|
Sahabatku....
|
|
 |
Posted on Sabtu, 15 Mei 2004 @ 10:17:05oleh khaulah_alazwar
|
|
|
Coretanku buat sahabat & sahabiah.. betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yang
mempunyai ciri-ciri persahabatan , memahami antara satu sama.. Berdoalah moga kita dikurniakan sahabat
sedemikian.. Insya-ALLAH.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan
impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri
kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernah
kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada
rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan. daripada: Artikel SuaraUlama - ERTI
SEBUAH PERSAHABATAN
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen