|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah.
Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah. -- Meow (warga Ukhwah.com)
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
Guru pikul tugas lahirkan insan berkualiti
|
|
|
Posted on Selasa, 18 Mei 2004 @ 23:14:51oleh Hanan
|
|
|
syed menulis TANGGAL 16 Mei setiap tahun, seluruh warga pendidik di negara kita akan merayakan sambutan Hari Guru dan bertepatan dengan tema tahun ini iaitu ‘Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan’, tanggungjawab guru semakin sukar.
Guru atau pendidik hari ini bukan sekadar menyebarkan ilmu tetapi mereka juga bertanggungjawab membentuk jati diri dalam melahirkan masyarakat yang gemilang demi masa depan bangsa dan negara.
Golongan pendidik dituntut menjalankan tugas mendidik serta membimbing dengan penuh ikhlas dan jujur agar segala ilmu yang dicurahkan dapat menghasilkan kecemerlangan seperti diidamkan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Ka-mu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang buruk dan keji, serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benarnya).” – (Surah Ali-Imran, ayat 110).
Ayat di atas menjelaskan, Islam sendiri mengharapkan golongan guru atau pendidik terus menjalankan tanggungjawab besar yang dipikul untuk mendidik generasi manusia dengan pelbagai disiplin ilmu.
Di samping itu, mereka juga perlu menjaga peribadi sendiri agar tidak terbabit dalam kegiatan yang boleh meruntuhkan imej mulia mereka di mata masyarakat.
Pendidikan boleh menjurus ke arah perubahan tingkah laku seseorang individu dan perubahan itu berlaku lanjutan dari pelbagai bentuk pengetahuan, kemahiran, maklumat dan pengalaman yang diterima seseorang daripada guru mereka.
Golongan pendidik bukan sekadar terbabit dalam proses menyampai dan memberi maklumat semata-mata, tetapi lebih menumpukan ke arah menanamkan ciri insaniah yang baik sehingga layak digelar insan yang berkualiti.
Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia.” – (Surah Al-Rum, ayat 41).
Apakah potensi sebenar manusia untuk mereka menjadi insan berkualiti? Akal bukanlah pemangkin utama untuk membentuk insan berkualiti kerana ada kalanya akal menafikan kebaikan, kepentingan dan hak orang lain.
Justeru, dengan bantuan akal yang waras, pendidikan adalah elemen terpenting untuk membina dan membangunkan potensi akal agar dapat mendorong manusia membina masyarakat yang memiliki fizikal serta mental berkualiti.
Ilmu yang boleh diselaraskan dengan tuntutan syariat pula adalah pemangkin kepada lahirnya masyarakat berkualiti.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.” – (Surah Al-Alaq, ayat 1-5.
Ayat di atas menjelaskan pendidikan bermula daripada proses penerokaan dan manusia perlu berusaha menimba ilmu pengetahuan selain mendapatkan bantuan guru sebagai pembimbing.
Mencari ilmu adalah tuntutan besar agama kerana ia adalah aset yang menjadi bekalan setiap individu dalam mengharungi kehidupan penuh cabaran ini sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardu kepada semua orang Islam.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia, maka perlulah berilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat, maka perlulah dia berilmu. Dan sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat, maka perlulah dia berilmu.” – (Riwayat Muslim).
Rasulullah begitu menitikberatkan kepada setiap umatnya agar meletakkan usaha untuk mencapai kebahagiaan diri masing-masing dengan mencari dan mempelajari pelbagai jenis ilmu mengikut keperluan dan kecenderungan masing-masing.
Dalam konteks dunia pendidikan hari ini, profesion perguruan memperuntukkan banyak insentif dan kemudahan bagi menjurus warga pendidik ke arah lebih positif, bermotivasi dan menjadikan pendidikan sebagai keutamaan membina bangsa cemerlang.
Justeru, sebagai pembimbing kepada pelajar, guru perlu mengambil inisiatif untuk memperkaya ilmu pengetahuan kerana tanpa usaha, guru tidak mampu memainkan peranan serta tanggungjawab dengan berkesan.
Setiap guru hendaklah mengamalkan budaya rajin membaca, menulis, mengkaji serta menghadiri majlis ilmu dari masa ke semasa bagi memastikan ilmu pengetahuan mereka berkembang seiring kemajuan bidang pendidikan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan ampunilah wahai Tuhan kami akan semua guru-guru kami (yang telah mencurahkan ilmu kepada kami) juga kepada orang yang mengasihi kami dan menasihati kami serta memberi petunjuk kepada kami untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.” – (Riwayat Imam Ahmad).
Guru dan dunia pendidikan adalah pendukung usaha mencari keredaan dan keberkatan hidup daripada Allah. Merekalah penyambung lidah Rasul dalam menyampaikan ilmu Allah di muka bumi ini. Selamat Hari Guru!
|
|
| |
|
|
|
|
|
Berita
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Berita:
Impian & HarapanRecent News About Berita:
Misc
|
|
|
|
Komen