|
Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan
|
|
 |
Posted on Isnin, 09 Jun 2003 @ 16:19:18oleh Engku_Salina
|
|
|
UsTaZaH_CuTe menulis Sesetengah daripada kita pasti terfikirkan soalan ini... "Kenapa Doaku tidak dimakbulkan??" Di sini terdapat sepuluh sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan. Sama-sama kita bermuhasabah diri selepas meneliti sebab-sebab itu...
Kenapa DOA TIDAK DIMAKBULKAN???
1. Kamu mengetahui Allah S.W.T tetapi tidak mahu menunaikan hak-Nya.
2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada mereka.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen