Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
 Posted on Rabu, 14 April 2004 @ 14:00:38oleh Engku_Salina
Tazkirah azzahrah menulis " Aku kini sedar Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku.Jika cita-cita dan hajatku tidak tercapai. Aku tidak lagi mudah kecewa dan dukacita dalam jiwaku. Maksud Allah itu murni... aku percaya Allah akan menggantikan hajatku dengan sesuatu yang lebih baik atau setidak-tidaknya mengelakkan aku dari bencana yang lebih besar akibat daripada hajatku itu. Jadi jiwaku kini lapang dan damai walaupun tidak mencapai apa yang diharapkan....."

Apabila tidak berjaya memperolehi pekerjaan yang kita idamkan,kita berasa sedih dalam jiwa. Apabila tali pertunanagan putus, kita berasa kecewa. Begitu juga apabila gagal melanjutkan pengajian tinggi, kita berasa dukacita. Beginilah keadaan jiwa yang mudah kecewa, sedih dan dukacita apabila sesuatu yang kita inginkan tidak berjaya dimiliki.....

Kita sedih apabila tidak memperolehi pekerjaan yang kita idamkan kerana pada pendapat kita itulah pekerjaan yang terbaik untuk kita. Begitu jugalah kita kecewa apabila tali pertunangan putus kerana pada firasat kita dialah pasangan yang paling cocok untuk kita. Namun Allah Maha Mengetahui daripada kita dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita mengikiu ilmu dan pengetahuannya.

Setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah mengikut ketetapan-ketetapan dan qadak qadar Allah. Setiap ketetapan Allah ke atas kita adalah yang terbaik, tidak kira sama ada peristiwa dan kejadian itu adalah sepertimana yang kita harapkan atau sebaliknya.

Ringkasnya... Allah tidak mengabulkan hajat kita itu jika Dia fikir hajat tersebut akan membawa keburukan kepada kita walaupun, mengikut pendapat kita hajat itu akan membawa kebaikan. Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Oleh kerana sifat penyayang dan belas kasihan dan belas kasihan inilah, Allah akan memastikan setiap peristiwa dan kejadian yang dilalui oleh kita itu akan membawa kebaikan dan rahmat.

Allah mempunyai maksud dan perancanganNya sendiri untuk setiap hambaNya. Allah mungkin ingin menganugerahkan sesuatu atau seseorang yang lebih baik untuk kita sebagai ganti kepada sesuatu atau seseorang yang kita asalnya inginkan itu. Misalnya Allah mungkin telah menetapkan seseorang sebagai calon tunangan baru yang lebih baik untuk kita apabila Dia menetapkan kita gagal dalam pertunangan pertama kita.

Allah juga mungkin ingin mengelakkan bala dan bencana yang lebih besar menimpa kita akibat daripada terlaksananya hajat asal kita. Misalnya Allah mungkin menggagalkan tali pertunangan kita yang pertama kerana Dia tahu jika tali pertunangan tersebut berlanjutan ke jinjang pelamin, kita mungkin akan menjadi pasangan isteri atau suami yang tidak bahagia dan aman.

Allah lebih tahu dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya paling sesuai dan cocok untuk kita dalam menentukan keputusan-keputusan hidup ini. Jadi apabila kita telah sedar akan maksud perancangan dan ketetapan Allah ke atas kita... itu semuanya akan menbawa kesudahan yang baik. Maka jiwa kita tidak lagi akan bergolak. Kita tidak lagi perlu berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita rasa baik untuk kita itu tidak kesampaian.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."

 

  Tazkirah


Komen


"ALLAH LEBIH MENGETAHUI" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.19801 saat. Lajunya....