Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 12 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Berita dari SYURGA
 Posted on Isnin, 13 September 2004 @ 19:54:19oleh Hanan
Tazkirah hakimabdulrahman menulis Luasnya syurga dan berpanjanganlah luasnya hingga selama-lamanya tidak ada tepi lagi baginya atau tidak ada lagi kesudahannya.Bagaikan juga rahmat Allah s.w.t. itu tidak ada baginya bertepi dan tidak ada kesudahannya..

Firman Allah s.w.t.:Bersegeralah kamu kepada mendapat keampunan dari Tuhan kamu,yakni dengan mengerjakan taat(kepada perintah dan laranganNya.)

Dan barangsiapa menghampirkan kepadaNya bererti dia menghampirkan kepada Syurga yang luasnya kadar tujuh petala langit dan bumi.
Kata Ibnu Abbas .a.,jika disertakan tujuh petala langit dan bumi,setengah kepada setengahnya,maka demikian itulah luasnya syurga dan besarnya.

Kata Thabrani,ketika menjadi oleh Allah akan syurga,berfirmanlah Ia:"Wahai syurga,berpanjanganlah olehmu."
Bertanyalah syurga,Hai Tuhanku,berapa lama masa berpanjangan aku ini."
Firman Allah s.w.t.,"Seratus tahun."Maka bertambah luaslah aku(syurga)selama seratus tahun.
kemudian berfirman lagi Allah s.w.t.,berpanjanganlah lagi olehmu."

Bertanyalah syurga:"Hai Tuhanku,berapa lama aku berpanjangan?"
Berfirman Allah s.w.t.:"Luaslah olehmu kadar rahmatKu."
Maka luaslah syurga dan berpanjanganlah luasnya hingga selama-lamanya tidak ada tepi lagi baginya atau tidak ada lagi kesudahannya bagaikan juga rahmat Allah s.w.t. it tidak ada baginya bertepi dan tidak ada kesudahannya.

Tersebut dalam tafsir Nasiruddin al Samarkandi pada firman Allah s.w.t.:"kata olehmu Ya Muahammad,jikalaulah segala
air lautan itu menjadi dakwat bagi mencatatkan segala kalimat Tuhanku yakni barang yang dijanjikan Allah s.w.t. bagi segala hambanya yang mukmin didalam syurga,nescaya habislah air lautan itu dahulu daripada habis segala kalimat Tuhanku.

Ibnu Abbas .a, menyatakan:"Bahawanya syurga it berpanjangan bertambah besarnya daripada masa dijadikan dia oleh Allah s.w.t. hingga ke hari kiamat."

Wallahualam.
Rujukan kitab:
"Al-Jauhar Al-mauhub"oleh Sheikh Ali bin Abdul RAhman Al-kelantani.
Dari kita"Siyarus Saalikin."

 

  Tazkirah


Komen


"Berita dari SYURGA" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10774 saat. Lajunya....