Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 112
Ahli: 0
Jumlah: 112




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 33 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


TAUBAT MALIK BIN DINAR
Disiarkan pada Rabu, 05 Mei 2004 @ 15:24:58 oleh Engku_Salina

Tazkirah rahmat_hidayat menulis: "Malik bin Dinar terkenal sebagai seorang yang gemar melakukan kejahatan. Namun kejahatan yang dilakukan berakhir apabila beliau menerima hidayat daripada Allah S.W.T. Kini, namanya dikenali sebagai seorang ahli sufi yang terkenal.

Pada suatu hari ada orang yang bertanya bagaimana dia dapat mengubah kelakuannya yang buruk itu. Pada mulanya Malik enggan menceritakannya tetapi setelah beberapa kali didesak, dia akhirnya menceritakan kisah dirinya itu. Ceritanya:

Saya asalnya seorang askar. Kesukaan saya ialah meminum minuman keras yang memabukkan. Saya telah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Saya sangat suka kepada wanita itu hinggalah dia akhirnya melahirkan seorang anak perempuan buat saya. Saya sangat sayang kepada anak itu, demikian juga anak itu juga sangat sayangkan saya sebagai ayahnya. Hatta apabila anak itu bertambah cerdik maka bertambahlah sayang saya kepadanya. Anak itulah yang menjadi sumber kebahagian kami sekeluarga. Kami selalu bermain bersama-sama, tetapi dia mempunyai tabiat yang ganjil iaitu suka merampas gelas berisi arak dari tangan saya lalu kemudiannya menuangkan arak itu ke baju jubah saya. Saya sangat benci terhadap tabiatnya itu tetapi kerana amat sayang kepadanya, maka saya tidak sampai hati hendak memarahinya.

Malangnya, tatkala anak saya berumur dua tahun, dia telah kembali ke rahmatullah. Betapa hancurnya hati saya kerana kehilangan mutiara yang tiada gantinya itu. Semenjak daripada kematiannya itu, hidup saya menjadi muram disebabkan kehilangan puteri yang teramat saya sayangi.

Pada suatu malam, apabila saya mabuk lalu saya terus tertidur. Di malam itu saya telah bermimpi akan hari akhirat. Saya lihat dalam mimpi saya itu manusia keluar berduyun-duyun dari kubur masing-masing lalu berhimpun di padang mahsyar. Apabila saya pergi menghampiri mereka itu, saya terdengar bunyi seperti bunyi desiran di belakang saya. Apabila saya menoleh kebelakang, saya ternampak seekor naga besar dengan mulutnya ternganga luas. Naga itu menuju ke arah saya dengan maksud hendak menelan saya. Saya berasa teramat takut lalu berlari sekuat hati saya, namun naga itu terus mengejar.

Tatkala saya berlari itu saya ternampak seorang lelaki tua dihadapan saya. Saya menegur lelaki tua itu lalu meminta pertolongannya. Tetapi dia menjawab bahawa dia tidak mampu menolong saya lantaran sifatnya yang tua lagi lemah. Dia suruh saya terus berlari sahaja, barangkali nanti ada orang yang dapat menolong. Maka saya pun terus berlari sehingga saya bertemu dengan sebuah bukit kecil. Saya panjat bukit itu hinggalah sampai ke puncaknya. Alangkah terkejutnya saya bila saya menjenguk ke bawah, saya lihat api neraka yang sangat besar sedang menjulang.

Tetapi tatkala saya hendak terjun ke dalam neraka itu saya tiba-tiba terdengar suatu suara sayup yang menyeru: “Wahai Malik, engkau sebenarnya bukanlah menjadi bahan bakar api neraka!”

Maka saya pun menoleh ke belakang dan ternampak seorang tua yang pernah saya temui itu. Saya merayu kepadanya supaya menolong saya daripada bahaya naga itu namun dia masih juga memberi alasan yang sama bahawa dia tidak berupaya menolong saya lantaran telah tua dan lemah. Bagaimanapun dia telah menunjukkan arah sebuah bukit lain lalu menyuruh saya pergi ke bukit itu kerana di sana terdapat ramai kaum Muslimin yang sentiasa berada di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Maka tanpa berlengah-lengah lagi saya berlari ke bukit itu sementara naga itu masih mengejar saya dari belakang. Apabila sampai di puncak bukit itu, saya nampak ada sebuah bangunan yang berbentuk seperti sebuah kubah dengan mempunyai beberapa buah tingkap yang terbuka. Pada tingkap-tingkap itu kelihatan langsir yang teramat indah. Semua tingkap-tingkap itu mempunyai pintu bersalutkan mutiara yang indah dan zamrud yang berkilau-kilauan.

Apabila saya cuba memanjat pintu itu, saya terdengar malaikat berseru mengatakan: “Bukalah tingkap dan selaklah kain langsir itu. Keluarlah kamu sekalian, barangkali ada diantara kamu yang dapat menolong orang jahat ini!”

Mendengar tangisanku itu, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah mereka yang berseri-seri. Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak aku sedang dikejar naga. Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kumpulan kanak-kanak itu. Apabila dia melihatku, dia pun menangis lalu berlari mendapatkan aku.

Anakku itu kemudiannya menunjukkan tangan ke arah naga itu dan betapa terkejutnya aku melihat naga itu secara tiba-tiba pergi dari situ. Binatang yang amat menakutkan aku itu kemudiannya hilang dari pandanganku.

Aku pun meletakkan puteriku di dalam pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku. Kemudian puteriku itu pun membaca satu ayat dari surah Al-Quran yang demikian maksudnya : “Masihkah belum tiba masanya bagi orang-orang jahil itu menyembah Allah dan sedar akan petunjuk Allah terhadap diri mereka”.

Tatkala saya mendengar ayat yang dibacakan oleh puteri saya tadi lalu saya menangis serta menyesali akan segala dosa-dosa saya yang lalu. Kemudian saya pun bertanyakan puteri saya itu: “ Fahamkah engkau wahai anakku akan segala isi kandungan Al-Quran itu?”

“Sesungguhnya saya faham akan segalanya itu ayah, bahkan lebih darimu”.Demikianlah jawab puteriku itu.

Kemudian saya terus bertanya lagi: “Apakah naga itu wahai anakku?”

Maka dia pun mengatakan kepada saya bahawa naga itu adalah perbuatan jahat yang hampir menolak saya ke dalam api neraka.

“Tetapi siapa pula orang tua itu wahai anakku?” Tanya saya lagi.

“Dia adalah perbuatan baikmu yang telah menjadi lemah kerana perbuatan jahat yang telah engkau lakukan, dia tidak dapat menolong ayah tetapi dia boleh menunjukkan cara untuk melepaskan ayah daripada kesusahan”

Akhirnya saya bertanya lagi: “Apakah yang kamu buat di bukit ini wahai anakku?”

Lalu puteriku menjawab: “Ayahku yang dikasihi. Kami semua adalah anak-anak orang Islam. Kami menunggu ayah-ayah kami sekalian sehingga hari akhirat. Kemudian kami meminta kepada Allah untuk keselamatan ayah-ayah kami”

Selepas itu saya pun terjaga daripada tidur dan merasa begitu gerun dengan naga tersebut lalu saya pun bertaubat meminta ampun daripada Allah dan menghentikan semua perbuatan jahat saya.

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"TAUBAT MALIK BIN DINAR" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.168878 saat. Lajunya....