiat suka tease perempuan memang susah nak di buang lagi dari diri aku...

Ironinya semasa di library aku benar-benar terasa seperti nak sembunyikan Anis bawah meja. Kalau muat dalam tong sampah pun boleh jugak. Biarlah kulit mat salleh dia tu kena kulit pisang pun tak apa.

Ya-Allah, macam mana aku boleh lupa Fatin Syahira selalu lepak dalam library petang-petang begini...?!
Dengan baju kurung biru gelap yang tak pernah aku lihat dia pakai sebelum ni, tudung biru muda labuhnya (nampak lebih macam kelabu pun ada), Fatin Syahira sememangnya sangat cute. Jari-jemari yang seperti biasa penuh keindahan menari-nari di atas kertas. Tadi, ya tadi, adalah saat dia kelihatan paling cute selama aku kenal dia. Walau pandanganku masa itu dalam serba-salah, dalam gelisah sekalipun.

Kenapa aku boleh lupa pasal Fatin? Padahal kadang-kadang, saja aku masuk library petang-petang gini baca paper atau apa yang patut dengan harapan -jauh di penjuru hati- akan dapat sekilas dua wajah satu-satunya perempuan yang aku sanjung di kolej ni. Aku tau. Ni semua antara larangan besar Bro Faiz. “Jangan simpan perasaan pada mana-mana girls pun terlalu dalam. Ignore feeling lebih2. Girls ni ibarat telaga buta. Kalau jatuh cinta, lagi dalam lagi sakit jatuhnya. Biar mereka gilakan kita tak mengapa...”

Jatuh hati? Tak. Tak mungkin. Aku RESPECT dia. Kalau aku ‘Rizal Hafizuddin yang dulu’ mungkin aku dah mengorak langkah. Kalau aku sebaik Shah dah lama dah... Memang tak sanggup aku tengok orang sebaik Fatin jatuh ke tangan orang yang buruk akhlak, walaupun orang tu aku sendiri!

Adakah dia nampak aku tadi? Tidak... dia terlalu khusyuk dengan kerjanya. Mungkin ada tutorial yang perlu dilangsaikan agaknya. Tapi mata aku tetap termati dengan pasangan mata yang lain. ‘Nana? Kenapa?’ Nana duduk setentang dengan Fatin Syahira. Barangkali mereka berbincang bersama. Kenapa dia jeling kat aku tadi? Walaupun tak ketara sangat tapi aku tetap nampak kegugupan dia. Gerakan pennya tak rata. Jarinya mengkuis-kuis kertas. Semua tu tanda-tanda nervous...

“Encik Rizal Hafizuddin...! Awak nak mengelamun ke nak ajar SAYA?”

Sengaja dikuatkan suara. Terutama perkataan ‘saya’. Nampak sangat ke’jealous’an tu. Sakitnya hati aku. Jangannnlah Fatin Syahira dengar. Nana menjeling lagi tapi Fatin Syahira tetap dengan kerjanya.

“Awak ni... Ni kan library. Senyap lah sikit!” direct aku sound Anis. Dia mula memuncung. Merajuk lah konon... “Saya tunggu AWAK tanya lah ni. Apa yang tak fahamnya...”

Sekali-sekala mematikan sifat mengada-ngada Anis memang best. Baru dia terkedu, kelam-kabut nak selongkar barangnya macam itik menyudu air. Aku jeling seimbas lalu pada Fatin Syahira dan Nana. Ketika tu aku nampak satu perkara yang kukira pelik. Nana macam beriya-iya berkata sesuatu pada Fatin Syahira tapi Fatin Syahira hanya tenang tunduk pada kertasnya. Bibirnya bagaimanapun tidak kaku. Dalam ketenangan itu bibirnya bergerak-gerak. Ya kalau mataku masih sempurna aku pasti bacaan bibirnya tak ralat.

“Biarlah. Ira tak nak menyusahkan Rizal...”

Senyuman aku ketika itu memang benar-benar ikhlas. Benar-benar bangga. Perasaan apakah ini. Aku... kejiwangan ke? Malangnya, pandangan aku bertembung dengan mata Fatin Syahira sejurus lepas tu. Pelik sikit pandangan Fatin kali ni. Macam orang terpukau saja. Tak kan itu expression dia sebab marah aku layan si Anis. Aku tak sanggup bertembung lama lebih dari sekilas.

Hm... aku dah kantoi dengan Fatin Syahira. Fikir-fikir balik pun, tak kan dia tak tau perangai aku selepas jadi third year punya student kan? Biar lah. Lusa adalah hari yang aku janji nak ajar Fatin Syahira. Mahu ke lagi dia? Kalau dia tak mahu aku lagi suka. Masaalahnya kalau dia nak juga, macam mana agaknya aku nak beri alasan...?

 

  Karya


Komen


"Cerita Bersiri: Rizal Hafizuddin [5]" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Rizal Hafizuddin [5]
oleh littlemuslimah ([email protected]) pada Selasa, 17 Januari 2006 @ 13:28:06
(Info AHLI)


saya lebih suka baca kisah yang hanya menumpukan penggunaan satu jenis bahasa sahaja..

tapi..
cerita ni, boleh tahan juga laa..

cuma harap, lepas ni sama-samalah kita gunakan satu bahasa sahaja dalam tulisan tulisan kita...

contohnya: roomate, jadi teman sebilik...

nampak seolah-olah remeh, tapi perkara ni harus dititikberatkan juga...

ok.. selamat berkarya.. :-)

TAHNIAH !!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Rizal Hafizuddin [5]
oleh suhaida_2704 ([email protected]) pada Jumaat, 17 Mac 2006 @ 9:43:18
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


ending cerita ni kat sini saja ke? macam tergantung saja.

bila nak sambung cerita ni?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Rizal Hafizuddin [5]
oleh kamilla ([email protected]) pada Ahad, 01 Oktober 2006 @ 16:50:27
(Info AHLI)


emm, dah lama saya tertunggu-tunggu sambungan cerita ni...
best memang best.....
kadang-kala saya tertanya2 apa dah jadi dengan family rizal....
Kenapa dia selalu cakap itu semua dulu...
kemana menghilangnya sanada_yukimuri???
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07982 saat. Lajunya....