Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 103
Ahli: 0
Jumlah: 103




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Kajian : Kahwin Awal
Disiarkan pada Ahad, 04 Julai 2004 @ 22:23:13 oleh Hanan

Semasa ibnurushd menulis: "Assalamualaikum wbt....

Sahabat ikhwah/akhawat yang saya hormati sekalian,

In fact, saya tengah buat research untuk siapkan proposal untuk galakan kahwin awal terhadap sesiapa yang mampu, cukup syarat,"sexmania" dan sebagainya kepada pihak berwajib di UIAM... Ketika mesej ini ditulis, abstrak proposal ini telahpun saya kemukakan kepada Pen. Pengarah Pusat Aktiviti Kokurikulum(CCAC) secara lisan dan dia bersetuju tentang ini supaya diadakan "kempen" mengenainya serta mahukan kertas kerja mengenainya disiapkan...TAPI, saya mahukan LEBIH DARIPADA ITU ->(kempen).

Bercakap mengenai ini, bukanlah bermaksud saya yang nak kahwin awal... tetapi atas dasar keprihatinan saya terhadap masalah sosial yang berlaku di sekeliling saya dan atas dasar kefahaman saya bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang amat mulia di sisi syarak yang perlu "disegerakan" jika berkemampuan...

Secara superfisialnya, apabila secara provokasi saya menyatakan tentang keperluan kahwin awal, terdapat beberapa pihak yang menyangkal pandangan ini dengan mengatakan "belajarlah dulu", "nak bagi biini makan pasir ke?", "kau ni kuat seks lah", "halangan ibu bapa", "kerja pun tak lagi" dan seribu macam pandangan.... Secara umumnya, saya menghormati pandangan tersebut namun secara peribadinya, saya menganggap segala pandangan tersebut adalah negatif, kuno dan kurang praktikal di zaman fasad yang penuh dengan fitnah ini...

Sukalah saya menyatakan bahawa fenomena kahwin awal ni bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah lama dipraktikkan oleh pelajar2 kita yang belajar di timur tengah mahupun negara2 barat. Satu anekdot yang boleh dikongsi sewaktu saya melancong ke London, ada satu pengakuan oleh seorang student kat saya bahwa ramai student di situ selalu melanggan pelacur atau paling kurang pun merasa "yang ringan-ringan". Itu amatlah tidak menghairankan saya kerana saya pernah terperasan "akhbar Sunday Mirror" dan lain-lain yang dijual sec terbuka yang terang-terangan menyiarkan gambar bogel wanita tanpa seurat benang atas alasan nilai estetika... Maka, tidak hairanlah beratus2 pound dihabiskan untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah yang tidak ikut syarak itu...

Kes seterusnya ialah dapatan maklumat oleh ana melalui seorang guard UIAM yang telah menangkap 3 student perempuan yang menjadi pelacur part-time diluar... itu belum masuk kes student master (bah.Arab) yang ditangkap dalam kelas kat Kuliah LAW jam 11.30 mlm kerana bercium mulut dan meraba2 hingga terlondeh kain dan baju student undergraduate tu.. dan beratus2 lagi kes yang disembunyikan oleh UIAM kerana nak menjaga etosnya sebagai Universiti "ISLAM" Antarabangsa Malaysia...bahkan yang amat memalukan lagi ialah polemik penangkapan student Bosnia yang ditangkap berkhalwat dengan isteri Ghafar Baba baru-baru ni... Ramai students international kat sini yang buat ikut kepala sendiri...

Selaku pelajar jurusan undang-undang, saya sedar bahwa kenyataan dan anekdot tersebut adalah salah dari segi AUKU dan akujanji yang saya tandatangani namun...Apakah perkara ni mesti dibiarkan??? Itu pun belum masuk kes2 universiti awam dan swasta lain lagi tu yang mana pengamalan syariah islam mereka masih sekadar ritual dan retorik !!

Justeru, saya berpendapat bahawa kahwin awal merupakan SALAH SATU ALTERNATIF untuk mengatasi massalah ini...Namun, ia bukanlah MUDAH seperti yang dicadangkan...Saya yakin ia akan melalui proses yang AMAT SUKAR dari segi prosedur dan syarat jika kita mahu penglibatan pihak universiti supaya memberikan insentif terhadapa gol. yang kahwin awal ni...

Namun,bagi student Malaysia, masalah yang PALING BESAR ialah PERSEPSI mereka sendiri atau ibu bapa mereka...

Mengapa...bila dicadangkan tentang kahwin awal, maka serta-merta terfikir tentang kereta, rumah, anak, makanan, pakaian, tempat tinggal dan seribu macam alasan lagi?????

MENGAPA BERSIKAP MATERIALISTIK???

Bukankah perkara ittu tadi adalah perkara TEKNIKAL sahaja???

Bukankah ia boleh diRANCANGkan???

Mengapa berCINTA dan berBULAN MADU bertahun2 tetapi kelak perkahwinan sekadar setahun dua sahaja?

Mengapa menyusahkan perkara2 yang halal sedangkan ia dituntut syarak?

Pernahkah terbaca ayat seribu dinar " Barangsiapa yang berTAQWA kepada Allah nescaya kami akan berikan jalan keluar kepadanya. Dan kami akan berikan kepadanya rezeki daripada sumber2 yang tidak disangka2. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya kami akan cukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah benar-benar maha mengetahui akan segala apa yang diperintahkannnya dan sesungguhnya Allah berkuasa menjadikan setiap sesuatu itu ada ketetapan dan kadarnya"....JUSTERU, JIKA ANDA MEYAKINI AYAT ALLAH SURAH AT-THALAQ TERSEBUT, MENGAPA MASIH LAGI TIMBUL PERSOALAN "KAU NAK BAGI BINI MAKAN PASIR?", PERSOaLAN GAJI, kerja dan sebagainya???

Mengapa terlalu "IDEALISTIK" dalam membina rumahtangga sehinggakan bersikap materialistik? Nafsu "kebendaan" ini pasti akan membawa kehancuran...kerana sabda nabi " Tunkiha al-mar'ah lil arba'ah : Lidiniha, limaliha, lihasabiha wa lijamaliha. Fazfar biza tiddin taribat yadak" (Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara : kerana agamanya, kerana hartanya, kerana keturunannya dan kerana kecantikannya.Maka pilihlah yang BERAGAMA, nescaya kamu akan SELAMAT".

Mengapa masih timbul persoalan "ikut alquran dan assunnah" sedangkan hadith nabi menyebut " Ya ma'syara as-syabab, manistatho'a minkum al-ba'ah, faltazawwaj, fainnahu aghaddu lil bashar wa ahsanu lil faraj, fain lam yastati' nothing'alaihi bisshoum. wazalika lahu wija'...(maksudnya : Wahai sekalian pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin,berkahwinlah ! kerana sesungguhny perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu. Sesiapa yang ta mampu berkahwin maka hendaklah dia berpuasa kerana seungguhnya berpuasa itu adalah sebaik-baik perisai"..

So, sesiapa yang tak mampu atau tak cukup syarat lagi, maka hendaklah dia banyakkan berpuasa...Dan ini, saya taklah bermaksud bahwa semua pemuda/student kena kahwin awal... Ini tidak praktikal kerana setiap org mempunyai komitmen masing-masing...

Saya tidak nafikan apabila berkahwin, maka tertanggung ke atas lelaki itu hak dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan...Maka persoalan NAFKAH pasti menjadi persoalan utama...Namun, cuba kita tanya diri kita...Aku ni seorang student..Mengapa berlagak seolah-olah seorang dewasa yang nak itu nak ini...?

Disinilah letaknya kreativiti kita..bahkan saya yakin kita akan jadi lebih kreatif kerana pepatah melayu ada mengatakan "disebalik kejayaan seorang lelaki pasti dibelakangnya adalah seorang wanita yang menyokongnya"...justeru, persoalan akademik, rezeki, harTa bukanlah perkara utama kerana ia perkara TEKNIKAL kerana masih lagi di bdalam kemampuan kita...ITU MAKLUMAT LANJUT, ANDA BOLEH MERUJUK MAJALAH "ANIS" EDISI DISEMBER 2002 (kalau tak silap saya) tentang PANDANGAN SALAH SEORANG SAHABAT SAYA yang BERKAHWIN AWAL...

Sebagai penutup, semua hujah di atas adalah penghujahan "paku buah keras" yang masih tidak diperincikan, disusun dan dibahaskan secara ilmiah kerana ia adalah berbentuk superfisial (tidak mendalam)... Saya pasti perkara ini pasti menjadi isu dan bersifat spekulatif. DAN MEMANG ITU YANG AMAT SAYA HARAP-HARAPKAN KERANA SAYA MENAGIH IDEA DAN PENDAPAT ANDA SEMUA TERUTAMA DARIPADA GOLONGAN STUDENT PEREMPUAN... saya HARAP SEMUA ORANG yang MEMBACA TULISAN SAYA NI SUDI BERKONGSI PENDAPAT ATAU MAIL DIRECT KP D SAYA seperti ALAMAT DI ATAS...

-SYAHEED-
Pasir Mas, 17 April 2003


*Salam ukhwah fillah*

-SyaheeD-

"

Semasa


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:


Memilih Pasangan

Recent News About Semasa:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Kajian : Kahwin Awal" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kajian : Kahwin Awal
oleh serikandi_mujahidah (tiada) pada Isnin, 05 Julai 2004 @ 11:03:16
(Info AHLI) http://http:/feezjon85.tripod.com


saya setuju dengan pendapat awak...saye nak bertanya kan...camne kalau kt tak sedia nak kawin lg...tp ader org yang datang melamar...yang datang tu pulak org yang baik2...perlu ke terima???
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]











Re: Kajian : Kahwin Awal
oleh yan4485 pada Khamis, 20 Oktober 2005 @ 13:16:11
(Info AHLI)


jika itu jaln penyelesaian yang terbaik apa salah nya....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.178966 saat. Lajunya....