Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 214
Ahli: 0
Jumlah: 214




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Hanya JIN kafir jadi Hantu
 Posted on Ahad, 19 September 2004 @ 23:01:41oleh Hanan
Tazkirah hakimabdulrahman menulis Hantu hanyalah istilah Bahasa Melayu dan istilah ini tiada dalam al-Quran termasuklah langsuir,toyol dan orang bunian yang sering diperkatakan oleh masyarakat Melayu sehingga ini.Dalam Quran hanya disebut sebagai"Qorin" .

"Qorin"atau bayangan iaitu gambaran manusia tentang wujudnya perkara demikian kerana terlalu pecayakannya sesuatu yang ghaib ianya termasuklah jelmaan bayangan jin-jin atau iblis yang sememangnya wujud.

Firman Allah s.w.t"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaku."(Adz-Dzaariyaat:56).

Ayat ini menunjukkan bahawa hantu sememangnya tidak wujud kerana yang ada hanyalah manusia dan jin.Jin ini pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Jin Kafir.Biasanya Jin kafir inilah yang menyerupai hantu sebagaimana yang didakwa pernah dilihat orang.

Orang ramai yang kononnya pernah melihat hantu tidak sepatutnya menceritakan hal itu kepada orang lain yang boleh menimbulkan ketakutan kepada mereka yang mendengarnya.Manakala bagi bomoh yang menggunakan hantu untuk mengubati sebarang penyakit hukumnya berdosa apatah lagi jika bomoh itu menyelitkan ayat suci al-Quran kononnya untuk menghalau hantu.

kesimpulan hantu sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak tidak pernah wujud tetapi sebaliknya ia hanyalah bayangan ataupun imaginasi dan yang ada ialah jin atau iblis yang boleh menjelma kepada pelbagai rupa.

Oleh itu,orangramai perlulah sedar bahawa tiada kuasa lain yang lebih besar dari kekuasaan Allah s.w.t. dan semua makhluk di dunia ini adalah di atas kekuasaanNya.Mereka yang terlibat dengan pemujaan dan mempercayai wujudnya hantu hendaklah segera bertaubat dan merujuk kepada orang yang arif tentang agama.

Wallahualam.

 

  Tazkirah


Komen


"Hanya JIN kafir jadi Hantu" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104172 saat. Lajunya....