Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 214
Ahli: 0
Jumlah: 214




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 42 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Perbaiki Akhlak dengan Nasihat Khidir
 Posted on Rabu, 15 September 2004 @ 9:09:04oleh Engku_Salina
Tazkirah hakimabdulrahman menulis Adalah diriwayatkan, Khidir ketika akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. telah memberi nasihat:
"Ya Musa, janganlah banyakkan percakapan, dan janganlah berjalan tanpa kepentingan dan jangan tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan. Dan janganlah menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya, dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri wahai putera Imran."

Pesanan khidir itu begitu besar maknanya dalam usaha kita memperbaiki akhlak dan tingkah laku kita sehari-hari. Sudah menjadi tabiat kebanyakan manusia ialah suka bercakap dan beromong kosong. Padahal percakapan itu tidak memberi apa-apa kebaikan kepada dirinya dan kepada yang mendengarnya. Malah mungkin setelah terlajak cakap, dosa pula yang akan didapatinya.

Manusia juga gemar tertawa dan amat senang membuat orang tertawa. sedangkan ketawa tergelak-gelak itu adalah makruh. Baginda s.a.w. tidak tertawa melainkan tersenyum simpul.

Abdul Laits Assarmarqandi mengatakan, seharusnya bagi orang yang sihat akal ialah jangan tergelak berdekah-dekah, sebab banyak yang tergelak didunia akan banyak menangis diakhirat kelak.

Hasan Al-Basri menasihatkan kita: "Aku merasa sungguh ajaib bila melihat seorang dapat tertawa padahal dibelakangnya ada api neraka, dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut menerkam."

Seterusnya ahli sufi terkenal ini pernah menegur seorang pemuda yang sedang tertawa. "Wahai anak muda, apakah kamu telah menyeberangi titian sirath?Pemuda itu menjawab: Belum, hassan bertanya, apakah pasti engkau akan masuk syurga atau neraka? Pemuda itu jawab: Belum. Lalu kata hassan, jadi Kenapa engkau tertawa sedemikian rupa.

Rupanya pemuda itu akan mendapat hidayah dari kata-kata Hassan Basri. Diikutinya kata-kata ahli sufi itu dan bertaubatlah dia dari perangai yang sia-sia itu.

Berwaspadalah kita dari sikap suka tertawa dan mentertawakan orang. Jauhkanlah diri kita bersikap seperti ahli komedi. Dengarkanlah pesanan Ibnu Abbas .a. yang berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka."

Abul Laits menyatakan pula, orang yang lebih banyak tertawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis didunia mereka yang akan banyak tertawa disyurga.

kerana itu janganlah kita mengambil sikap 'berloyar buruk' dengan kata-kata nasihat alim ulama. Marilah kita melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada kita baik didunia dan akhirat juga.

Mengakhiri catatan kali ini, sama-samalah kita berkongsi kefahaman dengan apa yang dipesan oleh Ibrahim Annakha'i:
"Adakalanya seorang melepaskan satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang disekitarnya,Allah murka kepadanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya.Dan adakalanya seorang berkata kalimat yang diredhai Allah,maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu merata kepada orang-orang yang disekitarnya.

Wallahualam.

 

  Tazkirah


Komen


"Perbaiki Akhlak dengan Nasihat Khidir" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.207299 saat. Lajunya....