Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Salafi = Wahabbi + Qutbee
 Posted on Selasa, 24 Mei 2005 @ 13:38:06oleh Hanan
Umum Tawel-Sensei menulis Saya kini bergaul dengan masyarakat Arab yang kebanyakkannya berfahaman Wahabi di sini(lebih manis dipanggil Salafi). Tiada apa-apa-apa masalah pun sangat dengan mereka. Mereka ini bagus. Mereka inilah golongan yang paling kurang cenderung nak terjerumus dalam hal-hal bidaah. Lepas tu kalau dia nampak kita buat silap, dia akan terus tegur tanpa ada rasa malu-malu. Bagus-bagus..Dia tegur sebab dia sayang kat kita. Oh ya, Kenapa saya kata lebih manis memanggil mereka sebagai Salafi?

Salafi dan Wahabi ini istilah yang sama sahaja maksudnya. Tapi memanggil golongan Salafi sebagai Wahabi ni secara UMUM dianggap sebagai mencela mereka. Sebab itu bila kita tanya mereka ikut mazhab mana, mereka jawab: Kami tak ikut mana-mana mazhab. Kami Salafi (mereka tak kata: Kami Wahabi). Selepas ini saya akan menggunakan istilah Salafi untuk merujuk kepada golongan Wahabi ini. Pertama sekali... Jangan mencela Salafi sebab mereka ini saudara kita juga. Mereka juga memperjuangkan Islam. Cuma mereka ini lebih tegas sedikit. Sebab tu mereka ini tak berapa ngam dengan Dr Yusuf Al-Qardawi sebab Qardawi ni terkenal dengan banyak fatwa-fatwanya yang bersifat agak sederhana. Tapi jangan pula ingat Dr Qardawi ni tak tegas. Siapa boleh lupa fatwanya tentang pemboikotan barangan US dan juga tentang suicide bombers di Palestine? respect Dr Yusuf Qardawi... Kedua pula... Mari kita faham apa maksud Salafi? Salafi ni bermaksud generasi Islam yang awal. Istilah lain bagi mereka ini adalah As Salafus Saalih. Mereka mengikut contoh teladan generasi awal Islam yang tiga - iaitu generasi Nabi, generasi sahabat, dan generasi tabi'in (generasi sesudah generasi sahabat). Mereka memandang 3 generasi awal itu sebagai contoh terbaik bagaimana Islam itu patut diperjuangkan pada hari ini. Ketiga pula... Kita lihat pecahan Salafi ini. Secara mudah wujud 2 pecahan. Pertama Salafi Konservatif (Biasanya merekalah yang sering dirujuk sebagai Wahabi). Kedua pula Salafi Qutbee (aliran yang terpengaruh dengan idea Syed Qutb).Tapi biasanya, yang mereka yang berfahaman Qutbee tak panggil diri mereka dari aliran Qutbee. Istilah Qutbee ini sebenarnya adalah satu istilah negatif yang diberikan oleh golongan Wahabi kepada jemaah Ikhwanul Muslimin. Kira Wahabi dan Ikhwanul Muslimin ni tak berapa sekepala. Keempat... Kita lihat pula bagaimana Wahabi tak berapa ngam dengan Qutbee. Kita kena faham bahawa Syed Qutb ini adalah orang kuat Ikhwanul Muslimin. Maka banyak ideologi Syed Qutb ini yang mempengaruhi Ikhwanul Muslimin. Waktu itu, ulama-ulama Salafi Konservatif tak berapa setuju dalam banyak perkara terhadap Syed Qutb. Maka, wujudlah istilah 'Qutbee' yang diwujudkan oleh Wahabi. Golongan Wahabbi memandang istilah Qutbee sebagai sesuatu yang negatif, seperti mana umat Islam bukan Wahabbi yang menggunakan istilah Wahabbi. Contohnya, kita di Malaysia ni, bila bercakap tentang Wahabbi, kebiasannya kita akan terbayangkan sesuatu yang negatif tentang Wahabbi ini. Begitu jugalah halnya bila golongan Wahabbi bercakap pasal Qutbee. Kelima... Mengapa pula golongan Salafi ini sukar diterima ramai? Sebab mereka ini susah sikit nak bertolak ansur dalam hal-hal agama yang menjadi khilaf. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Keenam.. Siapakah antara tokoh terkenal dari golongan Salafi ini? Jawapannya adalah Ibnu Taimiyyah. Ada lagi, tapi yang lain tu saya pun tak berapa kenal. Rasanya, ramai yang kenal dengan Ibnu Taimiyyah kan? Osama Bin Laden tu Salafi ke? Golongan Wahabbi cukup marah apabila penulis-penulis Barat mengaitkan Osama Bin Laden dengan mereka. Wahabbi mendakwa, Osama Bin Laden mendapat pengaruh dari ideologi Qutbee. Wahabbi mendakwa Osama tidak bersetuju dengan fahaman Wahabbi. Malah Osama sendiri tidak pernah mengakui dia dari Wahabbi atau Qutbee. Cuma yang pasti, Osama juga dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti kita juga. (Harus diingat juga bahawa Salafi, Wahabbi, dan Qutbee juga dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah). Tapi Osama memang dipengaruhi dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dan juga Syed Qutb. Ketujuh.. Adakah kita patut memulaukan dan membenci Wahabi? Jawapannya tidak.. Seperti mana dalam mana-mana jemaah, pasti ada kekurangan di sana-sini. Mereka haruslah bersikap terbuka dalam menerima pendapat dan teguran saudara se-Islam agar setiap kelemahan dapat diperbaiki. Mudah-mudahan kita umat Islam akan lebih bersatu. Itulah serba sedikit tentang Wahabi yang kita semua harus tahu.

 

  Umum


Komen


"Salafi = Wahabbi + Qutbee" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Salafi vs Wahabbi
oleh Atif_Haziq pada Sabtu, 02 Julai 2005 @ 2:26:42
(Info AHLI)


assalamualaikum...
saya nak bagi komen sedikit pasal salafi dan wahabi ni...erm terima kasih atas maklumat pasal qutbee tu...erm tapi mengikut pengalaman dan apa yang saya belajar,salafi itu betul...tapi yang tak berapa nak elok sikit ialah wahabi...wahabi adalah gelaran yang diberi kepada muhmd abd wahab yang cuba nak menghidupkan kembali cari salafi mengikut fhmn mereka...dan kalau mengikut sejarah...ibnu taimiah pernah dikafirkan oleh ulama yang sezaman dgnnyer..tapi kita tak blehla ckp senang2 ibnu taimiah itu kafir...serahlah perkara tu pada Tuhan...

kalau kita tengok balik,wahabi sebenarnya adalah satu fhmn yang sdg cuba nak memporakperandakan kita umat islam sekarang...banyak perbincangan yang dibincangkan hanya adalah masalah furu" dan dibincangkan pada khalayak umum...ini adalah satu benda yang akan mengakibatkan perpecahan yang lebih melarat dikalangan kita umat islam sekarang...tak perlulah kita nak bincangkan benda2 furu" seprti itu yang mana semua benda itu telah dibincang secara panjang lebar oleh ulama terdahulu....kesatuan ummah itu penting...

wahabi ini juga banyak menolak orang yang berfahaman as syairah..dan kadang-kadang kalau kita tengok memang berlaku satu perselisihan yang amat tajam dikalangan mereka...dan kebanyakan fhmn ini berpusat di arab saudi...dan apa yang penting kita hendaklah banyak lagi mendalami ilmu agama agar perkara ini tak timbul lagi...bukan bermakna saya m,enolak orang yang berfahaman wahabi,tetapi kita kena tengok apa yang perlu diutamakan...oklah sekadar tu dulu untuk kali ni...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]









Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1435 saat. Lajunya....