|
Khas Buatmu; Penuntut ILMU
|
|
 |
Posted on Isnin, 06 Disember 2004 @ 17:32:21oleh Hanan
|
|
|
mas2ra menulis Daripada Abu Darda' Radiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah bersabda: "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, ALLAH akan membentangkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat akan meletakkan sayapnya kerana redha (suka) kepada penuntut ilmu.
Dan sesungguhnya seorang alim (orang berilmu) akan mengucapkan keampunana baginya, penduduk langit dan penduduk bumi bahkan (termasuk) ikan2 diair, sedangkan keutamaan seorang yang alim (orang berilmu) atas seorang abid (yang raijin beribadat) adalah seperti keutamaan bulan atas semua bintang2.
Dan sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris Nabi2, sedangkan para Nabi2 itu tidaklah mewariskan wang dinar (wang emas) dan wang dirham (wang perak) akan tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang besar.
Guru dianggap sebagai orang yang membawa kebaikan & menjalankan amar ma'ruf & mencegah kemungkaran. Setiap orang mesti menghormati sang guru, memuliakannya & memberi haknya dengan baik sehingga orang itu membesar dengan memiliki sopan & tata-susila masyarakat yang terpuji.
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah pun mengingatkan agar setiap para guru mesti diberi penghormatan yang baik sama ianya guru ilmu duniawi mahupun ianya guru ukhrawi supaya kita tahu di mana keutamaan mereka.
Marilah kita perhatikan sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam: "Pelajarilah ilmu pengetahuan itu, & pelajar itu adalah ketenangan jiwa & kerendahan diri serta rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajari kamu."
Kelebihan guru adalah tinggi. Guru yang baik serta memberikan manfaat yang besar kepada orang ramai adalah guru yang menjalankan warisan para anbiya'. Semua para guru ini tidak meninggalkan harta benda atau wang ringgit kepada kita tetapi yang mereka tinggalkan ialah ilmu. Ya! Ilmu yang sungguh bermanfaat.
Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam : "Sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris Nabi2, sedangkan para Nabi2 itu tidaklah mewariskan wang dinar (wang emas) dan wang dirham (wang perak) akan tetapi mereka hanya mewariskan ilmu."
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah mengumpulkan dua orang dari orang-orang yang mati syahid di medan Uhud, lalu meletakkan mereka didalam suatu kubur. Kemudian Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bertanya "Siapa diantara keduanya yang banyak menghafal Al-Quran?". Apabila ditunjuk kepada salah seoran pergi diantaranya maka orang itu lebih dahulu dimasukkan kedalam lubang kubur (lahad).
Imam Syafi'e Radiallahuanhu pernah ditegur kerana terlalu merendahkan diri terhadap para ulamak. Seorang sahabat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang mulia; Ibnul Abbas Radiallahuanhu, yang sudah sememangnya terkenal dengan keunggulannya & tinggi kedudukannya pernah mencium peha Zaid Bin Tsabit Al-Anshari Radiallahuanhu seraya berkata- "Beginilah kita disuruh melakukan terhadap para ulamak kita."
Adakah kita sudah sampai ketahap ini? Mungkin kita tidak dapat melakukan seperti yang diatas ini tetapi setidak2nya kita dapat menghormati sang guru didalam setiap hal. Sebagai contoh apabila dia sedang bercakap, jangan dipotong percakapannya & apabila dia mengajar, kita mesti memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajarannya.
Ajarkanlah anak-anak kita bahkan diri kita sendiri agar dapat mentaati guru2 yang memberikan ilmu pengetahuan. jangan merasa syak wasangka yang tidak baik terhadap mereka. Imam Al-Ghazali Radiallahuanhu pernah berkata bahawa ilmu itu tiada akan dicapai melainkan dengan merendahkan diri & mendengar dengan baik kepada guru.
Ilmu yang baik adalah dari guru yang baik. Maka dengan itu derajat seseorang itu akan menjadi baik & mulia jika ia menuntut ilmu dengan bersungguh2. Ibnul Abbas Radiallahuanhu pernah berkata- "Aku merasa diriku rendah ketika aku menuntut ilmu. Kini aku merasa mulia ketika dituntut (yakni orang datang menuntut ilmu darinya)".
Dalam menuntut ilmu, setiap pelajar mesti menguatkan azam & bersabar dalam setiap dugaan & cabaran. Melangkahkan kaki seawal2nya kemajlis ilmu adalah akhlak yang terpuji kerana akan memiliki tempat yang amat dekat dengan guru. Digalakkan juga agar kita datang kemajlis ilmu seawal mungkin serta menantikan kehadiran guru adalah perbuatan yang mulia & dianggap sebagai menghormati & memuliakan guru.
Diriwayatkan bahawa Ibnul Abbas Radiallahuanhu pada masa menuntut ilmu daripada Zaid Bin Tsabit Radiallahuanhu, beliau menunggu dipintu rumah Zaid Radiallahuanhu sehingga Zaid Radiallahuanhu bangun dari tidurnya. Pernah ada orang yang menanyai Ibnul Abbas Radiallahuanhu- "Apakah engkau mahu aku kejutkan dia?".
Jawab Abbas Radiallahuanhu- "jangan! Adakalanya si murid terpaksa menunggu gurunya dengan lama sekali hingga matahari tinggi, namun dia mesti tetap sabar. Demikianlah biasanya dilakukan oleh para salaf terdahulu."
untuk menghormati guru yang mengajar kita, kita mesti sedarkan diri kita bahawa guru kita adalah salah seorang yang memberi manfaat yang besar kepada kita. Maka dengan itu janganlah kita mengganggunya dengan berbagai2 bunyian walaupun dengan bunyi tapak kaki. Imam Syafi'e Radiallahuanhu berkata- "Saya membuka halaman kertas dihadapan Imam Malik Radiallahuanhu perlahan2 kerana bimbang dia mendengar bunyi kertas itu (maksudnya jangan)."
SUBHANALLAH!
Marilah kita muhasabah diri kita... pernahkah kita mengikuti jejak langkah Imam Syafi'e Radiallahuanhu ini? Bagaimanakah caranya kita buka buku pelajaran dihadapan guru kita? Berkata Ar Rabi'- "Saya tidak berani meneguk air apabila Imam Syafi'e berada dihadapan saya kerana menghormatinya."
MASYA' ALLAH!
Cuba kita lihat bagaimana mereka menghormati guru mereka. Inilah sifat2 yang MESTI kita cari serta mewarisinya untuk kehidupan kita. Bukan hanya dengan menimba ilmu dari mereka sahaja tetapi menghormati mereka adalah termasuk menghormati orang tua. Para ulamak menghormati guru2 mereka dengan tidak memandang umur & pangkat.
'Atha pernah berkata- "Pernah seorang pemuda menceritakan sesuatu cerita kepadaku, maka aku menumpukan segala perhatianku kepadanya seolah-olah aku belum pernah mendengar ceritanya itu, padahal cerita itu aku sudah dengar lama dahulu sebelum si pemuda itu dilahirkan".
Inilah yang dinamakan akhlah yang mulia. Mari kita ambil kata-kata hikmah yang bernas dari para salaf-salih kepada putera2 mereka- "Wahai anakku, kiranya engkau mempelajari suatu bab daripada adab & sopan santun adalah lebih aku sukai daripada engkau mempelajari tujuh puluh bab dari bab-bab ilmu pengetahuan".
Jika seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang baik, bagaimana dia hendak memuliakan gurunya? Ibubapanya? orang-orang yang lebih tua dikalangannya? Kesimpulan ialah dia mesti mencari & mewarisi akhlak yang mulia dengan mempertingkatkan iman & taqwa kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala, tunaikan semua suruhanNya & meninggalkan semua larangan & tegahanNya.
Antara perkara2 yang terpenting diantara yang penting yang sepatutnya diberikan kepada guru oleh setiap pelajar ialah:
1> Mestilah merendahkan diri terhadap guru & jangan sekali2 menentang pemikiran & petunjuknya (berbincang jika ada yang tidak diingini).
2> Selalu bersamanya seperti seorang pesakit dengan tabitnya.
3> Selalu merendahkan diri kepada sang guru & perbuatan ini adalah suatu kemuliaan.
4> Mesti memandang gurunya dengan pandangan hormat, yakin & sempurna.
5> Mesti mengaku hak gurunya terhadap dirinya.
6> Hendaklah mendoakan gurunya agar panjang hayatnya serta mengambil berat terhadap ahli keluarganya & sahabat2nya setelah guru itu wafat.
7> Setiap murid mesti bersabar terhadap buruk akhlak gurunya & kekerasannya, jangan sekali2 menentang & meninggalkannya. Setengah ulamak salaf berkata- "Siapa yang tidak sanggup bersabar atas pelajaran, dia akan kekal disepanjang umurnya didalam jahil & bodoh".
8> Sang murid mesti duduk dengan sopan santun dihadapan gurunya, secara tenang, merendah diri dengan penuh hormat, mendengar apa yang disampaikan, memerhatikan gurunya & memberi perhatian penuh dengan padu kepada pelajarannya, tiada menoleh kekanan atau kekiri, keatas atau kemana sahaja.
9> jangan mengunakan kekata "Engkau" dengan guru sebaliknya gunakanlah kekata "Tuan Guru", "Ya Mualum" atau "Ustaz".
Saiyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: "Hak seorang alim yang wajib atas kamu, ialah hendaklah engkau memberi salam kepada semua orang yang berada didalam majlisnya, mengkhususkan guru dengan berjabat tangan, duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menyebut tentang orang lain dihadapannya, tidak boleh mencaci kesalahannya. Hendaklah kamu memuliakannya kerana ALLAH Subana wa Ta'ala. jangan memuji2 orang lain didalam majlisnya atau dihadapannya & jangan memalingkan mata kamu apabila kamu ditanya olehnya".
Marilah kita terus meningkatkan diri kita didalam menuntut ilmu sambil menghormati semua guru2 kita. Apa yang terjadi pada zaman ini ialah orang ramai memuji2 guru mereka setinggi2 langit tetapi apabila gurunya membuat kesilapan atau kesalahan, mereka pun mengutuk & mencerca segala perbuatan buruk gurunya itu. Kebaikan guru itu telah hilang. Budi pekerti guru itu menjadi hangus seperti kayu bakar. Bakti gurunya tidak dihargai lagi. Semuanya hilang & dilupakan begitu sahaja... disebabkan kesalahan gurunya.
Sedarilah, ilmu yang manfaat akan membawa manusia itu ke mercu kejayaan, ke pintu kebahagian, ke derajat mutaqqin & mendapat ampunan yang luas dari ALLAH Subhana wa Ta'ala.
Akhir kalam, sampaikanlah... sebarkanlah ilmu yang baik kepada orang yang memerlukan kerana itulah yang dituntut oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Ketahuilah orang yang menyebarkan kebaikan dengan ilmu yang baik akan mendapat rahmat ALLAH Subhana wa Ta'ala sebagaimana Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah bersabda: "Semua makhluk ALLAH berdoa untuk orang yang mengajar kebaikan hinggalah ikan2 dilaut."
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita bersama, Insya' ALLAH.
Amin Ya Rabbil 'Alamin.
Wallahua'alam.
Sumber: Zali Saini
(Pengarah Urusan & Pendidikan; Pusat Pendidikan Ibnul Abbas)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen